Lagu | Dato Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta - Tujuh Nasihat

Dato Sri Siti Nurhaliza telah kembali dengan single terbaru bertajuk Tujuh Nasihat berkolabrasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta. aku excited juga nak dengar lagu ni sebab ada Kmy Kmo & Luca Sickta, aku minat diorang ni dari Nukilan yg mana seorang lagi member group ni ialah Zizi Kirana.

best dengar lagu baru Tujuh Nasihat ni ada gabungan irama malaysia dan hip hop, lirik yg deep dan ada nasihat yg ingin ditujukan di dalam lagu baru. sekarang ni memang kerja aku ulang dengar je lagu ni rasa dah lama kot tak dengar lagu irama malaysia yg baru, rindu nak dengar suara lunak Siti Nurhaliza nyanyi lagu macam ni.



Artis : Dato Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Tajuk : Tujuh Nasihat
Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

LIRIK LAGU TUJUH NASIHAT

[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

(Pre Chorus)
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

(Verse 1)
[DATO' SITI NURHALIZA]
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang, 
untuk kau jadi orang

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

[LUCA SICKTA]
Ya, satu 
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan 
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

[KMY KMO]
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua 
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, 
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, 
walau darjah sempoa

[LUCA SICKTA]
Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

[KMY KMO]
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat 
Majoriti ramai leka, terlena 
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

[LUCA SICKTA]
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam 
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram

[KMY KMO]
Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Post a Comment

13 Comments

  1. Baru nak dgr.. dah unavailable.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena dengar di youtube, tak boleh share video di sini :(

      Delete
  2. Dalam betul maksud lagu dia kan?

    ReplyDelete
  3. Best lagu ni... suka sangat, ada unsur² nasihat...

    ReplyDelete
  4. kmy kmo ni yang nyanyi dengan dato m nasir kan... layan lagu m nasir tu... lagu ni pun

    ReplyDelete
  5. sedap lagu nya, tahun lepas berduet dgn dato m nasir pun sedap, ni dengan dato ct lak

    ReplyDelete
  6. Sedap suara Dato CT.. lirik pun bagus..

    ReplyDelete
  7. Baru sekali dengar lagu ni main kat radio tapi part 'biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun' tu terus menusuk jiwa. Semangat!

    ReplyDelete
  8. Honestly say, lirik dia best! ;) ;)

    ReplyDelete