Drama | Kampung Pisang Bersiri-Siri (2020) Episode 2

Kampung Pisang Bersiri-Siri

Drama : Kampung Pisang Bersiri-Siri
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 7 Disember 2020
Episod : 12
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Aziz M Osman, Kazar, Mat London, Bell Ngasri, Adi Affendi, Rashid Othman, Rasydan Zakaria, Ahmad Yassin, Nizam Mokram, Nur Fitri

Kampung Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episode dan mula ditayangkan mulai 7 Disember 2020, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra. 

Episode 2 - Monyet Rempit


Kalau sebelum ini  Kampung Pisang dilanda masalah air dan toyol, kali ini pula penduduk terganggu dengan masalah mat rempit yg merempit tak kira siang malam sehingga menganggu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yg lain.



Madi (Adi Afendi) mengadu kepada Pak Karim (Mat London) tentang anak lelaki Pak Karim iaitu Firdaus dan Pak Jabit (Aziz M Osman) juga menasihatkan Pak Karim untuk menegur anaknya itu.

Pak Karim tak percaya kelakuannya anaknya sebegitu lalu menuduh orang kampung sengaja mengadakan cerita. bengang punya pasal terus Pak Karim buka silat mengamuk, orang kampung yg melepak di kedai Pak Jabit lari untuk menyelamatkan diri.

tak lama selepas itu, Firdaus (Hazama) yg sedang merempit telah kemalangan terlanggar lori lalu meninggal dunia. Pak Karim dan isterinya tidak dapat menerima kehilangan anak tunggal.



Khuda yg mendapat perkhabaran terus melawat Karim dan isterinya untuk menyatakan simpatinya. pada masa yg sama, Khuda cuba mengambil kesempatan atas kesedihan yg dilalui isteri Pak Karim. agak-agaknya apa masalah yg dibawa si Khuda pada kali ini?

Kampung Pisang yg aman terganggu kembali dengan masalah mat rempit tapi kali ini lebih menggemparkan apabila Hantu Firdaus bangkit dari kubur untuk merempit menganggu orang kampung pada waktu malam.



penduduk Kampung Pisang semakin runsing dengan masalah tersebut kerana ada antara mereka yg hampir kemalangan ketika bertembung dengan Hantu Firdaus.

tidak mahu perkara ini berlarutan, Madi memanggil kembali Chomprak untuk membantu menyelesaikan masalah ini. malangnya Hantu Firdaus ini terlalu kuat, agaknya siapa yg dapat mengalahkan hantu tersebut? nantikan jawapannya dalam Kampung Pisang Bersiri-Siri.

Post a Comment

9 Comments

  1. Hi awak. Eza singgah blogwalking sini :D

    ReplyDelete
  2. Mat Khuda tak insaf2 lagi. Karya Mamat Khalid ada sindiran kepada masyarkaat melayu kalau perasaan. Jenis kena berfikir dalam persis fillem Puasa 16 dan Puasa 17 HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak reti nak insaf khuda ni.
      tak tengok lagi filem 16 puasa dan 17 puasa tu..hehe

      Delete
  3. Hahahaha.. Masalah rempit pula.. Sabaq jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh nak bersabar bila hantu pula yg merempit..hahaha

      Delete
  4. mcm biasa la, i tggu habis dulu baru marathon sekaligus

    ReplyDelete
  5. Episod 1 & 2 kelakar. Terhibur tengok kampong pisnag bersiri siri ni.

    ReplyDelete
  6. Hahahaha ada-ada je lah, hantu monyet rempit pulak dahhh. Nasib baik ada si Champrak

    ReplyDelete