Drama | Bukan Cinta Aku (2019)

Bukan Cinta Aku

Drama : Bukan Cinta Aku
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Erma Fatima
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 5 Jun 2019
Episode : 20
Pelakon : Janna Nick, Baim Wong, Syafiq Kyle

SINOPSIS DRAMA BUKAN CINTA AKU



Drama Bukan Cinta Aku mengisahkan Riana (Janna Nick) yg kembali ke pangkuan keluarganya di Itali selepas tamat pengajian kemudian jatuh cinta dengan pemandu keluarganya bernama Arjuna (Baim Wong). Mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka daripada orang tua Riana.

Suatu hari, Riana dan keluarganya pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah dan Arjuna juga dibawa sekali kerana lelaki itu banyak berjasa pada keluarga mereka.

Ibu bapa Riana sudah mempunyai rancangan lain untuk menjodohkan Riana dengan anak kenalan mereka, Tengku Isma (Syafiq Kyle). Riana yg mengetahui rancangan tersebut bertemu Isma untuk memberitahu dia sudah mempunyai kekasih hati.

Riana dan Isma bersetuju untuk mengikut kehendak keluarga buat sementara waktu tapi mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing.

Malangnya, hubungan Riana dan Arjuna dapat diketuai orang tuanya. mereka bertindak memisahkan pasangan tersebut dan mempercepatkan majlis pernikahan Riana dengan Isma.

Selepas berkahwin, Tengku Isma tetap melayani Riana dengan baik, memenuhi segala permintaan Riana tetapi dia tidak mampu membuatkan Riana untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Riana?

Post a comment

3 Comments

  1. Nice. Nak tengok la cerita ni nanti :)

    ReplyDelete
  2. Drama lama kan.. Masa nie rasanya Baim Wong masih okay lagi penampilannya..

    ReplyDelete
  3. Walaupun cerita ni dah lama tahun 2019 tapi tak pernah tengok pulak.

    ReplyDelete