Drama | Lockdown Astro Ria (2021)

Drama Sinopsis | Lockdown Astro Ria (2021)

Drama : Lockdown
Produksi : U2 Media Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 26 Julai 2021
Episod : 10
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zara Zya, Sara Ali, Syafiq Kyle, Kaka Azraff, Fahrin Ahmad, Mimi Lana, Izzue Islam, Aiman Badrul, Fadhil Dani, Marisa Yasmin

Lockdown sebuah drama terbaru menggantikan drama Ratu Ten Pin di Astro Ria 104 bermula 26 Julai 2021. penggambaran drama Lockdown ini dilakukan selepas tamat PKP 1.0 pada tahun 2020 dan diinspirasikan daripada realiti sebenar yang berlaku kepada masyarakat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dijalankan.

drama Lockdown diarahkan oleh Pali Yahya dan dibarisi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zara Zya, Sara Ali, Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Lockdown mengisahkan kehidupan masyarakat Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. Pelbagai kisah menarik dan menyayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga yang bersama-sama mengharungi suka duka sepanjang tempoh PKP.

Antaranya, kisah sepasang suami isteri yang berusaha menguruskan syarikat mereka sambil memikirkan nasib pekerja mereka, kisah anak yang ttak dapat balik untuk bekerja di luar negara dan terpaksa menjaga ibunya yang mengidap penyakit Alzheimer.

ada juga kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah dan juga kisah isteri yang terpaksa hidup berpoligami. Saksikan kesemuanya dalam drama Lockdown bermula 26 Julai 2021, setiap isnin hingga khamis jam 11 malam di Astro Ria.

Post a Comment

6 Comments

  1. Cerita baru... nanti berkelapangan boleh la tengok...

    ReplyDelete
  2. haritu ada nampak iklan drama ni dekat facebook. Macam best je sebab ramai pelakon best

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak cerita ni.. tengok jugak sbb si anak selalu je ceta psl drama ni.. diorg tgk ms tdo kt umh nenek.. hehehe

    ReplyDelete