Drama | Anak Sena (Lestary TV3)


Drama : Anak Sena
Produksi : Kembara Sufi Production
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 26 Ogos 2021
Episod : 8
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Lan Shiro, Norshahira Malik, Danish Iskandar

Anak Sena sebuah drama terbaru yang akan ditayangkan di slot Lestary TV3 menggantikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku. Drama bersiri arahan Bahri Uma ini memaparkan kisah kehidupan yang dilalui oleh Orang Asli Batek terutama berkaitan kokurikulum dan akademik.


Drama Anak Sena mengisahkan kehidupan Tok Sena (Ruzaidi Abdul Rahman) yang serba kekurangan tapi tetap mementingkan pendidikan anaknya, Wadi (Hadi Putra) yang mempunyai bakat dalam bersukan.

Cikgu Amir (Ben Amir) pula baru ditugaskan di kawasan pendalaman dan menghadapi kesukaran untuk mengajar dan mengawal kenakalan anak muridnya terutama sekali Wadi.

Mampukah Cikgu Amir mengubah sikap dan mencungkil bakat yang dimiliki Wadi? Saksikan kesemuanya dalam drama Anak Sena setiap rabu hingga sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3 bermula 26 Ogos 2021.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tengok tadi, kemain natural tempat shooting deme.. rindu suasana hutan....

    ReplyDelete