Drama | Dia Random Guy (TV2)


Drama : Dia Random Guy
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : MP Roslin
Penulis Skrip : PGRs Team, S Hermawati, Noraznizan Awang, Chinta Nadessha
Siaran : TV2
Episod : 20
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Afiq Muiz, Tania Hudson, Nazim Othman, Wilma Muhamad, Aishah Atan, Sura Sujangi, Qazem Nor, Nur Azleen Natasha, Nadhira

Dia Random Guy sebuah drama adaptasi novel karya Farah Husin dan kini ditayangkan semula di slot Drama On 2 TV2, setiap isnin hingga jumaat jam 6 petang. Drama arahan MP Roslin ini menampilkan gandingan Afiq Muiz dan Tania Hudson.


Pertemuan pertama Amzar (Afiq Muiz) dan Alina (Tania Hudson) hanyalah kerana salah faham. Alina yang tidak mahu digelar ‘loser’ kerana masih belum berteman walaupun sudah berumur 30an pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada disitu untuk diperkenalkan sebagai tunangnya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan.

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya.

Tonton Full Episod : Drama Dia Random Guy (RTM TV2)

Post a Comment

0 Comments