Drama | Saga (Astro Ria)


Drama : Saga
Pengarah : Faisal Ishak
Penulis Skrip : Amanah Mustafi
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 11 Ogos 2021
Episod : 4
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Aaron Azizm Syarif, Nadia M. Din, Nick Mikhail, Jeff Catz

Saga sebuah mini drama dari Singapura yang  bertemakan pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) yang berkisarkan kegiatan mengatur perlawanan dan aktiviti pertaruhan haram melibatkan sukan MMA.


Drama Saga Andy (AaronAziz) yang dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak sengaja dilakukanya. Semasa Andy dipenjara, adiknya Rudy (Syarif) menjadi ketua keluarga menjaga ibu mereka yang sedang sakit dan Rudy sangat membenci abangnya. Rudy juga banyak menghabiskan masa di gelanggang tinju untuk melepaskan segala kekecewaan yang berlaku dalam hidupnya.

Sementara itu, Din Cobra (Nick Mikhail) berusaha menjadi juara dalam pertarungan MMA. manakala Ryan (Jeff Catz) pula mehu menjadikan MMA sebagai urusan niaga di mana dia mengatur pertaruhan dan perlawanan.

Selepas keluar dari penjara, Andy masih gagal mencari kerja dan dengan bantuan kawannya, Andy berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah kelab malam. Pada suatu hari, Andy menyelamatkan Jun (Nadiah M. Din) yang dikejar oleh penjahat, sejak itu hubungan Andy dan Jun semakin rapat. Jun juga selalu memberi sokongan kepada Andy.


Adakah cinta dan kepercayaan boleh berlaku? Saksikan kesemuanya dalam mini drama, Saga yang ditayangkan mulai 11 Ogos 2021, setiap hari isnin hingga khamis jam 11.00 malam di Astro Ria.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah teerlepas nak tengok ni . 4 episod je cerita ni . Sekejap je

    ReplyDelete