Drama | Terlerai Noktah (Samarinda TV3)


Drama : Terlerai Noktah
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Ghufron Salim, Saiqa Askari
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 26 Disember 2021
Episod : 9
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nabila Huda, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Mia Deen, Duerra Mitilda

Drama Terlerai Noktah mengisahkan pasangan suami isteri, Zaira (Nabila Huda) dan Dr Rudi (Aidil Aziz) yang tidak mempunyai anak. Zaira mempunyai sejarah hitam apabila kehilangan adiknya 20 tahun yang lalu.

Suatu hari, Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani (Ainul Aishah) yang ditemui pihak polis bersama mayat suami dan bayinya yang kelaparan. Rudi terkejut apabila mengetahui Hani adalah adik Zaira yang hilang dahulu.


Kehadiran Jasmine (Raysha Rizrose) yang baru bertugas di situ untuk menjaga Hani menimbulkan tanda tanya buat Rania (Atikah Suhaime). Rania merasakan ada yang tidak kena dengan kes penemuan Hani.

Pertemuan semula Zaira dengan adiknya membuat dia mula teringat kembali peristiwa yang berlaku di Pulau Randai dahulu. Apakah rahsia yang cuba dibongkar?

Saksikan kesemuanya dalam Terlerai Noktah di Slot Samarinda TV3, setiap isnin hingga khamis jam 10 malam bermula 26 Ogos 2021. Drama Terlerai Noktah juga boleh tonton secara online dengan melanggan Disney+Hotstar.

Post a Comment

4 Comments

  1. Intriguing nampak cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. Try tengok, macam... kenot go sebab heavy sangat. maybe dah hbis tayang boleh go kot. kot laa

    ReplyDelete
  3. Macam menarik..tapi kena tunggu habis dulu ni.

    ReplyDelete
  4. Belum layan lagi drama ni. macam tak trending pulak kan.

    ReplyDelete