Drama Dear Cinta (TV3)


Drama : Dear Cinta
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani, Adza Emie Adenan
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 14 September 2021
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 16
Pelakon : Nynaa Harizal, Sweet Qismina, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Mathni Razak, Syafi Tee, Mona Allen, Azri Iskandar, Tony Eusoff, Enot, Zoey Rahman, Rashidah Jaafar, Riena Diana, Syazuwan Hassan, Aisyah Azman, Christina Suzanne, Rozita Che Wan

Dear Cinta sebuah drama terbaru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 mengisahkan perjalanan tiga sahabat dalam mencari cinta dan membuat perjanjian tidak akan lonely lagi menyambut tahun baru.


Shasha (Nynaa Harizal), Elena (Elfira Loy) dan Mimi (Sweet Qismina) berkawan baik sejak zaman kolej dan kini mereka tinggal serumah. 

Elena seorang instafamous terkenal yang mempunyai perniagaan butiknya sendiri, Mimi pula menjadi guru tuisyen dan mengajar secara online manakala Shasha pula sudah lama menganggur dan kini telah berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah firma arkitek.

Suatu hari, mereka mendapat tahu kawan satu batch mereka bakal berkahwin dan geram apabila ramai yang mempersendakan mereka yang masih belum berkahwin. Shasha, Elena dan Mimi menyambut tahun baru dan berazam pada tahun depan mereka akan menyambut dengan pasangan masing-masing.

Berjayakah Shasha, Elena dan Mimi bertemu dengan jodoh mereka? Saksikan kesemuanya dalam drama Dear Cinta, setiap isnin hingga khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3 bermula 14 September 2021.

Post a Comment

2 Comments

  1. dua pelakon lelaki tu tak pernah tengok lagi. Kira drama santai la ni, dah lama tak tengok el berlakon

    ReplyDelete