Telefilem | Atas Satu Janji (Cerekarama TV3)


Telefilem : Atas Satu Janji
Produksi : Medyavizyon
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
Siaran : TV3
Pelakon : Amar Bahrin, Sasqia Dahuri, Risteena Munim, Putri Luvvna Wilma

Atas Satu Janji sebuah telefilem arahan Feroz Kader yang akan ditayangkan semula di slot Cerekarama TV3 pada 4 September 2021, hari sabtu jam 10 malam .

Cerekarama Atas Satu Janji mengisahkan Ara (Putri Luvvna) yang dibesarkan oleh ayahnya, Amar (Amar Baharin) setelah ibunya, Murni (Sasqia Dahuri) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Amar terlalu mencintai arwah isterinya namun keluarganya mendesak Amar untuk berkahwin lagi demi kebaikan Ara.

Amar kemudiannya berkahwin dengan gadis pilihan ibunya, Maria (Risteena Munim) tapi Ara tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana tidak mahu berkongsi kasih. Maria cuba sedaya upaya mengambil hati Ara.

Selepas empat bulan berkahwin, Amar meninggal dunia dan kini Ara perlu bergantung kasih dengan ibu tirinya. Ara mula menyayangi Maria tetapi terkilan apabila ibu tirinya bersetuju meletakkan Ara di bawah jagaan atuk dan neneknya.

Post a Comment

3 Comments

  1. macamana kesudahan dia kan? Azlina Pa'wan punya cerita semua sedih2.

    ReplyDelete
  2. bila da start sayang kne berjauhan pula

    ReplyDelete
  3. Dah tengok dulu, sedih betul ceritanya. Last last tinggal dia je kan. huhu

    ReplyDelete