Drama Gerak Khas Undercover (TV3)


Drama : Gerak Khas Undercover
Produksi : Skop Production
Pengarah : Syafiq Yusof, C.Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim
Mula Tayangan : 1 Oktober 2021
Siaran : TV3
Episod : 30
Masa : Jumaat | 10.30 Malam
Pelakon : Erra Fazira, Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Eizlan Yusof, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresam, AC Mizal, Rosyam Nor

Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota polis mendekati dalang sindiket jenayah dengan melakukan penyamaran dan risikan  dan menyelesaikan kes jenayah seperti pengedaran dadah, penipuan jual beli keretam kes pelacuran dan sebagainya.

Tony Bono (Rosyam Nor) adalah ketua gangster yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah, penjualan senjata api dan perniagaan kelab malam. Satu demi satu urusan niaga Tony berjaya dihidu oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afia) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka.

DSP Jeslina (Erra Fazira) menghadapi krisis dalaman kerana risau ada anggota undercover berpaling tadah dalam menangkap Tony lalu bertindak menambah beberapa anggota baru seperti Zaki (Aaron Aziz), Elly (Elizabeth Tan) dan Rita (Ruzana Ibrahim) untuk menjayakan misi mereka.

Selain itu, wartawan Alia (Khalida Balqis) tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan kes Tony Bono. Adakah misi pasukan undercover ini akan berjaya? Saksikan kesemuanya dalam Gerak Khas Undercover setiap hari jumaat jam 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 di TV3, juga boleh ditonton melalui website atau aplikasi iQiyi.

Post a Comment

1 Comments

  1. wahh siap ada lagi gerak khas baru, ingatkan dah habis terus ...

    ReplyDelete