Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)


Drama : Keluarga Untuk Disewa
Produksi : Eleven Field Creative
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : MF Kencana, Ellyna Ahmad
Siaran : TV9 / Disney+Hostar
Tayangan : 2 November 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 8.30 Malam
Pelakon : Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fifi Laura Olivia, Fimie Don, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Nabil Aqil, Maria Tunku Sabri

Slot Diandra TV9 membawakan sebuah drama terbaru bertajuk Keluarga Untuk Disewa mengisahkan Puan Sri Maryam (Adibah Noor) mengumpulkan empat individu iaitu Alwi (Azhan Rani), Intan (Dynas Mokhtar), Nora (Afifah Nasir) dan Fikri (Fimie Don) untuk menjadi keluarga sewa kepada cucunya, Aina (Fifi Laura Olivia) dengan upah yang lumayan .

Mereka berempat bersetuju untuk menyamar sebagai keluarga Aina kerana masing-masing mempunyai masalah kewangan. Alwi mempunyai hutang along, Intan pula diganggu bekas suaminya, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora pula terpaksa menyara adik-adiknya.

Mereka perlu membiasakan dengan watak masing-masing untuk melakukan penyamaran yang sempurna tapi Aina mula curiga dan mereka kelam kabut untuk mengelak rahsia Keluarga Untuk Disewa daripada terbongkar.

Post a Comment

1 Comments