Telefilem Asam Manis Gulai Cinta (TV2)


Telefilem : Asam Manis Gulai Cinta
Produksi : Creative Stew
Pengarah : Imri Nasution
Siaran : TV2
Tayangan : 28 Disember 2021
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Azrel Ismail, Fatin Afeefa, Hairi Safwan, Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS ASAM MANIS GULAI CINTA

Asam Manis Gulai Cinta mengisahkan Rafiq (Azrel Ismail), chef selebrite masakan barat yang ego dan teratur dengan kerjanya. Dia yang kecewa dengan kehidupannya, terpaksa bekerja di sebuah warung masakan Pahang. 

Majikannya merupakan seorang tukang masak tempatan yang jelita bernama Daria (Fatin Afeefa). Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, Rafiq tidak sempat bertemu ibunya buat kali terakhir untuk meminta maaf. Kesal dengan kesilapan tersebut, Rafiq mula berubah!

Pernah dengar menu Pasta Patin Power? Jangan lupa saksikan gelagat dua orang chef dengan menu makanan fusion mereka dalam Asam Manis Gulai Cinta.

Post a Comment

0 Comments