Sinopsis Hadiah Dari Tuhan (TV3)

Hadiah Dari Tuhan (TV3)

Drama : Hadiah Dari Tuhan
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : PGRs Team, Janjira
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 30 Disember 2020
Episode : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Syafi Tee, Riena Diana, Sophia Barakbah,  Puteri Rafasya, Amy Mastura, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan

Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan

mengisahkan tiga remaja dari latar belakang dan taraf kehidupan berbeza berdepan suka duka dalam kehidupan mereka ketika Malaysia diancam dengan penularan wabak covid19.

Qul Fattah (Syafi Tee) dari kelurga B40 yg bekerja di kedai runcit selepas spm juga menjadi runner menghantar barang. dalam masa yg sama Qul menjadi ketua keluarga menjaga neneknya yg sakit dan juga adiknya Fatin (Puteri Rafasya) yg masih bersekolah rendah.

Ika (Riena Diana) pula dari keluarga M40 yg mencuba nasib mencari kerja sementara menunggu tawaran kemasukan ke universiti. Ika risau dengan ibunya, Jannah (Amy Mastura) yg bekerja sebagai jururawat bila membaca dan mendengar berita tentang corona virus yg merebak di Wuhan dan telah terdapat kes pertama di Malaysia.

Manakala Bella (Sophia Barakbah) pula bernasib baik  datang dari keluarga T20, cuma perlu fikir bagaimana nak berhibur dengan rakan-rakannya. Bella tinggal dengan ibunya dan ayahnya kini berada di Itali. Bella rimas apabila menerima kujungan mengejut dari datuk dan neneknya.

Hadiah Dari Tuhan juga memaparkan realiti kehidupan bagaimana petugas barisan hadapan berdepan dengan pandemik Covid19 dalam memastikan warga masyarakat. selamat dan bebas dari dijangkiti. selain daripada tiga watak utama ini menjalani kehidupan ketika mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sinopsis Bougainvillea (TV3)

Bougainvillea

Drama :  Bougainvillea
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 28 Disember 2020
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, 
Hanna Aqeela, Kirana Batrisyia, Ziema Din, Ameerul Asyraf

Sinopsis Drama Bougainvillea

mengisahkan rumahtangga Andrian (Beto Kusyairi) dan Aryanna (Intan Ladyana) yg sangat bahagia. Aryanna membuat keputusan berhenti kerja untuk memberi fokus pada rumah tangganya dan menjaga anak-anaknya.

Aryanna bahagia dengan kehidupannya sekarang sebagai suri rumah sepenuh masa namun ada masanya sedih dengan sikap Andrian yg terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek sampai lupa hari penting dalam hidup mereka. rupa-rupanya Andrian ada kejutan untuk isterinya dan tidak pernah berhenti mencintai Aryanna.

Mimie (Nora Danish) seorang jururawat di sebuah hospital yg dijaga Mak Ngah Bibah (Ziema Din) sejak kecil. Ali (Ameerul Asyraf) telah lama menaruh perasaan pada Mimie tapi cintanya sering ditolak Mimie yg menganggap Ali tak lebih daripada seorang kawan.

Mak Ngah pun tak berkenan dengan Ali katanya tak ada masa depan dengan buat kerja kampung sebab itu bila mak Ali cuba merisik  Aryanna ditolaknya mentah-mentah. Mak Ngah mahu Mimie berkahwin dengan orang kaya supaya kehidupan Mimie lebih terjamin.

Suatu hari, Mimie yg terserempak dengan Andrian dan Aryanna di kedai runcit berasa cemburu melihat kemesraan pasangan romantis tersebut. Mimie menceritakan perkara tersebut kepada Mak Ngah Bibah dan dia juga telah cinta melihat cara Andrian melayan isterinya.

Mimie sedar yg mungkin semua itu sekadar angan-angannya memandang Andrian itu suami orang. Namun Bibah memberi dorongan kepada Mimie kerana baginya lelaki boleh kahwin lebih daripada seorang, yg penting kena pandai menyusun strategi untuk memikat lelaki kaya.

apakah strategi yg dilakukan oleh Mimie untuk merampas kebahagian rumahtangga Aryanna dan Andrian. Nantikan semuanya dalam drama samarinda Bougainvillea.

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)

Sinopsis Drama | Melastik Ke Hatimu (TV3)

Drama : Melastik Ke Hatimu
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Azmi Hata
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Wanna Ali, Afifah Nasir, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Arman Graseka, Azizah Mahzan

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee diarahkan oleh Azmi Hata dan menampilkan gandingan baru Andi Bernadee dan Janna Nick.

Drama Melastik Ke Hatimu mengisahkan Haura, gadis kilang yg ganster tapi hidupnya dikawal oleh ibunya. Haura bercinta dengan Naim tapi hubungan mereka dihalang kerana ibu Haura mahukan menantu yg kaya bukan yg kerja posmen macam Naim.

Haura terpaksa menerima jodohnya dengan Ziyad, tauke kilang tempat Haura dan kakaknya bekerja. Walaupun Ziyad jenis yg tak endahkan orang lain tapi sebenarnya dalam diam dah lama ada hati pada Haura.

selepas berkahwin, Ziyad berusaha memikat isterinya tapi Haura pula cuba mencari jalan untuk berpisah kerana hatinya masih setia pada Naim. 

selepas satu insiden, Haura jatuh hati pada suaminya sendiri tapi dugaan datang melanda apabila keluarga Ziyad jatuh muflis dan terbongkar satu rahsia yg menyebabkan emak Haura memaksa mereka berdua berpisah.

Drama Melastik Ke Hatimu boleh ditonton secara online di aplikasi iQiyi Malaysia atau laman web iq.com pada pukul 10 malam selepas tamat siaran di kaca tv.

Sinopsis Takdir Yang Tertulis (TV3)

Takdir Yang Tertulis (TV3)

Drama : Takdir Yang Tertulis
Produksi : Radius One
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong,
Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri, Afidah Bee

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Mengisahkan Juweta (Nad Zainal) seorang wanita yg bekerjaya selalu sibuk menguruskan syarikat milik arwah bapanya. sikapnya sebagai seorang ketua terlalu terbawa-bawa ke dalam urusan rumah tangga dan tidak pernah menghormati Azlan (Nazim Othman) sebagai seorang suami.

Juweta lebih suka mengarahkan pembantu rumahnya menguruskan kebajikan suaminya. dalam masa yg sama kehadiran rakan baiknya Ruhila (Elvina Mohamad) juga banyak membantu Juweta untuk menguruskan hal berkaitan anaknya, Mika.

Takdir Yang Tertulis (TV3)

Azlan sebagai seorang suami dan juga rakan kongsi berasa penat dengan sikap Juweta yg tidak pernah menghormati dirinya dan dia juga malu apabila Juweta memarahi dirinya di hadapan staf kerana tidak suka dengan cadangan projek yg diurusnya.

bagi Azlan, Juweta sudah jauh berubah daripada Juweta yg dikenali sebelum mereka berkahwin. yg kononya akan sentiasa mencintai dirinya.

sebaik tiba di rumah, Juweta cuba berbincang dan meminta maaf kerana keterlanjuran sikapnya di pejabat. tapi Azlan tidak boleh terima apabila Juweta seakan masih menyalah dirinya atas semua yg berlaku. Azlan merasakan jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka adalah berpisah.

Tealive Mencuba Menu Baru Famous Amos Coco Smoothie


Weekend lepas pergi beli barang dapur di Tesco@Lotus lepas tu singgah beli Tealive, ramai yang share pasal menu baru ni so sis pun order juga satu yang Famous Coco Smoothie.


time order dah request kurangkan manis so first hirup tu, air tu rasa tawar yang rasa manis datang dari biskut famous amos. lepas ais dah cair dan sebati dengan biskut baru air tu manis, bagi aku, just nice la manis dia so pilihan yang bijak bila suruh kurangkan tahap kemanisannya.

owh lagi satu biskut tu tak dihancurkan dengan sekata ada bahagian yg besar bila hirup air tak keluar sebab biskut tersekat kat straw.

so overall, sedap juga rasanya cuma aku bukan peminat smoothie yang jenis biskut maybe dah malas nak order lagi. yang ini pun minum half terus bagi kat anak buah aku pastu diorang dok complain, air dia tak keluar-keluar. straw tersekat dengan biskut dia la tu..haha

Berangan Nak Beli Katil IKEA Akhirnya Dapat Juga Katil


Dah lama berangan nak beli katil Ikea, akhirnya beli juga katil untuk bilik sendiri tapi bukan Ikea punya, nampak sama tapi tak serupa..haha

katil single bilik aku ni guna dari zaman sekolah dulu. tilam pula dah dekat 10 tahun bila bangun tidur habis lenguh badan sakit pinggang. sebab tu malas nak fikir dan tertangguh lagi so bulan lepas terus order katil dan tilam dari shopee.


at first plan nak beli katil Ikea Nesttun tapi takut tak muat dengan tilam yang aku beli. time survey kat shopee ternampak katil ni yang design dia lebih kurang katil Nesttun terus ubah fikiran. banyak juga dapat jimat.

aku pasang katil ni seorang diri sahaja, tak susah tapi mencabar sangat. pegang belah sini besi sebelah sana terjatuh. sabor je lah waktu pasang tu. ambil masa dalam sejam juga baru berjaya siap pasang.


tilam terlupa nak ambil gambar, waktu sampai dalam packaging bergulung dalam kotak tu. nampak je kecil tapi berat giler, tak mampu nak angkat kotak dia sorang-sorang. time buka tu cuak giler rasa macam belon meletup.. tilam dia jenis spring, tak keras dan tak lembut sangat, sesuailah dengan harga dia. tidur pun selesa, yang penting badan pun tak sakit sekarang.


kalau tanya ok ke beli katil dah tilam dari Shopee, bagi aku je kalau dapat seller yang ok, packaging pun ok tapi masalahnya service penghantaran. tilam ni guna Skynet dalam masa 4 hari dah sampai rumah. yang katil pula guna Line Clear (first time dengar courier ni) sangat slow, seminggu lebih baru sampai.

total harga tilam dan katil dalam RM700++ tak termasuk caj penghantaran. jimat banyak juga dari jangkaan awal aku. so next nak beli cadar dan comforter tapi tunggu lah dulu, kita guna je apa yang ada dulu.

Sinopsis Drama Tikam (Astro Ria)

Sinopsis Drama Tikam (Astro Ria)

Drama : Tikam
Pengarah : Michael Ang, Hadith Omar
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 3 November 2021
Episod : 
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Josiah Lim

Sinopsis Drama Tikam

Gempak Original Series membawa drama terbaru Tikam mengisahkan kegiatan songlap sekumpulan pekerja yang terdiri daripada Shahrol (Fahrin Ahmad), Johan (Ben Amir), Mike (Michael Ang), Akma (Intan Najuwa), Ika (Yuna Rahim), Sab (Ellyas), Ed (Josiah Lim) dam Madam Joan (Jasmin Hamid) sehingga mendatangkan hasil yang lumayan kepada mereka.

Kepercayaan antara mereka mula rapuh apabila Shahrol tiba-tiba meninggal dunia. adakah nyawa melayang kerana ada yang kecewa ataupun ada yang main tikam belakang?

Saksikan kesemuanya dalam drama Tikam yang akan bersiaran mulai 3 november 2021, setiap rabu jam 9 malam di Astro Ria.

Sinopsis Drama Sihir (Astro Ria)

Sinopsis Drama Sihir (Astro Ria)

Drama : Sihir
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang, Azmir Affendi
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon, Mamu Vies
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 1 November 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Hun Haqeem, Zarul Umrella, Sharifah Shahora, Ellyas Abdullah

Sinopsis Drama Sihir

Mengisahkan adik beradik kembar iaitu Nuh (Kamal Adli) dan Hud (Hun Haqeem) yang mempunyai deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan sihir yang mengganggu orang sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan melalui mimpi manakala Hud pula mempunyai kelebihan untuk melihat benda ghaib dan mistik. mereka sering mendapat petunjuk melalui mimpi mereka atau bayangan dan mula dibelenggu persoalan mengenai asal usul mereka.

Mereka kemudiannya dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang yang mengamalkan ilmu hitam. Setiap kali membantu, mereka semakin dekat dengan jawapan kepada persoalan mereka.

Drama Tahyul (TV3)


Drama : Tahyul
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah : Emi Sufian
Siaran : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 12 Oktober 2021
Episod : 16
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aniq Suhair, Wanie Kayrie, Cik B, Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita Che Wan, Tania Hudson, Aidit Noh,

SINOPSIS DRAMA TAHYUL

Tahyul mengisahkan sekumpulan remaja yang aktif membuat content creator untuk laman sosial 'Tales of Tahyul' membuat rancangan untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

sebenarnya semua itu hanyalah lakonan mereka semata-mata untuk meraih tontonan orang ramai dan mereka tidak sedar lokasi tersebut memang berlaku perkara mistik. rancangan mereka bertuka tragedi apabila terperangkap di banglo tersebut dan diganggu oleh makhluk halus.

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir (TV3)

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir (TV3)

Telefilem : Sesalan Terakhir
Produksi : Kembara Sufi Production
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Adza Emie, N.E Rossy
Siaran : TV3
Tayangan : 9 Oktober 2021
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Sara Ali, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hafiz Nolan, 
Nor Azifah, Yus Waisar, Tieta Ennisa, Baby Mia

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir

Natasha (Sara Ali) merupakan anak tidak sah taraf dan dipinggirkan oleh orang kampung kerana ibunya, Auni (Jasmin Hamid) selalu mengejar lelaki kaya untuk hidup mewah.

Selepas neneknya meninggal dunia, Natasha dan Auni terpaksa keluar dari rumah mereka kerana bapa saudaranya mahu menjual rumah tersebut.

Dengan bantuan kawan baiknya Ali, Natasha dan ibunya berpindah ke Kuantan dan bekerja di sebuah hotel yang sama dengan Ali. Bermula detik hitam dalam hidup Natasha apabila Auni berkahwin dengan pengurus hotel tersebut.

Cara Letak Bloglist di Blog 2021


setting blog sekarang nampak macam mudah tapi habis carca marba bila buka blog contohnya bila letak bloglist. aku perasan benda ni bila tambah blog baru kat dalam bloglist tapi tak naik update terkini blog berkenaan. ramai juga yang merungut pasal benda ni.


benda ni nampak mudah sebab bila klik kat Blog URL akan keluar semua senarai blog yang korang dah follow. tapi bila dah masukkan link blog tu, bloglist akan jadi macam ni 👇


cuma nampak nama blog, langsung tak naik latest update kat bahagian bloglist. Hampeh!


Cara Letak Bloglist di Blog 2021

sebenarnya adacara nak mengatasi masalah ni, cara dia nampak sama tapi banyak bezanya.

1. Pergi ke Layout > Add A Gadget > Bloglist > Add a New Item



2. Copy link blog yang korang nak masukkan dan Paste di bahagian Blog URL. Continue.



3. Nanti akan keluar Feed URL found pastu tekan OK.



4. Automatik akan keluar nama blog dan link blog macam ni. then boleh Save.



5. ok done. dah boleh nampak update baru blog di bahagian Bloglist.



Siapa yang ada masalah begini, harap dapat membantu 😊

Sinopsis Telefilem Kembalikan Sinarnya (TV3)

Sinopsis Telefilem Kembalikan Sinarnya (TV3)

Telefilem : Kembalikan Sinarnya
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 2 Oktober 2021
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Nynaa Harizal, Eyka Farhana, Dian P Ramlee

Sinopsis Telefilem Kembalikan Sinarnya

mengisahkan Azali yang merupakan anak didik arwah Atuk Uzhma, orang yang kuat agama suatu ketika dahulu.

Namun Azali mula berubah selepas berpindah ke Kuala Lumpur. Sehingga suatu hari Azimah membuat keputusan untuk membawa anaknya pulang semula ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubungannya dengan Azali.

Vish : A Poisonous Story (Sonia TV3)


Drama : Vish: A Poisonous Story
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis : 4.00 Petang
Pelakon : Debina Bornerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha

Vish: A Poisonous Story akan ditayangkan di slot Sonia TV3 bermula 21 September 2021 mengisahkan Vishkanya iaitu suatu roh hitam yang memukau dan memikat hati, datang dalam rupa manusia yang sempurna namun begitu Vishkanya sangat berbisa dan mampu membunuh manusia dengan menggunakan bisanya.

Sabrina merupakan pemilik Estet Kothari dan menguruskan harta suaminya, Mohit yang kini telah jatuh sakit sehingga lumpuh dan tidak mampu bercakap. identiti sebenar Sabrina adalah Vishkanya.

Aliya yang diupah Sabrina menjadi doktor peribadi Mohit mahu menyiasat penyakit misteri Mohit yang sama dengan kematian ayahnya. kemunculan Aditya, adik Mohit pula mahu mengambil semula harta keluarganya yang kini dikuasai Sabrina selepas Mohit jatuh sakit.

Drama Seram Tak Seram (TV3)


Drama : Seram Tak Seram
Produksi : Narfalia Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Thorpe Ali
Penulis Skrip : Jeladin Jamal
Siaran : TV3
Episod : 13
Masa : Isnin-Khamis | 10.30 Malam
Pelakon : Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetheart, Nasz Sally, Qasem Nor, Zarul Umrella

Drama Seram Tak Seram sebuah drama komedi seram yang pernah ditayangkan di TV9 dan kini ditayangkan semula di TV3, setiap isnin hingga khamis jam 10.30 malam.

Seram Tak Seram mengisahkan Sheikh Tahlul (Jiggy Masin) yang menjual semua barang antik miliknya kepada pembeli. Antara barangam yang dijual oleh Sheikh Tahlul ialah kereta, lampu suluh, telefon, radio, topeng, pedang, anak patung dan cincin, dan setiap barangan tersebut mempunyai kisah misteri yang tersendiri.


SINOPSIS DRAMA SERAM TAK SERAM

EPISOD 1
Ah Meng seorang pembeli dan penjual kereta antik dan ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil. Pelbagai cara dilakukan Ah Meng untuk mendapat persetujuan daripada Kamil, Ah Meng kemudian tersedar seperti ada satu misteri pada kereta tersebut.

EPISOD 2
Dr Sofia tidak percaya pada perkara misteri, suatu hari Dr Sofea diberitahu telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya.

EPISOD 3
Khatijah merupakan cucu kesayangan dan telah dihadiahkan telefon mainan daripada neneknya. tidak lama selepas itu neneknya meninggal dunia dan ibu bapa Khatijah terdengar seperti Khatijah berbual dengan seseorang melalui telefon mainan tersebut.

EPISOD 4
Azhar seorang penuntut seni silat dan tok gurunya berpesan supaya Azhar bertapa di dalam sebuah gua jika mahu lebih mendalami ilmu silat. Sewaktu bertapa, Azhar diganggu makhluk misteri yang memegang sebilah pedang.

EPISOD 5
Bunga yang datang dari alam bunian meminta bantuan Khalid untuk menyelamatkan perkampungannya. namun kehadiran Khalid tidak disenangi oleh bunian bernama Dalan.

Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV Alhijrah)

Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV Alhijrah)

Drama : Dia Isteriku
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Siaran : TV Alhijrah
Mula Tayangan : 14 September 2021
Masa : Isnin-Selasa | 6.00 Petang
Episod : 13
Pelakon : Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Fizz Fairuz, Aiman Badrul, Izzy Reef, Cahaya Nilam, Hanna Aqeela, Badrul Muhayat

Sinopsis Drama Dia Isteriku

Mmengisahkan perkahwinan Aisyah (Rozita Che Wan) dan Helmi (Hafidz Roshdi) yang diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri. Aisyah bahagia dengan perkahwinannya bersama Helmi selepas melalui pengalaman perit dengan bekas suaminya, Bahar (Fizz Fairuz) selama enam tahun bersama. 

Kebahagian mereka mula teruji apabila Elisya (Shalma Eliana) yang merupakan anak Aisyah dan Bahar tinggal bersama mereka. Elisya mengalami kejutan kerana terbiasa dengan kehidupan bebas selama tinggal dengan bapanya manakala Aisyah pula menekankan kehidupan islamik dan penuh kasih sayang dalam keluarganya.

Aisyah dan Helmi berusaha membantu mendekatkan Elisya diri dengan kehidupan beragama. Keikhlasan dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah membuatkan Elisya cemburu dan terpikat dengan bapa tirinya.

Drama Hasrat Tersirat (Astro Prima)


Drama : Hasrat Tersirat
Pengarah : Nasir Kamsan, Shannon Berkett, Azroy Sultan
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 10 September 2021
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 20
Pelakon : Rahimah Yusoff, Abdullah Ahmad, Azhar Norlesta, Shaquille Daniel, Fatin Amira, Fir Rahman, Izzat Yusof, Farhana M Noor

Hasrat Tersirat merupakan drama Singapura kedua yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima selepas drama Siapa Jaga Mak. Hasrat Tersirat memaparkan konflik sebuah keluarga kaya yang mana harta arwah bapanya telah diberikan kepada keluarga.


Apabila Hamzah (Abdullah Ahmad) selaku ketua keluarga meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah. isterinya Aisyah (Rahimah Yusoff) menghadapi masalah harta pusaka apabila dituntut anak tirinya

Aisyah melawan semuanya sendiri dan cuba menjaga nama baik arwah suaminya. Dapatkah keluarga ini diselamatkan? Tonton kesemuanya dalam drama Hasrat Tersirat bermula 10 September 2021 di Astro Prima.

Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang (TV2)

Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang (TV2)

Drama : Cinta Yang Pulang
Produksi : Suhan Movies & Trading, Telemal Production
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Liza Ali
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 4 September 2021
Episod : 26
Masa : Khamis-Sabtu | 8.00 Malam
Pelakon : Izzue Islam, Umie Nazeera, Azwan Kombos, Jasmine Suraya, Melanie Tan, Zalfa Zin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Areef Amran, Scha Elinnea

Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang (TV2)

Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang

Diadaptasi dari novel karya Wawa Akil, mengisahkan Noah Imran (Izzue Islam) dan Adina Insyirah (Ummi Nazeera) yang berkawan baik tapi persahabatan mereka terputus apabila Noah menuduh Adina menyebarkan gambar tidak senonoh teman wanitanya, Thia (Jasmine Suraya). kerana hal tersebut juga, Adina membawa diri ke luar negara.

Pertemuan semula Noah dan Adina membuatkan Noah mula jatuh cinta dengan gadis tersebut. Noah sebenarnya menyesal menuduh Dina tanpa bukti dahulu tapi terlambat untuk meminta maaf kerana Dina telah membawa diri ke luar negara.

Adina juga masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan tidak dapat memaafkan Noah. Namun begitu, ibu mereka membuat perancangan untuk menyatukan Adina dan Noah. Apakah kesudahannya?

Saksikan kesemuanya dalam drama Cinta Yang Pulang setiap khamis hingga sabtu jam 8 malam di TV2 atau tonton online melalui website rasmi RTM.

Drama | The Hotel (Astro Ria)


Drama : The Hotel
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 15 September 2021
Episod : 24
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Farah Ahmad, Eina Azman, Yasmin Hani, Daler Yusof, Alif Hadi

Megadrama Astro Ria membawa sebuah lagi drama terbaru menggantikan drama Hawa, The Hotel mengisahkan Raisa (Mira Filzah) yang menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) yang memiliki empayar perniagaan sendiri.

Raisa yang dibesarkan dalam serba kemewahan mempunyai sifat psikopat yang mana Raisa tidak memahami emosi dan segala tindak-tanduk berdasarkan kehendak semata-mata.


Suatu hari, Sean (MK) muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah yang juga kediaman Raisa. Sean mengaku dirinya pakar bedah namun Raisa berasa curiga kerana cerita Sean sentiasa berubah.

Sean, pembohong patologi kemudiannya jatuh cinta dengan Raisa dan dia harus memilih sama ada melindungi Raisa atau menyerahkannya sebelum dia membunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Saksikan kesemuanya dalam drama The Hotel yang akan bersiaran di slot Megadrama Astro Ria, setiap isnin hingga khamis jam 10 malam bermula 15 September 2021.

Telefilem | Genesis (Cerekarama TV3)


Telefilem : Genesis
Produksi : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Ahmad Mustadha
Siaran : TV3
Pelakon : Aeril Zafrel, Jalaluddin Hasan, Aida Khalida, Azizah Mahzan, Miera Liyana, Tasha Yong, Ayuna Yusof, Ahmad Idham

Genesis sebuah telefilem arahan Ahmad Mustadha yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Jalaluddin Hassan dan Aida Khalida akan diulang tayang semula di slot Cerekarama TV3 pada 11 September 2021, hari sabtu jam 10 malam.

Genesis mengisahkan Bakhtiar yang bercinta dengan Zakiah kemudian memilih meninggalkan Zakiah apabila mengetahui wanita tersebut mengandung dan tidak mahu mengugurkannya.

Selepas 30 tahun, Dato Bakhtiar menjadi tokoh korporat yang berjaya dan kini segala urusan syarikatnya diuruskan oleh Amirul mempunyai banyak persamaan dengannya dari segi karakter mahupun disiplin kerja. Dato Bakhtiar sangat percaya dengan segala keputusan yang diambil Amirul menguruskan syarikatnya memandang dia tidak mempunyai anak dan isterinya sudah meninggal dunia.

Segala rahsia mula terungkap apabila Dato Bakhtiar bertemu semula dengan Zakiah di sebuah pusat peranginan. Dato Bakhtiar terdesak untuk mengetahui tentang anaknya yang dilahirkan Zakiah dahulu.

Drama | Malaysian Ghost Stories (Astro Ria)


Drama : Malaysian Ghost Stories
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 25 Ogos 2021
Episod : 18
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saidi, Ameerul Affendi, Hasnul Rahmat, Hanna Aqeela, Azman Ahmad, Azar Azmi, Fimie Don

Malaysian Ghost Stories adalah himpunan pelbagai kisah seram dan mistik yang berlaku di Malysia yang biasa kita dengar dalam pelbagai versi dan kini ditampilkan dalam bentuk drama bersiri 18 episod yang membawa 18 buah kisah hantu yang berlainan.

Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories


Episod 1 - Nenek Hostel

Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek sebaik sahaja lampu bilik dimatikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut sebelum nyawa mereka melayang.

Episod 2 - Jin Pemusnah

Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anak mereka pula selalu menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang selalu pulang pada lewat senja.

Episod 3 - Hantu Kum Kum

Seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kecantikannya. Wajahnya menjadi hodoh setelah melanngar pantang larang dan perlu menghisap drama anak gadis sunti sebarang bayaran.

Episod 4 - Nenek Kebayan

Azri jatuh cinta dengan Laila setelah bertemu di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikan Laila. namun Azri tidak menyedari itu semuaa adalah permainan nenek kebayan.


Siapa peminat drama seram boleh menonton Drama Malaysian Ghost Sories di Astro Ria, setiap isnin hingga khamis jam 11 malam bermula 25 Ogos 2021.

Telefilem | Panjak 7 (Cerekarama TV3)


Telefilem : Panjak 7
Produksi : Arjuana Noah Sdn Bhd
Pengarah : Sabri Yunus
Siaran : TV3
Pelakon : Sabri Yunus, Izzue Islam, Adrea Abdullah, Saidi Sabri, Asrul Faizal, Zarina Zainoordin, Along Eyzendy

Panjak 7 sebuah telefilem arahan Sabri Yunus yang akan ditayangkan semula di slot Cerekarama TV3 pada 21 Ogos 2021, hari Sabtu jam 10 malam.

Cerekarama Panjak 7 mengisahkan Pak Ngah Ngel seorang dalang wayang kulit yang sangat terkenal di Kelantan. kehidupan Pak Ngah Ngel mula dilanda masalah apabila seorang demi seorang panjak atau pemuziknya membuat onar dan hanya Pok Jak, pemain seruling yang memahami dirinya.

Angkara huru-hara seni wayang kulit akan dilupakan, mampukah warisan ini berkekalan? Saksikan semuanya dalam Panjak 7 di Cerekarama TV2.

Drama | Di Sebalik Kasyaf (TV3)


Drama : Di Sebalik Kasyaf
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Eirma Fatima
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 19 Ogos 2021
Episod : 4
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Baim Wong, Elfira Loy, Haliza Misbun, Azhar Sulaiman

Di Sebalik Kasyaf sebuah drama arahan Eirma Fatima yang menampilkan gandingan Baim Wong dan Elfira Loy mengisahkan pertemuan antara Afiq yang berasal dari Indonesia dan gadis buta bernama Diya.

Ketika cinta mulai membuka mata hati mereka, rahsia yang mencetuskan segalanya kian terbongkar! Adakah kisah silam akan menjejaskan hubungan mereka? Saksikan semuanya dalam drama Di Sebalik Kasyaf yang ditayangkan bermula 19 Ogos 2021, setiap isnin hingga khamis jam 10 malam di TV3

Telefilem | Dealova (TV Alhijrah)


Telefilem : Dealova
Produksi : Juragan Karya Sdn Bhd
Pengarah : Faliq Sharif
Siaran : TV Alhijrah
Tayangan : 15 Ogos 2021 | 9.00 Malam
Pelakon : Ikmal Amry, Puspa Wangi, Nazzaty Rusli

Dealova sebuah telefilem di TV Alhijrah yang bakal ditayangkan di slot Kesuma iaitu slot terbaru di TV Alhirah khas buat penggemar telefilem tempatan dan antarabangsa dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Telefilem Dealova mengisahkan Juwita (Nazzaty Rusli) dan Faliq (Ikmal Amry) yang merupakan sepasang kekasih dan bercinta sejak zaman sekolah. Apakah konflik cinta tiga segi yang bakal terjadi?
 
Saksikan kesemuanya dalam Dealova yang akan ditayangkan pada 15 Ogos 2021 hari ahad jam 9.00 malam di slot Kesuma TV Alhijrah saluran 114 di Astro, UnifiTV atau MyFreeView.

Telefilem | Jerat (Cerekarama TV3)


Telefilem : Jerat
Produksi : Electrovision Sdn Bhd
Pengarah : Sharidan Popeye
Siaran : TV3
Tayangan : 14 Mac 2020
Pelakon : Julia Farhana Marin, Adam Lee, Mona Allen, Nina Kho, Ridzuan Hashim

Jerat mengisahkan tiga sahabat iaitu Iris (Julia Farhana), Najihah (Mona Allen) dan Angie (Nina Kho) yang rapat atas dasar kerja. Iris seorang inspektor polis, Najihah pula penguam dan Angie bekerja sebagai wartawan. walaupun kerjaya yang berbeza tapi mereka saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah.

Dalam masa yang sama, Najihah sibuk membuat persiapan perkahwinan bersama Faris (Adam Lee), seorang ahli perniagaan. sebaik pulang dari bulan madu, Najihah dikejutkan dengan berita pembunuhan Angie.

Iris syak kematian Angie ada kaitan dengan Faris, hal ini membuatkan hubungannya dengan Najihah menjadi keruh. Adakah keakraban mereka akan terjerat atas dasar kerja atau persahabatan mereka hanya pada nama?

Telefilem | Tiada Lagi (Cerekarama TV3)


Telefilem : Tiada Lagi

Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd
Pengarah : Man Kobena
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 22 Februari 2020
Pelakon : Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda

Telefilem Tiada Lagi akan ditayangkan semula di slot Cerekarama TV2 pada 31 Julai 2021 mengisahkan Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) yang meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-15 bersama Datuk Nizar (Eizlan Yusof).

berlaku peristiwa malang apabila kediaman mereka dipecah masuk seterusnya salah seorang perompak tersebut yang bernama Iskandar (Jay Iswazir) membongkar rahsia perkahwinan kedua Datuk Nizar bersama Fatin (Dayang Areeda).

Datuk Nizar membuat keputusan untuk tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis demi menjaga reputasi beliau manakala Datin Nureen pula sangat kecewa dan mahukan perceraian.

Namun siapa sangka semua yang berlaku adalah perancangan Datin Nureen sendiri, apakah sebenarnya yang berlaku? tonton kesemuanya dalam Cerekarama Tiada Lagi pada 31 Julai 2021 jam 10 malam di TV3.

Telefilem | Haji Gugel (Cerekarama TV3)


Telefilem : Haji Gugel
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Bade Haji Azmi
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV3
Tayangan : 22 Ogos 2018
Pelakon : Kazar Saisi, Liyana Jasmay, Aida Aris, Ridzuan Hashim

Telefilem Haji Gugel pernah ditayangkan di slot Cerekarama TV3 dan akan diulang semula pada 24 Julai 2021. telemovie arahan Bade Azmi dan dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Kazar Saisi, Liyana Jasmay dan Aida Aris.

Haji Gugel mengisahkan Arman (Kazar) yang tak pernah menjejakkan kaki ke Mekah apatah lagi mengerjakan haji tapi setiap kali musim haji, Arman yang paling teruja dan mendominasi keadaan untuk bercerita kepada penduduk kampung tentang ibadah haji seperti pernah ke sana.

semua info dan maklumat haji tersebut bukanlah berdasarkan pengalaman Arman tapi diperoleh melalui hasil carian google. anak dan isteri Arman tak suka Arman terus menipu kepada orang kampung tentang kisah dia menunaikan haji.

Review Novel | Ayat-Ayat Halal by Syamnuerizmil


Novel : Ayat-Ayat Halal
Penulis : Syamnuerizmil
Helaian : 264
Penerbit : The Chapter
Terbitan : Julai 2017

seminggu dua ni langsung tak ada mood nak tengok drama, ingatkan nak habiskan novel yg borong waktu bulan puasa hari itu tapi baru baca dua tiga bab lepas tu pegang buat cukup syarat saja. aku beli novel ni selepas tengok drama Ayat-Ayat Halal, best juga dramanya tapi malas pula nak follow setiap hari, itu yg terus order. nipis saja bukunya tak sampai sehari dah habis baca.


Ayat-Ayat Halal mengisahkan Ebrahim Alfarez yg bekerja di Qatar tiba-tiba buat keputusan bercuti selama tiga minggu untuk menyambut bulan puasa bersama keluarganya di Malaysia. rancangannya nak buat kejutan tapi Ebrahim pula dikejutkan dengan berita ibunya pergi menunaikan umrah bersama adik-adiknya. nak tak nak terpaksalah berpuasa seorang diri di Malaysia.

sebelum berangkat ibunya sempat berpesan yg makanannya akan diuruskan oleh anak jiran sebelah rumah bernama Ulya Ayani. kali pertama bertentang mata, Ebrahim dah jatuh cinta dengan Ulya tambahan pula Ulya pandai buat kek pandan kegemarannya.

demi Ulya tak pasal dia jadi ustaz Ebrahim bila Pak Ayob (ayah Ulya) minta Ebrahim mengajarnya mengaji Al-Quran bak kata Pak Ayob kalau dah lama duduk Qatar mesti pandai cakap arab.


masalahnya sekarang, saingan Ebrahim bukan kaleng-kaleng orangnya, Ustaz Hassan anak tok imam kampung baru balik dari Mesir dan Ebrahim pula cuma ustaz celup. lagi tak senang duduk bila tahu Ulya adalah sepupu Murni, bekas kekasihnya dulu.

walaupun ada sokongan daripada Pak Ayob bukan senang juga nak memikat Ulya, macam-macam ayat-ayat halal yg keluar tapi langsung tak dapat respon positif daripada Ulya. berjayakah Ebrahim mencari jodohnya sebelum pulang semula ke Qatar. siapakah pilihan hati Ulya Ayani?

overall, jalan ceritanya Ayat-Ayat Halal sangat menghiburkan, walaupun nipis saja bukunya tapi padat dengan isi dan pengajaran.

Review Novel | Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Novel : Cik Buah Hati Encik Sendu
Penulis : Airisz
Helaian : 397
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2020

Cik Buah Hati Encik Sendu mengisahkan Fauziah@Jee yg terpaksa mengalaskan tanggungjawab menjadi ketua keluarga selepas ayahnya meninggal di awal usia 18 tahun. bukan senang nak cari nafkah nak besarkan 6 orang adik-beradik yg masih sekolah dengan emaknya pula meroyan selepas melahirkan adiknya yg bongsu tak dapat menerima kenyataan kepergian suami tercinta.

Jee rela berkorban tak sambung belajar untuk pastikan kehidupan mereka terjamin nasib baiklah adik-beradiknya saling memahami dan meringankan tugasnya. ada juga yg prihatin dengan nasib mereka sekeluarga dan turut membantu.

bab yg sakit hati dalam novel ni tentang keluarga belah bapanya yg lepas tangan dengan nasib Jee keluarga. dah la nak tanya khabar pun susah, asal datang sahaja menambahkan masalah dan menyakitkan hati sahaja. memang puaslah bila di hujung cerita masing-masing dapat pengajaran yg sewajarnya.

Uzair, watak hero pula walaupun di permulaan cerita nampak tak ada masa depan kemudiannya lebih serius dengan hidup dia. Jee pun mula terbuka hati bila nampak perubahan Uzair dan selalu bersama dengan dia di saat susah dan senang.

walaupun tajuk novel ni Cik Buah Hati Encik Sendu nampak macam santai tapi jalan cerita dia lebih kepada kehidupan, tentang tanggungjawab dan tentang Jee yg bersusah payah dan rela berkorban segalanya untuk menjaga keluarga. overall, jalan cerita yg menarik dan banyak mesej dan juga pengajaran yg cuba disampaikan melalui novel ni.

**MY RATING: ⭐⭐⭐3/5**

Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link


Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link | ini merupakan kali kedua aku buat refund di Shopee, kali pertama dulu tak ada masalah sangat sebab barang yg seller hantar tak cukup. seller pun tak ada masalah untuk ganti barang tersebut tapi aku pilih untuk refund. sekejap sahaja masalah selesai.

untuk kali kedua buat proses refund, aku tahu benda ni akan ambil masa sebab seller akan fight balik bila mereka dah post barang tapi yg jadi masalah sekarang barang kena peram oleh pihak kurier.

aku suka shopping di shopee sebab boleh pilih syarikat penghantaran tapi bila Shopee tetapkan tak boleh pilih kurier bermula 17 Jun 2021, serius cakap memang tak suka sebab tak nak jadi masalah macam ni.


Pengalaman Buruk Dengan City Link

selalunya aku akan pilih J&T atau Pos Laju dan sebelum ini tak ada masalah pun dengan penghantaran, kalau lewat pun tak ada sampai seminggu.ini first time kot dapat City-Link lepas tu sampai ke sudah barang tak sampai.

aku pun pelik juga bila check kat shopee barang dah lama sampai kat City Link tapi tak ada tanda diorang nak delivery, selepas seminggu ada staff telefon minta aku sendiri pergi ambil barang dekat pejabat City Link, siap bagi tips kalau tak boleh datang ambil dia suruh aku refund. alasannya lori tak boleh jalan sebab driver mereka kena kuarantin.

rasa nak marah pun ada juga, kalau dah tahu tak boleh nak buat penghantaran kenapa tak tutup dulu pejabat tu. ini betul-betul menyusahkan pengguna, tak tahu berapa banyak barang stuck kat situ.

antara sebab aku beli barang online ni, aku malas nak keluar. kalau tidak baik aku pergi shopping kat tesco saja. last aku terpaksa juga refund sebab tak boleh nak pergi ambil barang kat Citylink.


Proses Refund di Shopee

proses refund di Shopee sebenarnya tak susah cuma ambil masa sikit sebab pihak shopee kena siasat dulu sebelum pulangkan balik duit kepada pembeli. macam kes kali ini aku beritahu yg pesanan belum terima sebab problem dengan kurier. seller pun akan fight balik sebab mereka ada bukti barang sudah dihantar. 

so tunggu sajalah pihak shopee buat kerja mereka, tak payah nak buang masa bergaduh dengan seller sebab dalam kes ni syarikat penghantaran yg buat hal.


permohononan pertama kena tolak dengan alasan masih dalam tempoh penghantaran. lepas tamat tempoh yg diberikan baru aku request refund untuk kali kedua.


tak ingat kena tunggu beberapa hari tapi tiba-tiba dapat email bagitahu dah berjaya refund, semak dalam shopeepay wallet, duit dah masuk dan coin shopee yg digunakan pun dah dapat balik.

walaupun jumlah yg refund tu tak banyak tapi masih lagi boleh guna untuk sambung shopping kat shopee..hehe