Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)


Telefilem : Kampung Si Rabun
Produksi : MToons Media Sdn Bhd
Pengarah : MP Roslin
Penulis Skrip : Hiada Mazni
Siaran : TV2
Tayangan : 17 Januari 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Nafiez Zaidi, Neera Azizi, Along Cham, Azzahra Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Amyza Aznan, Wahid Senario

SINOPSIS KAMPUNG SI RABUN

Kampung Si Rabun mengisahkan penduduk Kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun. situasi bertambah kecoh apabila berlaku pemilihan ketua kampung baru yang menjadi rebutan antara Jalil, anak bekas ketua kampung dan Megat, calon ketua kampung yang baru.

Sementara itu Che Normah, ratu Kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah rabun silau jatuh hati pada Megat. Kedua-duanya cuba melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Megat yang nampak kacak bagi mereka.

Maka bermulalah pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana dia juga ada hati terhadap salah seorang daripada peminat Megat iaitu Normah.

Lalu siapakah yang paling layak dipilih sebagai ketua kampung? Dan siapa pula antara Megat dan Jalil yang menjadi pilihan Normah?

Post a Comment

0 Comments