Telefilem Jam Aju Tanpa Jarum (TV2)


Telefilem : Jam Aju Tanpa Jarum
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV2
Tayangan : 15 Mac 2022
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Beto Kusyairi, Uqasha Senrose, Fazlie Daniel, Joey Dauddan dan Firdaus Ghufran

Telefilem Jam Aju Tanpa Jarum mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Aju yang suka mengasingkan diri mempunyai satu keistimewaan iaitu membuat dan mengukir pelbagai corak jam dari kepingan kayu untuk jualan di kedai Nida.

Tetapi yang menariknya setiap jam yang dibuat oleh Aju pasti terhasil tanpa jarumnya. Ada juga yang menegur sebaliknya Aju tetap dengan pendiriannya mahu ianya terus begitu. Apakah kisah disebaliknya?

Keakraban Amran yang juga duda dengan Nida, ibu Boy yang bergelar ibu tunggal telah membuat Aju marah sehingga sanggup menghilangkan diri dari rumahnya.

Lalu apakah pengakhiran hubungan Amran dengan Nida? Adakah Aju berubah hati mahu menerima hubungan antara ayah dengan ibu kawannya itu

Post a Comment

0 Comments