Sinopsis Filem Jaga-Jaga Senariounion di Astro First


Filem : Jaga-Jaga Senariounion
Produksi: Botak Production Management Sdn Bhd
Pengarah: Aziz M. Osman
Siaran : Astro First
Tayangan : 21 April 2022


BARISAN PELAKON DAN WATAK
  • Mohd Azlee bin Jaafar sebagai Azlee
  • Illya Buang bin Shaharum sebagai Tok Kadi
  • Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff sebagai Saiful
  • Abdul Wahid bin Mohd sebagai Wahid
  • Yassin bin Yahya sebagai Yassin
  • Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli sebagai Dato Hamdan
  • Nur Farisha Amira binti Aslan sebagai Zila
  • Mas Said bin Abdul Ghani sebagai Prono
  • Badrolshah bin Abdul Manan sebagai Bala
  • Syaniza binti Hisham sebagai Syanie
  • Aman Shah bin Asri sebagai Amen
  • Siti Nora binti Sukiran sebagai Nora

LAGU TEMA/OST JAGA-JAGA SENARIOUNION
  • M. Nasir - Yang Bertakhta Akhirnya
  • Senario - Musim Kenduri Kahwin
  • Tralala Joger

SINOPSIS FILEM JAGA-JAGA SENARIOUNION

Keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk mengiring bakal pengantin - Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring.

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan - Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan.

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?


Saksikan Filem Jaga-Jaga Senariounion yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480 mulai 21 April 2022.

Post a Comment

0 Comments