Sinopsis Filem Kan Cheong di Astro First

Sinopsis Filem Kan Cheong di Astro First

Filem : Kan Cheong
Produksi: Thinkerbell Studios
Pengarah: Noor Azlan Shah
Siaran : Astro First
Mula Tayangan : 11 Ogos 2022
Pelakon : Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar

Kan Cheong dalam bahasa cantonese/hokkien bermaksud gementar, tergesa-gesa atau marah. Kan Cheong sebuah filem thriller mengetengahkan isu kesihatan mental yang mula ditayangkan di Astro First mulai 11 Ogos 2022.

SINOPSIS FILEM KAN CHEONG

Ayu yang tinggal sendiri mendengar berita mengenai empat pesakit mental yang lari dari hospital. Ayu dikejutkan dengan kehadiran Aman yang tersalah alamat menghantar barang, Aman minta untuk menumpang teduh kerana hujan lebat.

Walaupun Aman menumpang teduh di luar rumah, Ayu tidak tenang lalu mengesyaki Aman salah seorang pesakit mental yang lari dari hospital. tidak lama kemudian muncul lagi seorang lelaki misteri bernama Saiful.

Siapakah sebenarnya Aman dan Saiful. Mampukah Ayu menyelamatkan dirinya?

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments