Review Drama Korea: Doctors (2016)

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Title : Doctor
Release Date : 20 Jun 2016
Episodes : 20
Genre : Romance, Medical
Cast : Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung, Yoon Kyun Sang, Moon Ji In, Baek Sung Hyun, Kim Min Seok, Kim Ji Soo, Jang Hyun Sung 

SYNOPSIS:
Yoo Hye Jung was a tough bully in school with a prickly personality and always goes wayward. She had many scars from her childhood and through self-preservation, Hye Jung keeps her heart shut away from other people. However, she changes after meeting her mentor Hong Ji Hong who plays a key role in transforming her life from a helpless gangster to a compassionate doctor.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Park Shin Hye sebagai Yoon Hye Jung

Yoon Hye Jung seorang pelajar sekolah yang suka memberontak. Hubungan dengan ayah kandungnya tidak baik dan ibu tirinya pula selalu melayan Hyejung dengan teruk. Akibat tak tahan dengan Hye Jung yang selalu buat masalah, ayahnya menghantar Hye Jung tinggal dengan neneknya.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Kim Rae Won sebagai Hong Ji Hong

Hong Ji Hong seorang pelajar perubatan tapi berhenti kejap dan bekerja sebagai guru. Walaupun Hye Jung tak hormat dia tapi Ji Hong berjaya mengubah Hyejung fokus pada pelajaran. Hubungan mereka juga semakin rapat.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Lee Sung Kyung sebagai Jin Seo Woo

Jin Seo Woo pula seorang pelajar cemerlang dan menyimpan perasaan pada Teacher Hong. Seo Woo jadi rapat dengan Hye Jung kerana satu insiden tapi bila tengok Hye Jung dan Ji Hong rapat mulalah dia cemburu. dia makin sakit hati dengan Hye Jung bila suatu hari dapat markah tertinggi dalam ujian padahal Hye Jung sebelum ini tak pernah fokus belajar.

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Kerana perasaan cemburunya, Seowoo menyebar fitnah kononnya Teacher Hong berkelakuan tidak senonoh dengan Hyejung. Akibat skandal tersebut, Teacher Hong mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran di luar negara. Hyejung pula dibuang sekolah. 

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Selepas 13 tahun, Hyejung berjaya menjadi seorang doktor dan bekerja di hospital yang sama dengan Seowoo. Seo Woo macam biasalah memang tak puas hati dengan Hye Jung.

Pada masa yang sama juga, Jihong kembali ke Korea dan bekerja di hospital tersebut. terjadi pertemuan semula antara Ji Hong dan Hye Jung.

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Dalam drama ni ramai sangat pelakon lelaki dan ramai juga yang minat hyejung macam Dr Jung, Jisoo, Boss gang..oh please~ watak seowoo pula bad girl yg sangat sangat annoying. NO second lead syndrome dalam drama ni sebab aku memang suka Kim Rae Won dan dia alasan utama untuk aku tengok drama ni.

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)

Title : Beautiful Mind
Release Date : 20 June 2016
Episodes : 14
Cast : Jang Hyuk, Park So Dam, Yoon Hyun Min, Park Se Young, Heo Jun Ho

SYNOPSIS:
How dangerous is a genius neurosurgeon who is incapable of having any feelings for his patients? Lee Young Oh is the best at what he does but because of an accident in his frontal lobe, he lacks sympathy for his patients and has erratic personalities. When a series of bizarre patient deaths occur at the hospital, police investigators converge around Young Oh. Can a rookie cop help Young Oh open up his heart and learn to love again?

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)
Jang Hyuk
Lee Young Oh

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)
Park So Dam
Gye Jin Sung

Seorang mangsa kemalangan yg dibedah oleh Dr Lee mati sewaktu pembedahan. Jinsung yg juga merupakan saksi kemalangan tersebut cuba melaporkan bahawa kejadian tersebut bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan. Jin Sung menuduh Dr Lee sebagai suspek. 

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)

Pada awal tu, aku suka dengan watak Jinsung sebab nak menegak keadilan untuk mangsa tersebut tetapi bila dia terlalu pasti dan tuduh Dr Lee sebagai suspek tanpa bukti yg kukuh rasa geram dan annoying sebab buat tuduhan pakai teori sendiri tanpa ada bukti yg kukuh.

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)

Hubungan Dr Lee dengan bapa dia, nampak sangat pelik tak nampak macam hubungan anak beranak tapi lebih kepada musuh. bapa dia pun seorang doktor tapi aku tak pasti sama ada bapa dia orang baik atau jahat. dan flashback sewaktu Dr.Lee masih kecil, dia disahkan mempunyai Anti-Social Disorder yg mana dia tak boleh rasa atau faham tentang perasaan.

Review Drama Korea: Beautiful Mind (2016)

drama ni agak berbeza daripada drama doktor yg lain yg selalunya banyak fokus tentang isu family, cinta tapi drama ini banyak fokus tentang konflik antara doktor tu sendiri. this drama so intense dan kena cari masa yg sesuai untuk tengok tapi jalan cerita sangat menarik sebenarnya dan banyak sangat persoalan pasal drama ini sebab first two episode ni seriusly xboleh nak sure siapa jahat, siapa baik.