Showing posts with label Drama Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Drama Indonesia. Show all posts

Drama | Magic Hour The Series (2017)


Title : Magic Hour The Series
Director : Asep Kusdinar
Screenwriter : Titi Sari
Network : iflix
Episodes : 14 
Duration : 40 minutes
Cast : Dimas Anggara, Michelle Ziudith, Maxime Bouttier, Nadya Arina,
Yunita Siregar, Dimaz Andrean

bulan puasa ni, malas pula nak tulis review drama dan novel tapi kalau tak tulis tak best juga sebab kadang tu aku sendiri yg baca balik review tersebut kalau terlupa jalan ceritanya..haha

Magic Hour The Series adalah sambungan daripada filem Magic Hour yg merupakan siri pertama Indonesia yg bekerjasama dengan iflix. Magic Hour The Series ada dua musim, total semua ada 14 episod.


dalam filem Magic Hour, Raina bercinta dengan Dimas tapi jodoh mereka tak panjang kerana Dimas meninggal dunia akibat kanser. Dimas sempat mendermakan kornea matanya untuk Raina dan tinggalkan amanah kepada kembarnya, Rangga untuk menjaga Raina. kehadiran Rangga sebenarnya banyak memberi semangat untuk Raina teruskan hidup selepas berduka dengan kematian Dimas.

Magic Hour The Series pula Rangga kembali ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran dan semakin jarang menghubungi Raina. ibu Rangga mulai risau kalau Rangga ada perempuan lain dan mahu memutuskan hubungan dengan Raina lalu menyuruh Raina pergi ke New York.


bila sampai New York ingatkan nak bagi kejutan pada Rangga tapi Raina pula yg terkejut bila Rangga halau dia balik ke Indonesia. Raina yg baru pertama kali tiba di sana tak tahu nak pergi mana dan merayau sekitar New York hingga bertemu dengan Tegar. Tegar yg banyak membantu Raina dan menumpangkan Raina di rumahnya untuk semalam.

kalau orang lain dah terus patah hati lepas kena halau tapi si Raina percaya mesti ada sebab tertentu kenapa Rangga buat macam tu so Raina decide untuk kembali kepada Rangga walaupun Tegar membantah. nasib baik juga Rangga terima dia. sebenarnya Rangga pun rasa bersalah dan cuba cari Raina selepas itu.


Tegar dan Raina sangat rapat walaupun baru berkenalan, bila Raina ceritakan masalahnya memang Tegar marah tapi dia pun tak ada hak nak bantah kalau Raina mahu kembali pada Rangga. Tegar ada teman wanita bernama Mitha dan sayang giler dengan si Mitha ni.

kisah mereka ni complicated sikit. Tegar tak tahu yg Mitha curang mengejar cinta Rangga dan dalam diam juga si Mitha berselingkuh dengan Troy, kawan baik Rangga. pendek cakap semua lelaki dalam drama ini si Mitha ni nak sapu. Tegar memang seorang lelaki yg baik tapi lepas apa yg Mitha buat pada dia, tak tahu nak cakap baik ke bodoh. well cinta itu buta lagi membutakan wei.


walaupun Gwenny marah apabila Dimas memilih Raina tapi hubungan mereka baik semula selepas Raina jatuh sakit. Gwenny bercinta dengan Toby. konflik terjadi balik antara Gwenny dan Raina apabila Toby tinggalkan dia tanpa pesan tapi Toby boleh pula bagi surat pada Raina. mangkuk betul si Toby ni nasib watak dia mati macam tu saja.

Gwenny mula cemburu pada Raina lebih-lebih lagi bila dia rasa ibunya lebih sayang pada Raina. Gwenny mula curiga dengan identiti Raina lalu dia mula menyiasat asal-usul Raina. siapa Raina sebenarnya?


aku suka watak Raina ni walaupun ada satu masa rasa macam ya ampun bodohnya perempuan ni. masih lagi bertahan dengan perangai walaupun banyak kali dihalau Rangga dan muncul pula Mitha yg bawa cerita buruk tentang Rangga tapi dia tetap juga pertahankan dan percaya Rangga seratus peratus.

alasan Raina senang sahaja, Dimas lebih kenal  Rangga dan takkan suruh Rangga jaga dia kalau Rangga tu teruk. kagum betul dengan Raina punya tahap kesetiaan dan kepercayaan tu. sebenarnya Rangga ada alasan sendiri kenapa dia cuba putuskan hubungan dengan Raina.


Magic Hour The Series ni best juga macam tengok movie sebab shot kamera cantik, lagu tema pun best. jalan cerita musim pertama ni pun best sebab banyak konflik menarik tapi bila di hujung-hujung dan masuk musim kedua meleret-leret pula cerita dia macam sinentron lepas tu recycle balik storyline. aku ada tertulis spoiler dalam post London Love Story 🙊

Movie | London Love Story (2016)


Title : London Love Story
Country : Indonesia
Production : Screenplay Films
Director : Asep Kusdinar
Release Date : 4 February 2016
Duration : 89 minutes
Cast : Michelle Ziudith, Dimas Anggara, Adilla Fitri, Dion Wiyoko, Ramzi


London Love Story mengisahkan Caramel yg belajar di Kota London menerima surat-surat yg dipos oleh ibunya. ibu Caramel memintaya membaca isi surat tersebut kerana tidak mahu bekas kekasihnya terus menghantar surat tersebut ke rumah mereka.

Cara memilih untuk membuang surat-surat tersebut kerana mahu melupakan cinta lalunya. mulut je cakap benci tapi hati tak boleh move on lagi. hailaa perempuan!


Dave juga menetap di Kota London dan suatu hari bertemu Adelle yg mahu membunuh diri di atas jambatan. Dave menolong Adelle dan membawanya pulang ke rumah tapi perempuan ni macam parasit orang dah tolong bukan nak bersyukur. Adelle buat rumah Dave macam rumah sendiri dan terus tinggal di situ walaupun Dave dah banyak kali suruh dia keluar dari situ.


Adelle baru teringat yg dia ada kawan di London iaitu Bima yg juga kawan kepada Caramel so dari situ Adelle boleh rapat dengan Caramel dalam masa yg singkat. ingatkan lepas jumpa Bima, Adelle nak cari rumah lain tapi dia terus juga tinggal di rumah Dave. 


tak sampai setengah jam seriusly dah rasa bosan giler dengan movie ni, dah la watak semua sendu sangat dan makin lama makin annoying pula. lepas tu asyik tertanya juga bila hero dengan heroin nak bertemu dan apa kaitan Adelle dengan Caramel dan Dave. 

sampailah muncul watak Sam yg secara tak sengaja bertembung dengan Caramel. terbongkarlah persoalan yg sebenarya Caramel dan Dave pernah bertemu di Bali setahun yg lalu dan bercinta dalam masa tiga hari, masuk hari keempat si Caramel menghilangkan diri, tinggal Dave yg bingung mencari jawapan.


***SPOILER ALERT****



disebabkan watak utama sendu melayan perasaan sangat, Adelle dan Bima yg dah tahu kisah cinta Caramel-Dave buat rancangan nak ketemukan mereka berdua. ingatkan happy ending tapi Caramel mengamuk cakap Dave sudah kecewakan dia dan benci giler dengan Dave.

Dave pula gembira bila bertemu Caramel tapi dia langsung tak faham kenapa Caramel marahkan dia. Dave cuba berbincang dengan cara baik tapi Caramel pilih untuk melarikan diri dan Dave kemalangan ketika mengejar Cara.


aku suka filem Magic Hour kerana jalan ceritanya lagi best dan watak utamanya lagi menarik sebab tu aku boleh sambung tengok drama dia pula. untuk London Love Story pula tak ada benda yg buat aku impress melainkan sakit hati dengan watak Caramel yg terlebih emo dan suka buat andaian sendiri. kalau dia pilih untuk tunggu sekejap dan dengar penjelasan Dave dahulu, mungkin tak payah nak layan sendu seorang diri.

walaupun London Love Story ada sampai dua sequel tapi cukuplah, tengok trailer pun aku dah malas nak layan sambungannya sebab pengarah dia asyik recycle jalan cerita yg sama dalam movie dia. dalam ILY From 38000 Ft, heronya terlibat dalam nahas pesawat. Magic Hour pula hero ada kanser, heroin pula buta. dalam London Love Story pula hero kemalangan, dalam sequel ketiga heroin dia pula kemalangan sampai lumpuh kalau tak salah la sebab tengok trailer je.

ya ampunnnn tolonglah buat cerita yg fresh sikit, penatlah asyik nak mengadap kisah tragis yg lebih kurang sama je, dari pengarah yg sama pula tu. bagi aku, membazir sangat kalau shoot filem di tempat yg cantik, lagu ost best dengan suara Afgan yg sedap tapi jalan cerita ke laut.

Movie | Magic Hour (2015)


Title : Magic Hour
Country : Indonesia
Production : Screenplay
Director : Asep Kusdinar
Release Date : 13 August 2015
Duration : 97 minutes
Cast : Michelle Zuidith, Dimas Anggara, Rizky Nazar, Nadya Arina,
Meriam Bellina, Surya Saputra


Michelle Ziudith comel sangat berlakon dalam filem ILY From 38000 ft, itu sebab nak tengok movie ni pula. Rizky Nazar  pun ada juga tapi bukan pelakon utama dalam Magic Hour.


Gweny minta tolong Raina untuk menyamar sebagai dirinya berjumpa calon suami pilihan ibunya. Raina serba salah  tapi terpaksa buat juga sebab Gweny dan Flora (ibu Gweny) adalah keluarga yg menjaga dia sejak kecil. namun Raina kemalangan dalam perjalanan untuk bertemu dengan Dimas.

scene Raina kemalangan ni buat aku terkejut betul sebab tengok movie ni tak sampai lima minat, dah ada yg kena langgar. luka Raina tak teruk sangat dan nurse ada pesan suruh datang semula untuk buat check up tapi Raina abaikan nasihat tersebut walaupun ada kesan lain selepas kemalangan.


balik rumah pula teruk Raina kena bebel dengan Flora sebab bunga yg nak kena hantar kepada pelanggan habis rosak. Gweny pula sibuk suruh Raina berjumpa semula dengan Dimas padahal kawan baru lepas kemalangan.

Raina pergi juga bertemu dengan Dimas untuk kali kedua. bila ternampak Dimas, Raina terus panik sebab dia rasa serba salah jadi penyamar nak menipu orang. Dimas pula terkejut bila tengok muka Raina dan terus blah dari situ tinggal Raina terpinga-pinga seorang diri di situ.


Raina tak nak pertemuan tersebut membazir lagi sekali so dia kejar Dimas dan bagitahu hal sebenar sebab tak nak menipu Dimas. sejak hari situ, mereka makin rapat dan saling jatuh cinta. tapi Raina terpaksa pendam perasaannya sebab sedar yg Dimas itu jodoh Gweny.


Gweny tak berminat langsung untuk bertemu Dimas tapi terus jatuh cinta bila bertemu Dimas di makan malam keluarga mereka. emak mereka pun sibuk membuat rancangan perkahwinan sebab ingatkan hubungan Dimas dan Gweny dah makin rapat padahal tak tahu, orang yg Dimas jumpa selama ini adalah Raina.

tapi Dimas pula bagi kejutan bila dia berterus-terang tentang hubungannya dengan Raina. apalagi, mengamuklah si Gweny dan terus tuduh Raina khianat dia padahal siapa yg jadi punca Raina bertemu dengan Dimas kalau bukan dia sendiri.

suka dengan Flora sebab ingatkan dia nak bela anak sendiri tapi lagi perli ada la. bila Raina sakit nampak dia caring sangat walaupun Raina cuma anak angkatnya.


Toby pula kawan baik Raina yg dah lama simpan perasaan pada Raina. tak suka si Toby ni sebab gaya dia macam obsess pula dengan Raina.


kisah percintaan Raina dan Dimas ni sangat sedih terutama sekali lepas Raina jatuh sakit, ditambah dengan skrip yg bagus dan lagu soundtrack yg sedap memang boleh bikin nangis tengok movie.

Michelle dan Dimas punya chemistry memang sweet giler mungkin sebab mereka pernah berlakon bersama sebelum ini. sebab tu habis movie ni, aku sambung pula tengok Magic Hour The Series macam tak puas pula tengok filem sahaja.

tapi aku kurang suka dengan ending dia nampak rushing sangat macam cepat pula Raina ni move on. sepatutnya pengarah biarkan sahaja penonton terus menangis sampai ke penghujung.

Movie | ILY From 38000 ft (2016)


Title : I Love You From 38000 Feet
Country : Indonesia
Director : Asep Kusdinar
Release Date : 5 July 2016
Duration : 90 minutes 
Cast : Michelle Ziudith, Rizky Nazar, Derby Romero, Tanta Ginting,
Ricky Cuaca, Ayu Dyah Pasha

Iflix menawarkan akses percuma sempena musim PKP tapi tak tahu nak tengok cerita apa kat iflix, banyak movie dan drama lama. akhir sekali decide tengok movie Indonesia kat situ. 

Movie ILY From 38000 ft diinspirasi daripada mesej terakhir yg ditinggalkan mangsa nahas pesawat Air Asia pada tahun 2014. movie ini bukan kisah benar cuma produksi filem tertarik untuk menggunakan mesej tersebut sebagai tajuk filem.


Aletta melarikan diri ke Bali kerana tidak setuju dengan nenek dan orang tuanya yg mahu menjodohkan Aletta dengan calon pilihan mereka. di dalam pesawat, Aletta berdepan dengan penumpang annoying yg duduk di sebelahnya. Arga yg melihat Aletta tidak selesa bertindak menukar tempat dengan penumpang terbabit.

semasa tiba di Bali, Arga sekali lagi membantu Aletta dengan menghantar ke tempat penginapan. sepanjang perjalanan, Aletta tak dapat bersembang dengan Arga sebab personaliti Arga yg sangat pendiam. semasa mereka berpisah pun Aletta tak sempat nak tanya nama Arga.


Arga datang ke Bali untuk shoot kehidupan liar yg terdapat di taman negara tapi team dia pening mencari host sebab last minit host yg dibayar tarik diri. Aletta yg terdengar perbualan Arga di telefon menawarkan dirinya sebagai host untuk membalas budi Arga.

sepanjang explore kawasan hutan tu, Aletta semakin rapat dengan team Arga terutama sekali Budi dan Rimba yg ada hati pada Aletta. Jonah pula mula-mula tak suka Aletta tapi lepas Aletta selamatkan dia terus baik. cuma bukan senang Aletta nak mengorat si Arga ni.


Aletta dah jatuh hati pada Arga sejak pertama kali mereka bertemu. tujuan utama dia join team ini pun untuk dekat dengan Arga. masalahnya Arga ni dingin sangat, so macam-macam cara Aletta buat untuk tarik perhatian Arga.

first half movie ni enjoy tengok permandangan indah yg terbentang serius tempat mereka shoot ni cantik giler dan terhibur juga dengan perangai Aletta yg comel. lepas scene di hutan ni, jalan cerita dah masuk mode sedih sebab Arga dan Aletta berjanji nak jumpa di Jakarta tapi Arga tak muncul.


jalan cerita ILY From 38000 ft simple sangat, tak ada plot twist sebab dah boleh teka ending dan banyak scene yg klise sangat dalam movie. ost dalam movie ni sedap didengar terutama lagu Rossa.

Movie | Ghost Writer (2019)


Title : Ghost Writer
Country : Indonesia
Director : Bene Dion Rajagukguk
Release Date : 4 Jun 2019
Duration : 97 minutes
Cast : Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Asmara Abigail,
Endy Arfian, Slamet Raharjo


Naya seorang penulis novel yg sedang mengalami writer block. Novel pertamanya mencapai  jualan bestseller namun selepas tiga tahun Naya masih tidak dapat menerbitkan novel baru apabila ideanya selalu ditolak oleh penerbit.

Naya masih bergantung pada royalti novel pertamanya untuk menyara kehidupan dan membiaya persekolahan adiknya Darto. Mereka berpindah ke rumah baru yg sewanya sangat murah dan Darto mempertikai juga kenapa rumah banglo yg besar ni boleh dapat sewa murah.


Mereka dah mula diganggu sejak hari pertama berpindah ke situ, Darto yg penakut mula tak senang duduk dan ajak kakaknya pindah dari situ tapi si Naya berkeras juga cakap tak ada apa yg berlaku. Naya terpaksa ignore apa yg adik dia cakap dan bertahan tinggal di situ sebab dia tak ada duit nak sewa rumah lain.

Naya ni sebenarnya ego, pacarnya Vino nak bagi pinjam duit untuk cari rumah lain dan Vino juga ada carikan Naya kerja sebagai penulis majalah tapi Naya tolak dengan alasan dia boleh berdikari dan tidak perlukan bantuan orang lain. 


Suatu hari, Naya terjumpa diari di atas syiling biliknya dan berhasrat untuk menjadikan kisah dalam diari tersebut sebagai novelnya. teruk juga Darto kena kacau sebab Naya ambil diari tersebut tanpa minta izin. kemudian Naya buat keputusan untuk bersemuka dan berbincang secara terus dengan hantu tersebut.

diari itu sebenarnya kepunyaan Galih, pemilik asal rumah tersebut yg mati bunuh diri. walapun pada awalnya dia menolak tapi akhirnya Galih setuju dengan idea Naya. tanpa pengetahuan Darto dan Vino, Naya menulis novel baru dengan bantuan Galih.


sepanjang proses menulis tersebut, hubungan Naya dan Galih semakin rapat dan mereka berjaya menyiapkan novel tersebut dalam masa yg ditetapkan.

tapi lain pula yg berlaku apabila Naya dan Darto diganggu hebat oleh hantu lain yg tidak mahu cerita Galih diterbitkan. apa kaitan hantu perempuan ini dengan Galih kena cari sendiri la dalam movie ni.


permulaan movie Ghost Writer ni pada aku sangat bagus, elemen mistik digarap baik untuk buat kita rasa seram dan tak senang duduk tapi ceritanya lebih santai bila Galih dan Naya bergabung untuk menulis. banyak dialog dalam movie ni yg kelakar tapi paling terhibur scene Darto dengan kawan baiknya Billy. 

apa yg aku komen momentum dalam movie tak begitu konsisten terutama sekali di pertengahan movie, ada scene yg menarik tapi ada juga scene yg sepatutnya kelakar tapi rasa macam lemau sangat. pun begitu ending Ghost Writer sangat menarik dengan mesej dan elemen kekeluargaan yg diselitkan di penghujung cerita.

Review Movie: Ajari Aku Islam (2019)

Review Movie: Ajari Aku Islam (2019)

Title : Ajari Aku Islam
Country : Indonesia
Director : Deni Pusung
Writer : Yunita R. Saragi
Release Date : 17 October 2019
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Roger Danuarta, Cut Meyriska, Rebecca Regina, Miqdad Addausy, 
Shinta Naomi, Asrul Dahlan, August Melasz


Filem Ajari Aku Islam mengisah Kenny seorang lelaki berketurunan cina yg menjalankan bisnes haram dan hidupnya tak tenang apabila selalu dikejar ah long kerana hutangnya yg tertunggak. suatu hari, Kenny bertemu seorang gadis islam bernama Fidya.


Fidya pada awalnya tak suka apabila Kenny datang cari dia tapi Kenny cakap kat Fidya kenapa tak buat dia tertarik dengan Islam. terdiam sekejap Fidya dan terus dia ajak Kenny pergi kedai buku dan hadiahkan buku-buku agama untuk Kenny baca.

Bermula saat itu Kenny belajar dan memahami tentang Islam, Kenny juga mula merasa ketenangan yg dicarinya selama ini. Kenny juga dah plan nak berhenti buat bisnes haram.


konflik berlaku apabila ayah Kenny jumpa buku-buku agama dalam biliknya dan marah dengan benda yg Kenny cuba buat sekarang. ayah Kenny juga sudah membuat rancangan untuk mengahwinkan Kenny dengan Chelsea, anak orang kaya kenalan bapa dia.

kalau Kenny ni buat bisnes haram secara kecil, bapa Chelsea pula taiko kongsi gelap. so dia tak nak dengar alasan Kenny yg dia tahu Kenny secara suka atau paksa kena berkahwin dengan Chelsea. bapa Chelsea siap ugut lagi yg dia akan tolong dan protect bisnes Kenny ataupun Kenny terima padah.


bapa Fidya juga marah apabila dapat tahu Fidya berkawan dengan Kenny. bapa dia agak rasict juga siap tanya Kenny, kau cina kenapa nak belajar islam. kenapa nak pakai baju agama. bab debat ni Kenny pandai sahaja berhujah sampai terdiam bapa Fidya dengan jawapan Kenny. bapa Fidya sudah buat rancangan mahu menikahkan Fidya dengan Fahri yg baru balik daripada Turki.


dah lama juga aku tak tengok movie dari Indonesia, walaupun ada scene macam meleret sikit, tapi filem ini best juga untuk ditonton dan banyak mesej positif yg cuba disampaikan melalui filem ini.

filem Ajari Aku Islam sebenarnya diinspirasi daripada kisah benar dan kisah ini juga lebih kurang perjalanan sebenar kisah cinta pelakon utamanya iaitu Cut Meyriska dan Roger Danuarta. walaupun ending dalam movie ni sedih at least dalam dunia realiti kisah mereka happy ending.