Review Movie: Ajari Aku Islam (2019)

Review Movie: Ajari Aku Islam (2019)

Title : Ajari Aku Islam
Country : Indonesia
Director : Deni Pusung
Writer : Yunita R. Saragi
Release Date : 17 October 2019
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Roger Danuarta, Cut Meyriska, Rebecca Regina, Miqdad Addausy, 
Shinta Naomi, Asrul Dahlan, August Melasz


Filem Ajari Aku Islam mengisah Kenny seorang lelaki berketurunan cina yg menjalankan bisnes haram dan hidupnya tak tenang apabila selalu dikejar ah long kerana hutangnya yg tertunggak. suatu hari, Kenny bertemu seorang gadis islam bernama Fidya.


Fidya pada awalnya tak suka apabila Kenny datang cari dia tapi Kenny cakap kat Fidya kenapa tak buat dia tertarik dengan Islam. terdiam sekejap Fidya dan terus dia ajak Kenny pergi kedai buku dan hadiahkan buku-buku agama untuk Kenny baca.

Bermula saat itu Kenny belajar dan memahami tentang Islam, Kenny juga mula merasa ketenangan yg dicarinya selama ini. Kenny juga dah plan nak berhenti buat bisnes haram.


konflik berlaku apabila ayah Kenny jumpa buku-buku agama dalam biliknya dan marah dengan benda yg Kenny cuba buat sekarang. ayah Kenny juga sudah membuat rancangan untuk mengahwinkan Kenny dengan Chelsea, anak orang kaya kenalan bapa dia.

kalau Kenny ni buat bisnes haram secara kecil, bapa Chelsea pula taiko kongsi gelap. so dia tak nak dengar alasan Kenny yg dia tahu Kenny secara suka atau paksa kena berkahwin dengan Chelsea. bapa Chelsea siap ugut lagi yg dia akan tolong dan protect bisnes Kenny ataupun Kenny terima padah.


bapa Fidya juga marah apabila dapat tahu Fidya berkawan dengan Kenny. bapa dia agak rasict juga siap tanya Kenny, kau cina kenapa nak belajar islam. kenapa nak pakai baju agama. bab debat ni Kenny pandai sahaja berhujah sampai terdiam bapa Fidya dengan jawapan Kenny. bapa Fidya sudah buat rancangan mahu menikahkan Fidya dengan Fahri yg baru balik daripada Turki.


dah lama juga aku tak tengok movie dari Indonesia, walaupun ada scene macam meleret sikit, tapi filem ini best juga untuk ditonton dan banyak mesej positif yg cuba disampaikan melalui filem ini.

filem Ajari Aku Islam sebenarnya diinspirasi daripada kisah benar dan kisah ini juga lebih kurang perjalanan sebenar kisah cinta pelakon utamanya iaitu Cut Meyriska dan Roger Danuarta. walaupun ending dalam movie ni sedih at least dalam dunia realiti kisah mereka happy ending.

7 comments:

  1. bgs cerita ni..wlaupn kenny bukan beragama islam.tp die baiikk.rasa macam pernah movie ni

    ReplyDelete
  2. tapi betul juga tu, mungkin pengarah nak tunjuk orang belajar tentang Islam sedikit demi sedikit, bermula dari mencari ilmu tentang agama tu dulu..membaca buku2 tentang agama, lepas tu baru belajar tentang wudhuk dan solat...

    ReplyDelete
  3. Menarik... ada masa... nanti nak tengok juga la.. 😊

    ReplyDelete
  4. Owh.. dari kisah benar ye.. menarik..

    ReplyDelete
  5. Aduh, kenapa saya baru tau filem ini ya. Harus nonton nih.

    ReplyDelete