Showing posts with label Karyaseni & Penulisan2u. Show all posts
Showing posts with label Karyaseni & Penulisan2u. Show all posts

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Novel : King Haidar
Penulis : Anjell
Helaian : 823
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2022

King Haidar kisah Suria Adreanna seorang MUA dan influencer terkenal dengan Raja Haidar yang penuh misteri, yang tiba-tiba muncul dan kadang menghilang tanpa khabar. Hidup Suria juga berubah apabila nyawanya diancam bahaya dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dirinya menjadi target. Haidar pula muncul untuk melindungi dirinya.

novel kali ini lebih kepada thriller romantis, permulaan yang menarik dan plot yang menarik. malangnya buku ni agak mengecewakan aku sebab satu terlampau dragging. penat tau bila kau baca hampir separuh buku tapi tak dapat klu tentang siapa Haidar sebaliknya aku pun tak tahu penulis melalut apa sebab rimas dengan monolog Suria lepas tu Haidar pula tak habis dengan alasan belum tiba masanya untuk Suria tahu kebenaran.

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

aku dah follow penulisan Anjell dari buku pertama lagi dan aku tak nampak kematangan dari penulisan penulis. benda nak puji, penulis ada idea yang menarik, dari genre cinta cuba masuk ke genre thriller aksi tapi watak heroin dalam buku dia semua sepesen yang sejenis ego dan rasa diri dia jelah betul. 

bila masuk 600 muka surat baru didedahkan kenapa Suria menjadi target dan apa peranan sebenar Haidar. for me, walaupun plot dia makin menarik tapi sejujurnya aku dah makin bosan dan tak boleh masuk dengan jalan cerita kali ni. aku rasa buku ni tak patut letak tajuk King Haidar sebab aura hero tak begitu menyerlah sepatutnya letak je tajuk Suria dan dunia barunya.

Baca juga : 

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan (Rehan Makhtar)

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Novel : Hati Yang Kau Pinjamkan
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 387
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2022

Hati Yang Kau Pinjam kisah Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh. mereka bertemu secara tak sengaja ketika Khalif sedang sakit tenat terbaring di katil hospital. Tuah yang baik hati dengan rela hati mendermakan hatinya untuk Khalif. Kisah bertambah menarik apabila mereka bertemu kembali setahun kemudian.

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Tuah seorang gadis yang baik, menolong Khalifh tanpa mengharapkan balasan. Khalifh pula setia pada janji untuk mencari Tuah walaupun Tuah mengelak bertemu dengannya. apabila mereka bertemu kembali, Tuah ingat Khaliff tak cam dia pastu macam-macamlah andaian yang Tuah buat sendiri.

aishh baca buku ni kadang geram dengan Tuah ni sebab baik dan lurus sangat..haha. nasib baik Khalifh tu bijak. banyak kali kot Khalifh bagi hint tapi Tuah tak dapat juga nak tangkap maksud Khalifh. watak Khaliff ni alahai sweet banget..haha. 

Novel Rehan Makhtar kali ni agak ringan, konflik tak berat sangat dan jalan cerita predictable tapi still sis suka cara olahan dari penulis dan watak dalam buku ni. buku dia pun nipis, tak sampai satu hari aku berjaya habiskan. overall, saya suka..haha

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga : 

Review Novel | Namaku Khadijah oleh Pena Kayu


Novel : Namaku Khadijah
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 473
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2019

SINOPSIS : 
Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.
Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.


Namaku Khadijah mengisahkan seorang gadis mualaf yang menyimpan perasaan pada Fahri sejak zaman sekolah. 12 tahun kemudian mereka bertemu kembali apabila Khadijah bekerja di syarikat milik Fahri dan kawan baiknya, Hafeez.

Tapi bila tahu Fahri sudah bertunang, Khadijah tak mahu kacau hubungan Fahri dan Ariana. konflik berlaku apabila Fahri tak putus asa mengejarnya. Hafeez pula dari awal tak suka Khadijah sebab penampilan Khadijah yang berpurdah dan tak mahu Khadijah jadi orang ketiga rosakkan hubungan Fahri dan Ariana.

timing Fahri dan Khadijah tak pernah kena, mereka tak pernah ada peluang untuk luahkan perasaan masing-masing. memang kesian. bila bertemu kembali, Fahri pula sudah ditunangkan. emak Fahri agak annoying sebab agak memaksa anak-anaknya ikut pilihan dia. tapi bagi aku, Fahri kena tegas dengaan pilihan dia. kalau suka Khadijah kena ikut cara yang betul. tapi itulah kesian sebab macam ramai pula terhimpit dalam kisah ni.

Hafeez ni mulut boleh tahan juga, tak habis mengutuk Khadijah last-last terjatuh hati dengan Khadijah. Perkahwinan mereka terjadi mungkin masing-masing belum kenal hati budi pasangan tapi jelas masalah kurang berkomunikasi menjadikan hubungan mereka renggang. nasiblah Khadijah tak putus asa untuk pertahankan rumah tangganya.

Cinta tiga segi antara Khadijah-Fahri-Hafeez  dan juga Ariana agak complicated dan kesemua watak ni agak kesian. Fahri lelaki yang baik dan Hafeez pula bad boy tapi keduanya ada aura tersendiri sampai kadang aku pun tak tahu nak pilih siapa. Khadijah pun bagi aku terlalu baik untuk mereka berdua ni. tapi itulah semuanya sudah suratan takdir. so overall, nice story.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

BACA JUGA : 

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Novel : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 620
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2015

Seseorang Untuk Aku mengisahkan Lailatul yang sanggup berkorban demi menyara adiknya, Liza selepas orang tua mereka meninggal dunia. Hidup Lailatul memang dugaan, selepas adiknya berkahwin dengan Zarul, Laila pula ditangkap basah dengan Qadr.

Demi menjaga maruah Laila, Qadr mengajak Laila berkahwin padahal waktu tu Qadr dah terjatuh hati dengan perwatakan Laila. selepas berkahwin, hidupnya sekali lagi diuji apabila Qadr yang berkerja jauh demi tugas pada negara dan ada konflik dengan ibu mertua.

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

kemain hybe novel ni gara-gara hari merdeka aritu sebab hero dia berkerja dalam air force tapi jalan cerita dia bukan pasal tentera pun, tapi memang aku admit Qadr punya aura ni sangat kuat, rasanya ini hero Rehan Makhtar yang aku paling suka dan cair habis..haha

watak Qadr bukan perfect sangat sebab di awal cerita nampak dia agak playful dan tak sedia nak komited dalam relationship dengan busy kerja lagi tapi lepas berkahwin dengan Lailatul, boleh nampak dia sangat matang nak selesaikan masalah rumah tangganya dan suka juga cara dia handle masalah antara Lai dan emaknya.

Lailatul pula sangat tabah dengan ujian yang datang dalam hidupnya cuma tak best bila dia tak nak open cerita masalah dia pada Qadr. part ni agak dragging, kesian dengan Qadr sebab terpaksa bersabar melayan kerenah isterinya. so overall, cair dengan abang Qadr..haha

Review Novel | Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Novel : Cik Buah Hati Encik Sendu
Penulis : Airisz
Helaian : 397
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2020

Cik Buah Hati Encik Sendu mengisahkan Fauziah@Jee yg terpaksa mengalaskan tanggungjawab menjadi ketua keluarga selepas ayahnya meninggal di awal usia 18 tahun. bukan senang nak cari nafkah nak besarkan 6 orang adik-beradik yg masih sekolah dengan emaknya pula meroyan selepas melahirkan adiknya yg bongsu tak dapat menerima kenyataan kepergian suami tercinta.

Jee rela berkorban tak sambung belajar untuk pastikan kehidupan mereka terjamin nasib baiklah adik-beradiknya saling memahami dan meringankan tugasnya. ada juga yg prihatin dengan nasib mereka sekeluarga dan turut membantu.

bab yg sakit hati dalam novel ni tentang keluarga belah bapanya yg lepas tangan dengan nasib Jee keluarga. dah la nak tanya khabar pun susah, asal datang sahaja menambahkan masalah dan menyakitkan hati sahaja. memang puaslah bila di hujung cerita masing-masing dapat pengajaran yg sewajarnya.

Uzair, watak hero pula walaupun di permulaan cerita nampak tak ada masa depan kemudiannya lebih serius dengan hidup dia. Jee pun mula terbuka hati bila nampak perubahan Uzair dan selalu bersama dengan dia di saat susah dan senang.

walaupun tajuk novel ni Cik Buah Hati Encik Sendu nampak macam santai tapi jalan cerita dia lebih kepada kehidupan, tentang tanggungjawab dan tentang Jee yg bersusah payah dan rela berkorban segalanya untuk menjaga keluarga. overall, jalan cerita yg menarik dan banyak mesej dan juga pengajaran yg cuba disampaikan melalui novel ni.

**MY RATING: ⭐⭐⭐3/5**

Review Novel | Dia Seadanya by Hanina Abdullah


Novel : Dia Seadanya
Penulis : Hanina Abdullah
Helaian : 546
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2021

PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm… Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi… yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh? Emmalyn tahu, dirinya dijadikan ‘gula’ untuk menarik Si Tareq..

Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?

Dia Seadanya mengisahkan Emmalyn yg nak dijodohkan dengan Tareq oleh mak saudaranya, baik Emmalyn dan Tareq tak ambil serius pun soal jodoh. Tareq ni pula bekerja kat luar negara, balik pun untuk bercuti dan tak terfikir nak menetap di Malaysia.

fasa perkenalan tu kelakar sebab orang lain kalau dating pilih tempat yg romantik bagai tapi diorang dua ni boleh pilih pergi panjat bukit masuk gua adventure habis. dalam tempoh yg singkat tu juga Tareq terjatuh hati dengan perwatakan Emmalyn dan terus ajak kahwin.

bila hubungan nak serius muncul pula Innesa dengan anak lelakinya tapi part ni salute sangat dengan cara Emmalyn yg tak cepat melatah dan cuba selesaikan satu persatu masalah yg muncul dalam hubungan mereka.

konflik dalam perkahwinan Emmalyn dan Tareq ni tak banyak pun tapi jadi panjang sikit sebab terheret untuk selesaikan masalah orang lain. conclusion kat sini, komunikasi antara pasangan tu sangat penting dan boleh terima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan yg ada pada pasangan masing-masing.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Bukan Dark Metalik by PyNat Mouri


Novel : Bukan Dark Metalik
Penulis : PyNat Mouri
Helaian : 564
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020

Bukan Dark Metalik mengisahkan Erhan Fitri dan Farah Hilani yg pernah ditangkap berdua-duaan ketika sekolah dahulu. Erhan menafikan semua itu cuma salah faham tapi tiada siapa mempercayainya dan Hilani pula memilih berdiam diri tanpa menjelaskan perkara sebenar. akibatnya semua guru dan pelajar memandang serong kepada Erhan.

10 tahun kemudian mereka bertemu kembali kali ini Erhan sebagai majikan dan Hilani pula setiausahanya. Erhan masih berdendam kerana peristiwa silam tersebut walaupun Hilani telah banyak kali memohon maaf.

jujur cakap aku tak boleh nak masuk dengan cerita dan watak yg ada dalam novel ni. bila flashback zaman sekolah rasa terhibur juga dengan perangai masing-masing tapi selepas 10 tahun aku rasa watak-watak ni masih lagi kurang matang bila dialog yg mereka guna lebih kurang sama.

memang kesian dengan Erhan bila kena fitnah macam tu dan satu sekolah jadi toksik dengan dia sampai dia pilih untuk berpindah. so macam tak hairan dia masih berdendam tapi cara dia tu langsung tak nampak matang. kalau nak balas dendam dan bagi pengajaran cubalah cari cara yg bijak sikit.

Hilani pula tak habis minta maaf. yg annoying tak nampak pula macam ikhlas. kata salah sendiri tapi tak habis nak salahkan Erhan. kata rasa bersalah bila tengok muka orang tu hensem dada bidang tertiba nak mengedik dah kenapa.

apapun masing-masing dah cukup dewasa, selesaikan semua masalah dan salah faham yg berlaku dengan cara orang dewasa bukan bergaduh bertekak macam budak sekolah. sorilah novel ni memang langsung tak kena dengan jiwa sis.

**MY RATING: ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Dia Ketuk Pintu Hatiku by Azimah Lily


Novel : Dia Ketuk Pintu Hatiku
Penulis : Azimah Lily
Helaian : 512
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Disember 2018

Nur Hasliya meneruskan hidup dalam trauma yang dihadapinya setelah terselamat daripada kemalangan ngeri. Pintu hatinya untuk lelaki tertutup setelah kejadian ngeri tersebut. Namun, kehadiran Adli, merangkap sahabat abang kembarnya mengetuk hatinya untuk jatuh cinta lagi. Shahrul Adli melarikan diri ke Perlis setelah cintanya dikhianati kekasih hati, Rita dan abangnya sendiri. Namun, ketika hatinya kian terubat, Rita hadir menagih kembali cintanya. Adli buntu. Tiada siapa yang boleh membantunya melarikan diri daripada pujuk rayu Rita melainkan Liya.

Kerana budi, Liya sanggup menerima cadangan Adli untuk mengahwininya walaupun dia tahu hati Adli hanya untuk Rita. Sehinggalah pada hari janji terpateri, Adli melarikan diri bersama Rita. Liya kelu seribu bahasa. Bagaimana mampu dia mengharungi hidup dengan tohmahan orang kampung sekali lagi? Setelah mengetahui cerita sebenar, Adli menjejaki Liya sehingga ke rantau orang.

Dia Ketuk Pintu Hatiku mengisahkan Liya yg pernah terlibat dalam kemalangan dan akhirnya terjumpa dengan penyelamatnya iaitu Adli. siapa sangka orang yg dicari Liya selama ini adalah sahabat baik Hazri, abang kembarnya.

ini pertama kali aku baca buku dari penulis Azimah Lily dan ada banyak isu yg aku tak suka dengan novel ni. masalah utama novel ni ialah banyak sangat watak tambahan dan watak hero pula tak kuat. seriusly cakap menyampah giler dengan Adli, watak hero ni langsung tak consistent.

Adli sendiri yg buat keputusan nak kahwin dengan Liya untuk mengelak dari Rita alih-alih dia yg tinggalkan Liya untuk kahwin lari dengan Rita kat Siam. bila dah menyesal baru nak kejar balik Liya. ini lelaki jenis tak reti fikir panjang at least fikirlah sikit Liya tu adik kawan baik sendiri dan bagaimana layanan keluarga Liya selama ini, sakit hati betul baca buku ni.

watak lain yg ada bagi aku bukan membantu tapi menyemakkan keadaan sepatutnya penulis highlight watak utama supaya bagi lebih banyak impak pada jalan cerita. watak Zalikha tu nampak macam tak ada kerja memanjang menyibuk pasal Rita-Adli-Liya. watak Lokman pula bukan bagi impak pada jalan cerita tapi pada progress hubungan Zalikha-Hazri. bukan setakat hero, mostly watak yg ada pun langsung tak consistent.

aku sebenarnya banyak skip terutama sekali part Rita yg tak habis meroyan. rasanya aku tak boleh nak fokus pada jalan cerita sebab banyak sangat watak yg annoying dan gaya penulisan pun tak begitu menarik perhatian aku.

**MY RATING: ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Jodoh Hak Milik Allah by Siti Khadijah

Jodoh Hak Milik Allah by Siti Khadijah

Novel : Jodoh Hak Milik Allah
Penulis : Siti Khadijah
Helaian : 456
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : May 2018

"Daripada kebetulan itulah akan mengalir satu ikatan yang kuat dan ia akan menghasilkan jodoh."

Itulah prinsip dan kepercayaan yang dipegang oleh Marissa. Bagi Marissa, kebetulan dan jodoh datang seiringan. Dengan prinsip dan kepercayaan itulah dia mencipta 'permainan jodoh' untuk menguji sejauh mana kekuatan jodoh antara dia dan lelaki yang cuba mendekatinya. Beberapa orang lelaki yang cuba menyahut cabaran Marissa, tetapi semuanya gagal. 

Namun, pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja dengan lelaki di Dubai berada di luar jangkaan Marissa. Sikap lelaki itu yang menjengkelkan, memaksa Marissa untuk menjauhkan diri. Makin dia cuba menjauh, makan acap kali dia terserempak dengan lelaki itu.


tak ingat bila beli buku ni, lama juga terperam elok dalam plastik. Jodoh Hak milik Allah mengisahkan Marissa yg ada prinsip dan kepercayaan kalau ada lelaki yg berjaya dalam permainan jodoh ciptaannya makanya lelaki tersebut teman sejati dia.

Marissa tinggal di Dubai kerana ayahnya bekerja di sana dan bertemu dengan Hans yg kebetulan datang bercuti. Hans jatuh hati pada Marissa dan bila dia luahkan perasaan, kena reject sebab gagal dalam game jodoh Marissa.

tak lama selepas itu, Marissa buat keputusan untuk kembali ke Malaysia dan ketika itu dia berkenalan dengan Afiq. dalam masa yg sama Marissa bertemu kembali dengan Hans, makin mengelak makin kerap pula mereka berjumpa. Marissa dalam dilema bila percaya yg Afiq jodohnya sebab Afiq berjaya dalam game jodohnya tapi hatinya dah suka pada Hans.

Marissa dengan game bodoh dia tu, annoying. tak tahu ajaran sesat mana ntah yg dia percaya tu. Hans pula jenis tak mudah mengalah dan tekad nak mengajar Marissa untuk ubah prinsip Marissa pasal jodoh. menarik juga bila tahu kat hujung tu apa yg Hans rancang selepas gagal dalam ujian jodoh Marissa.

kesimpulannya jodoh itu hak milik Allah, bukan urusan manusia. selagi kita berusaha dan yakin pasti tuhan akan permudahkan segala yg kita rancang.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

Review Novel | Imamku Lelaki Pendosa by Umie Nadzimah

Umie Nadzimah

Novel : Imamku Lelaki Pendosa
Penulis : Umie Nadzimah
Helaian : 471
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2020

Imamku Lelaki Pendosa mengisahkan Cahaya Malaika seorang gadis yg ceria dan baik hati. Cahaya sedang menghitung hari untuk berkahwin dengan Nik Safri tapi putus di tengah jalan. Nik Safri tak boleh terima status Cahaya anak angkat yg tak tahu asal usulnya. memang pedihlah tapi lagi kecewa bila keluarga pihak lelaki datang menghina Cahaya sekeluarga.

tak lama selepas itu, Datin Junaidah kenalan lama bapanya berkenan nak jadikan Cahaya menantu untuk anaknya Dean Ilyas. cara datin ni nampak tergesa-gesa sangat nak langsungkan majlis macam ada benda tak kena sahaja yg menjadi tanda tanya di situ.

Dean Ilyas seorang lelaki yg nampak terlalu perfect, sangat gentleman, anak yg taat, karier pun mantap tapi pelik kenapa tak ada teman kekasih.

walaupun perkahwinan mereka diatur keluarga, Cahaya dan Dean setuju dengan perkahwinan tersebut. hidup Cahaya lepas kahwin pun bahagia dengan layanan Dean tapi satu je kurang..hurmmm. lagi satu bila muncul orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

aku ada terbaca review novel Imamku Lelaki Pendosa sebelum baca kisahnya, dari situ aku dah boleh teka apa isu yg ada dalam novel ni tapi tak nak bagi spoiler kat sini..hehe

apa yg aku boleh cakap, Cahaya ni memang jenis yg tabah dan sangat penyabar sebab boleh hadap setiap cabaran yg datang dalam hidupnya lagi-lagi bila tahu diri sebenar Dean Ilyas. cara dia tarik Dean untuk kembali balik ke jalan yg benar itu memang tabik.

Quote menarik dalam buku ni:
Sebaik-baik orang yg berdosa adalah mereka yg insaf, bertaubat dan memperbaiki. Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan.

overall semua watak dalam novel ni memang best dan banyak pengajaran dalam novel ni.

Review Novel | Aurora by Azura Rasiddin


Novel : Aurora
Penulis : Azura Rasiddin
Helaian : 705
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020


SINOPSIS NOVEL AURORA

Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk mencari cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora.

Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya.

Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori 'first time' yang mereka cipta bersama.

Bila Aurora tahu Eid berbaik dengannya hanyalah demi bet Eid bersama kawan-kawannya, hati Aurora terluka. Segala memori indahnya bersama Eid adalah dusta. Hanyalah sebuah lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Source: Goodreads


MY REVIEW


novel ini sangat istimewa buat penulis Azura Rasiddin sempena meraikan 10 tahun beliau berada dalam dunia penulisan. Tahniah buat penulis.

novel Aurora mengisahkan Aurora yg pernah crush dengan Eid sejak kecil tapi disebabkan perangai Eid yg sombong dan tak pernah mesra, perasaan itu hilang macam tu saja. Aurora dan Eid dapat belajar di universiti dan course yg sama, masuk semester akhir baru mereka dapat berkawan baik dan boleh lepak sama.

kemudian terjadi salah faham yg buat Aurora cakap something yg mengguris perasaan Eid sampai Eid bawa diri sambung belajar ke luar negara. bila Eid pergi baru Aurora sedar silap dia dan masa tu juga baru sedar yg dia masih lagi simpan perasaan pada Eid. 

novel ni guna pov1, tak best juga rasa sebab tak tahu apa perasaan sebenar Eid pada Aurora. bertahun menghilang bila jumpa balik tetiba Eid ajak si Aurora berkahwin. apakah?? terkejut wei. Eid ni kuat sangat berahsia, curious giler dengan benda yg dia buat. dah la selalu tinggal Aurora seorang diri sampai aku rasa Eid ni ada orang lain.

kalau first half aku rasa Aurora ni macam childish tapi lepas kahwin dengan Eid, aku rasa kesian giler dengan Aurora. banyak benda yg Aurora buat untuk Eid tapi semuanya dipandang sepi. memang salah Aurora sebab terlalu marah sampai keluar perkataan yg tak sepatutnya tapi lepas bertahun takkan susah sangat Eid nak bagi peluang kedua buat Aurora.

so kesimpulannya, Aurora dan Eid sebenarnya ada perasaan cinta antara satu sama lain tapi masalahnya mereka tak pernah duduk bersembang dari hati ke hati untuk selesaikan salah faham yg terjadi antara mereka. dalam kes ni, peluang kedua tu wujud kalau kau pilih untuk memaafkan dan pilih untuk bahagia..

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**


Review Novel | Menyayangimu by Pena Kayu


Novel : Menyayangimu
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 507
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Ogos 2020


SINOPSIS NOVEL MENYAYANGIMU


Iman bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Taufik, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Taufik minta putus, alasannya Iman terlalu sibuk dan jarang beri perhatian sepenuhnya kepada Taufik. selepas didesak barulah Taufik mengaku dia telah jatuh hati dengan Ilya iaitu adik Iman.

Iman terima yg mereka tiada jodoh tapi selepas pertunangan Taufik dan Ilya, Taufik secara diam mendesak mahu kembali semula kepada Iman. rimas dengan keadaan tersebut Iman terpaksa bersetuju dengan calon pilihan ibunya iaitu Hadrian, lelaki yg paling dibencinya. lelaki yg menyebabkan kakak kembarnya, Inara mengandung lima tahun lepas.


MY REVIEW


aku beli novel Menyayngimu ni sebab kombo sekali dengan buku Sara Aisha. jujur cakap aku tak boleh masuk sangat dengan penulisan Pena Kayu sebelum ini tapi untuk Menyayangimu, agak menarik juga ceritanya.

Iman dan Inara kembar seiras yg berbeza personaliti, disebabkan Inara selalu dapat spotlight, Iman rasa tersisih dan semua orang hanya sayang dengan kembarnya. Iman bergaduh teruk dengan Inara sebelum mereka berpisah lima tahun yg lepas dan perasaan bersalah itu masih menghantui dirinya hingga kini. sehinggalah dia berkahwin dengan Hadrian.

masalah dengan Iman, dia tak pernah nak ambil tahu atau siasat apa sebenarnya yg terjadi pada Inara tapi terus menghukum Hadrian.

serius cakap semua lelaki dalam novel ni kecuali Hadrian gila psiko. Taufik depan family macam baik tapi dengan Iman macam orang gila talak. lepas tu si Ilya dah rampas hak kakak sendiri lepas tu dok meroyan tak tentu pasal. kalau aku jadi Iman dah lama bawa diri ke kutub utara daripada menghadap perangai orang gila macam ni.

bila senyap si Taufik, ingatkan aman dunia tapi tak juga. Sharif merangkap abang tiri Hadrian yg juga kawan Iman sejak kecil, yg disangka Iman lelaki yg baik rupanya ada agenda sendiri. pendek cakap semua watak sampingan dalam ni memang psiko lah.

masalah dengan Hadrian pula dia terlalu baik, sampai Iman tak nampak kebaikan dia. tapi orang yg Iman benci inilah, yg selalu protect dia.

dari awal pembacaan, aku perasaan semua watak ni ada masalah mental, aku tertunggu juga bila penulis nak kupas pasal isu psikologi ni tapi sampai ke sudah tak ada. kalau penulis buat research dan selit pasal masalah psikologi dengan lebih detail maybe cerita dia akan jadi lebih wow. macam aku yg tak belajar pasal psikologi ni, aku cuma boleh cop watak dalam ni gila dan terlalu obsess.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**


Review Novel | Dendam Bersulam Cinta by Sara Aisha


Novel : Dendam Bersulam Cinta
Penulis : Sara Aisha
Helaian : 639
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Ogos 2020



Nurul Jannah berkahwin dengan pilihan hatinya, Amsyar Mikael selepas tiga tahun bercinta sejak pertemuan pertama mereka di Chiang Mai. pada malam pernikahan, terbongkar niat sebenar Amsyar berkahwin dengannya hanya sekadar membalas dendam pada ayah Jannah.


MY REVIEW

Dendam Bersulam Cinta sebuah karya terbaru daripada Sara Aisha, buku kali ini bukan thriller novel. nak kata romantik pun tak romantik sangat lebih kepada dendam seperti mana tajuknya. bagi aku buku kali ini agak berat dari segi emosi, hero yg jahat dan heroin yg tabah.

first chapter dah terbongkar niat sebenar Amsyar untuk membalas dendam pada Jannah so bila masuk bab yg flashback macam mana Jannah bertemu dengan Amsyar yg sweet dan terus jatuh cinta, aku dah susah nak percaya dengan lelaki yg 'baik'. sebab semua itu hanyalah sebahagian daripada rancangan Amsyar.

selepas berkahwin, susah juga Jannah nak percaya yg Amsyar buat semua benda ni hanya sebab dendam dan sampai satu tahap, Jannah dah putus asa dan give up dengan semua benda sebab dah penat dengan dendam Amsyar yg tiada penghujung.

part yg menarik, bila Jannah tahu perkara sebenar, dari sini boleh nampak yg Jannah seorang yg kuat, sangat matang dan baik hati. dia cuba memahami kesakitan yg ditanggung Amsyar selama ini dan rasa bertanggungjawab lepas apa yg ayah dia buat pada keluarga Amsyar. padahal Jannah takde kena mengena dengan kisah lampau ayah dia.

part hero, malaslah nak komen..hehe

bila baca buku ni macam-macam feeling ada sampai ada bahagian rasa nak menangis dengan Jannah yg terpaksa mengadap perangai Amsyar. kesian pun ada lepas tahu hal sebenar yg berlaku pada Amsyar. sebenarnya bila baca buku yg bertemakan dendam ni, automatik aku teringat lakorn but still nice story daripada Sara Aisha.


**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel Sara Aisha

Novel | Sayang Arjuna by Ma Lee Chuswan


Novel : Sayang Arjuna
Penulis : Ma Lee Chuswan
Helaian : 428
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2019


SINOPSIS NOVEL SAYANG ARJUNA

Sayang Arjuna mengisahkan Suri Indah, anak orang kaya yg gemar bersosial dan juga playgirl. percintaan Indah dengan Shah Imran pun tidak kekal lama apabila Indah bosan dengan perangai Shah Imran yg gemar merujuk kepada paciknya dalam setiap keputusan.

masalahnya Shah Imran masih terkejarkan Indah walaupun berulang kali Indah beritahu yg hubungan mereka telah putus. Indah cuba meminta bantuan pacik Imran iaitu Uncle Lokman. sangkanya Uncle Lokman ini seorang lelaki tua rupanya seorang pacik hot. Indah jatuh cinta pada Luqman saat pertama kali mereka bertemu malangnya Luqman tidak berminat dengan Indah.


MY REVIEW

di permulaan cerita, aku suka dengan watak Indah walaupun gemar bersosial tapi dia tahu apa yg dia nak. bila jatuh cinta dengan Luqman, Indah terus bagitahu perasaannya pada Luqman dan cuba pelbagai cara dalam misi menambat hati Luqman. tapi bukan senang nak tembus benteng Luqman. bila Indah sudah give up tetiba sahaja Luqman setuju nak berkahwin dengannya. siapa tak terkejut kan.

Suri Indah - bila Luqman dah setuju nak kahwin, Indah pula start mengada. sekejap nak kahwin sekejap tak nak kahwin. selepas berkahwin, bila Luqman nak bermesra tak bagi bila Luqman tak layan merajuk pula. eh eh apa kau nak sebenarnya perempuan! emo teruk akak baca novel ni.

Heqal Putra - masalah dalam perkahwinan mereka ialah ada gangguan daripada Heqal Putra. bagi Heqal, Indah adalah hak milik dia. bila ada lelaki yg dekat dengan Indah memang teruk la kena kerja dengan orang Heqal tak terkecuali juga Luqman.

Luqman ada pengaruh yg besar juga sebab tu dia boleh tepis semua serangan Heqal. masalahnya Indah tak percaya yg Luqman boleh protect dan selalu reject Luqman sebab Indah takut Luqman ditimpa musibah disebabkan dia.

Luqman Hakim - watak Luqman juga seorang yg protective, gentleman dan sabar melayan perangai Indah yg mood swing. cuma Luqman ni agak berahsia tapi tak boleh salahkan Luqman juga sebab ada satu part tu dia nak berterus terang tapi Indah pula tak nak dengar dan buat perangai emo dia.


kenapa aku rate buku ni rendah sangat, ni bukan masalah penulisan penulis tapi aku terlebih emo dan stress dengan perangai Indah. tak suka la bila pasangan main tarik tali. plus dalam masa terdekat aku dah baca a few novel yg mempunyai tema sama so boleh dikatakan dah bosan mengadap jalan cerita macam ni dan timing baca novel ni pun tak kena.

**My rating: ⭐⭐ 2/5**

Novel | Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar

(PNM e-Reader)

Novel : Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 442
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2018

pertemuan antara Siratul dan Mustaqim disebabkan satu insiden yg mana adik Siratul terlanggar Mustaqim dan Siratul cuba untuk menyelesaikan dengan cara baik tapi masalahnya Mustaqim berprasangka buruk dengan mereka. daripada benda yg boleh diselesaikan dengan cepat jadi tertangguh disebabkan perangai mengada Mustaqim. sebenarnya kelakar juga sebab asyik bergaduh padahal hati dah suka.

perwatakan Siratul yg tabah, sabar dan penuh kasih sayang yg menawan hati Mustaqim dan juga banyak mengajar untuk memaafkan orang lain dan terima dengan ujian yg dihadapinya. dalam novel ni konfliknya lebih pada Mustaqim dengan bapanya yg nampak lebih sebelahkan Melissa, ibu tirinya yg sebaya dengan Mustqim.

aku suka perjalanan cinta antara Siratul dan Mustaqim yg smooth dan saling support each other cuma satu part yg menganggu aku, perangai Siratul yg terlalu baik tak bertempat tu. apa yg Melissa buat sangat melampau dan kalau dari awal dia ambil tindakan yg sewajarnya dah tentu tak ada kejadian buruk yg menimpa dia dan Mustaqim.

overall, jalan ceritanya memang best dan banyak juga ayat manis bergula dari Siratul dan Mustaqim tapi bukan sekadar hiburan kosong sebab banyak pengajaran yg boleh diambil.

Review Novel | Dia Tetap Sempurna by Anjell


Novel : Dia Tetap Sempurna
Penulis : Anjell
Helaian : 701
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2020

Dia Tetap Sempurna buku terbaru daripada Anjell, yg istimewanya Karya Seni buat versi hard cover untuk 3000 pembeli terawal siap ada sekali nombor siri. serius cakap Anjell ni memang ramai peminat sebab aku baru je fikir nak beli ke tidak sekali dah full order. bila Karya Seni buka preorder untuk kali ketiga baru berjaya , itupun berjanggut juga tunggu buku ni nak sampai rumah disebabkan PKP hari tu.

Dia Tetap Sempurna mengisahkan Dara Nailofar yg mendapat jemputan untuk ke majlis reunion alumni sekolah yg diadakan di atas sebuah kapal persiaran mewah. ikutkan Dara tak minat nak join sebab ada kenangan pahit zaman sekolah yg buat dia malas nak pergi reunion tu tapi terpaksa pergi juga disebabkan kawan baiknya Suria.

atas cadangan Suria, Dara rancang untuk bawa Audi menyamar sebagai teman lelakinya untuk tayang pada kawan sekolah yg pernah mengutuk dia dulu. tapi last minit Audi si anak datuk ni tarik diri dan muncul Eskandar Arasyah seorang tukang kayu untuk menggantikan tempat Audi. siapa sebenarnya Eskandar ni dan berjayakah mereka berlakon sebagai pasangan kekasih sepanjang pelayaran tersebut?


novel kali ini lebih kepada light romance, banyaklah part yg sweet lagi-lagi bila Eskandar selalu sahaja muncul pada waktu yg tepat untuk menjadi hero penyelamat Dara. siapa tak cair bila ada seorang lelaki protective macam ni. cuma Eskandar terlalu misteri, banyak rahsia Eskandar yg Dara tak tahu tapi itu tak menghalang untuk Dara jatuh cinta pada Eskandar dan terima lamaran lelaki itu.

dalam novel ni aku respect dengan Dara. first sebab bila ada masalah dalam rumah tangga, Dara tak boleh duduk diam lama-lama, dia terus ajak Eskandar bincang untuk elak masalah jadi lebih teruk. paling respect bila Dara cuba selesaikan masalah Eskandar yg ada konflik dengan bapa sendiri.

bila tahu rahsia Eskandar yg sebenarnya siapa tak terkejut, aku pun terkejut. tapi Dara tak ambil masa yg lama untuk tenangkan fikiran dan dia terima semua kekurangan dan kelebihan yg ada pada Eskandar. bagi Dara, kalau Eskandar betul-betul dah berubah siapa dia untuk menghukum.

apa rahsia Eskandar yg mengejutkan sangat tu? nak tahu kena bacalah..hehe. overall, sangat menghiburkan walaupun nampak tema yg ringan tapi banyak pengajaran yg cuba diselitkan oleh penulis.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga:

Novel | Pink Smile by Luna Adresia


Novel : Pink Smile
Penulis : Luna Adresia
Muka Surat : 608
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2016


Novel Pink Smile mengisahkan Luna yg sangat meminati Kaz, pemilik Duncan Coffee House. bila dah minat tu biasalah hampir setiap hari Luna singgah beli kopi di situ semata-mata nak usha Kaz dari jauh. nasib baik juga menu di Duncan ni sedap-sedap belaka, so sambil mencuci mata tu bolehlah menjamu selera sekali. satu penyakit Luna ni, dia tak boleh bertentang mata dengan Kaz sebab nanti kena panic attack sampai pengsan bagai. serius cakap watak Luna ni comel giler.

Kaz pula sangat busy dengan kerjanya menguruskan Duncan CoffeeHouse pada masa yg sama dia juga seorang kartunis. Kaz sebenarnya tak ada masa untuk fikir soal cinta bila ada perempuan cuba nak rapat mulalah dia rasa rimas dan nak lari jauh-jauh. walaupun Kaz agak rimas dengan Luna tapi kerana Luna juga tercipta menu Pink Smile dan tanpa sedar juga Kaz dah mula jatuh cinta pada Luna.

Quote yg comel dalam buku ni:

  1. Pink Kite - I think I like you.
  2. Trucker, ripped jean & blank shirt - I think  I'm attract to you.
  3. Quotes all over the ceramic plate/mug - I  think I admire you.
  4. Mini milo doughnut - I think I adore you.
  5. Cold smile - I'm melting.
  6. Warm smile - I'm flying.
  7. The look in your eyes - Dude, I'm falling.
- LUNA -

Ever wonder how Pink Smile got it's name? I saw a girl in pink smile, it's her pink braces to be precise. I love Pink Smile.
- KAZ -

aku tertarik beli novel ni sebab tengok cover dan tajuk dia yg comel dan tak rasa rugi pun beli sebab jalan ceritanya sangat simple dan santai plus watak Luna ni sangat comel. selain itu juga gaya bahasa penulis juga buat aku rasa lagi seronok baca kisah Kaz dan Luna. novel yg ringan dan tak ada konflik yg berat untuk rasa emo terlebih..haha

Baca juga: Novel Orkid Serena oleh Luna Adresia

Follow my blog with Bloglovin

Novel | Checkmate by Rehan Makhtar


Novel : Checkmate
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 574
Penerbit : Penulisan 2u
Terbitan : Disember 2019

Hai..buku kali ini aku beli terus daripada aplikasi Karya Seni. kalau beli online daripada Karya Seni memang banyak untung sebab dapat diskaun RM3 dan penghantaran percuma. balik pada novel ni,  selalu bila baca novel Rehan Makhtar tema dia mesti pasal nak balas dendam so buku kali ini siapa mahu balas dendam pada siapa?

Novel Checkmate mengisahkan Hanbali a.k.a Han yang sudah lama bercinta dengan Nash sejak zaman sekolah hingga Nash sambung pelajaran di luar negara dan bekerja di sana sampailah umur mereka pun dah masuk 33 tahun, Han masih setia menanti. namun apabila Nash pulang ke Malaysia terus dia minta putus dan bercinta dengan Harith sepupu Han.

Nilai kesetiaan yg Han letakkan itu seolah tiada nilai di mata Nash. Hati siapa yang tak pedih tapi benda yg paling buat Han sakit hati ialah apabila Nash ungkit masa silamnya yg dia sediri tak mahu ingat. Oleh kerana itu, Han membuat rancangan untuk balas dendam pada Nash dengan menggunakan Arissara, adik Nash.

Arissara seorang gadis ceria dan selalu menceriakan keadaan. walaupun Ris naif soal cinta tapi dia tak bodoh apabila Han tetiba dekat dengan dia. siapa nak percaya apabila baru beberapa kali jumpa terus cakap jatuh cinta. Ris juga bukan mudah nak bagi hati dia pada Han tapi bila melihat kesungguhan Han menjaga dia, hati wanita mana tak tersentuh. namun sayang apabila Ris sudah jatuh cinta baru dia dapat tahu semua ini hanyalah permainan Han.


hero Rehan Makhtar kali ini sangat kejam mainkan perasaan orang tapi tak tahu kenapa aku tak boleh nak benci dan marah Han lagi-lagi apabila Han sedar salah dia dan cuba nak perbetulkan keadaan. aishh mungkin sebab masa silam dia juga kot yg buat aku kesian dengan Han. tapi serius cakap Han ni unpredictable dan bukan jenis reti sabar. kalau dia tak dapat cara baik, dia boleh buat cara paling gila sampai aku naik seram dengan mamat ni sebab tak boleh predict kepala angin dia.

Nash pula bagi aku sangat selfish, kalau daripada awal dia ceritakan hal sebenar pada Ris mungkin keadaan tak jadi teruk tapi dia pilih untuk berdiam diri sampai mak bapa mereka dah salah faham pada Ris.

mangsa keadaan ialah Ris, gagal bercinta mungkin dia masih boleh bangun tapi bila mak bapa sendiri hina dan tuduh dia cuba rampas kekasih kakak sendiri, itu yg tinggalkan impak yg besar. aku sebenarnya geram juga dengan mak bapa mereka sebab nampak sangat pilih kasih dan lebihkan Nash dalam semua hal. kesannya Ris sampai depression sebab tekanan yg dia dapat daripada orang sekeliling. watak Ris paling kesian dan juga yg paling banyak buat aku menangis.

bagi aku, Checkmate antara buku terbaik daripada Rehan Makhtar sebab cerita kali ini penuh konflik yg menarik dan sarat dengan emosi. Overall satu kisah yg menarik untuk dibaca.

Novel | Kerana Hati Telah Berjanji by Rissa Ahdiya


Novel : Kerana Hati Telah Berjanji
Penulis : Rissa Ahdiya
Helaian : 455
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Oktober 2019

Kerana Hati Telah Berjanji mengisahkan Manis yg mana kehidupannya tidaklah semanis namanya. dalam keluarganya anak lelaki dilayan seperti raja, anak perempuan pula dikerah membuat segala kerja rumah.  dan kerana rupa paras Manis yg tidak secantik dan sepandai seperti adik-beradiknya yg lain, Manis dilayan seperti orang gaji dalam keluarga sendiri. apabila dipinang Remy, Manis merasakan inilah masanya dia keluar daripada rumah yg seperti neraka itu.

bila baca kisah Manis ni memang sedih dan kesian sangat, dari kecil kena buat segala kerja rumah bila memberontak dan menjawab dikatakan anak kurang ajar. bila dengar Mek Dilah (mak Manis) ni marah perghh terasa telinga aku pula yg bernanah dengar dia berleter. itu belum lagi abang Manis yg tak habis cari pasal untuk kenakan Manis, wah stress betul baca buku ni. 

bak kata Mek Dilah,  anak lelaki kena tatang elok-elok, besok lusa bila anak perempuan dah kahwin anak lelaki yg boleh diharap untuk jaga dia. kau rasa kemudian hari anak lelaki ke nak jaga Mek Dilah ni?

Remy pula memang lelaki yg baik, pertama kali ternampak Manis terus jatuh cinta, terus hantar rombongan. walaupun ada kata-kata negatif pasal Manis, dia tak ambil peduli. boleh dikatakan hidup Manis sangat bahagia setelah berkahwin dengan Remy.

masalah mereka selepas kahwin ialah apabila Manis tinggal serumah dengan ibu mertuanya. maka bermulalah episod maduku ibu mertuaku, akhirnya yg tersepit kat tengah sudah tentu Remy. seorang ibu dan seorang lagi isteri, hati ibu nak jaga dan hati isteri pun nak jaga juga. wah pening betul jadi Remy.

Kerana Hati Telah Berjanji lebih kepada konflik keluarga, tak ada pun isu orang ketiga dan ceritanya mungkin nampak klise sebab isu yg ada dalam novel ni dah biasa  sangat kita dengar iaitu mengenai mak bapa yg pilih kasih, konflik menantu dan mertua yg duduk serumah. tapi penulis pandai menambah rencah pada jalan cerita dan setiap watak supaya ceritanya bertambah menarik. 

overall, novel ni sangat menarik dan penuh dengan pengajaran cumanya stess juga nak mengadap perangai manusia dalam novel ni. yg pasti watak Manis dan Remy ni sangat kuat untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran dalam hidup dan rumah tangga mereka.

Review Novel | Aeldra by Rose Harissa


Novel : Aeldra
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 410
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : Mac 2019

Aku berjaya habiskan buku ni dalam masa sehari, tetiba rasa bangga sekejap sebab dah lama sebenarnya aku susah nak habiskan bacaan dalam masa satu hari, ada buku yg nipis dari ini pun aku ambil masa yg lama juga. silalah bangga diri sekejap 😛

Aeldra kisah mengenai Ailyn yg dah berkasih dengan Afeef selama 11 tapi tak ada tanda-tanda yg Afeef nak ajak kahwin, kau rasa? Ailyn memang perempuan jenis yg cool, independent dan ada wawasan sebab dia sanggup berhenti kerja tetap untuk bagi tumpuan penuh pada bisnes sendiri, Ai-Lead. satu yg menarik pasal Ailyn adalah dari segi penampilan dia walaupun umur dah 29 tapi nampak lagi muda dari usia.

Afeef, boyfriend kepada Ailyn. dia ada kerjaya bagus siap ada company sendiri di usia muda tapi kalau dari segi perangai memang jenis nak bagi penampar je. awal-awal baca aku stress betul dengan lelaki ni, asyik condemn cara Ailyn dress up dan banyak la benda pasal Ailyn yg dia tak puas hati sampai jadi isu untuk bergaduh. betullah orang cakap kalau dah tak suka memang asyik nampak benda buruk pada pasangan.


Pertemuan pertama antara Ailyn dan Aeldra dah buat Aeldra jatuh suka pada Ailyn walaupun Ailyn dah ada kekasih hati dan perbezaan umur mereka ialah 9 tahun, itu bukan satu isu buat Aeldra. pemikiran Aeldra lebih matang dari usia, walaupun tak belajar tinggi dia gigih cari duit dengan kerja di kedai komputer dan juga bisnes Republik Burger. sebenarnya sebelum ini aku kurang suka dengan hero yg lagi muda daripada heroin tapi salute la sebab Rose Harissa berjaya create watak Aeldra yg buat aku rasa umur tu cuma satu angka sebab gaya Aeldra tak nampak macam dia baru 20 tahun.

antara kelainan dalam novel ni juga ialah mempunyai dua ending, aku juga kurang suka dengan konsep dua ending but oklah sesekali layan sebab dalam buku ni dua ending tu ada plot twist sendiri yg menarik. takdir 1 ending dia agak tragis dan takdir 2 pula happy ending. takdir 2 is my favourite sebab di situ tersingkap kisah hitam yg pernah terjadi dalam hidup Aeldra dan suka tengok hubungan kekeluargaan dalam keluarga Ailyn.

overall, memang best walaupun buku ini nampak nipis tapi banyak isu di dalamnya dengan gaya penceritaan yg santai tak terasa macam isu yg dibangkitkan itu sebenarnya agak berat.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ 5/5**