Novel | Imamku Lelaki Pendosa by Umie Nadzimah

Umie Nadzimah

Novel : Imamku Lelaki Pendosa
Penulis : Umie Nadzimah
Helaian : 471
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2020

Imamku Lelaki Pendosa mengisahkan Cahaya Malaika seorang gadis yg ceria dan baik hati. Cahaya sedang menghitung hari untuk berkahwin dengan Nik Safri tapi putus di tengah jalan. Nik Safri tak boleh terima status Cahaya anak angkat yg tak tahu asal usulnya. memang pedihlah tapi lagi kecewa bila keluarga pihak lelaki datang menghina Cahaya sekeluarga.

tak lama selepas itu, Datin Junaidah kenalan lama bapanya berkenan nak jadikan Cahaya menantu untuk anaknya Dean Ilyas. cara datin ni nampak tergesa-gesa sangat nak langsungkan majlis macam ada benda tak kena sahaja yg menjadi tanda tanya di situ.

Dean Ilyas seorang lelaki yg nampak terlalu perfect, sangat gentleman, anak yg taat, karier pun mantap tapi pelik kenapa tak ada teman kekasih.

walaupun perkahwinan mereka diatur keluarga, Cahaya dan Dean setuju dengan perkahwinan tersebut. hidup Cahaya lepas kahwin pun bahagia dengan layanan Dean tapi satu je kurang..hurmmm. lagi satu bila muncul orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

aku ada terbaca review novel Imamku Lelaki Pendosa sebelum baca kisahnya, dari situ aku dah boleh teka apa isu yg ada dalam novel ni tapi tak nak bagi spoiler kat sini..hehe

apa yg aku boleh cakap, Cahaya ni memang jenis yg tabah dan sangat penyabar sebab boleh hadap setiap cabaran yg datang dalam hidupnya lagi-lagi bila tahu diri sebenar Dean Ilyas. cara dia tarik Dean untuk kembali balik ke jalan yg benar itu memang tabik.

Quote menarik dalam buku ni:
Sebaik-baik orang yg berdosa adalah mereka yg insaf, bertaubat dan memperbaiki. Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan.

overall semua watak dalam novel ni memang best dan banyak pengajaran dalam novel ni.

Post a comment

9 Comments

  1. Akak dah baca dah...karya UN memang menjadi pilihan akak...meamng dijadikan koleksi

    ReplyDelete
  2. tajuk dia pun dah sangat menarik

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.
    aida baru belikan nurin 2 novel last week.
    this one mcm menarik. sesuai la dgn apa yg aida aim for nurin.
    nurin da start minta novel.
    al-maklum la, cuti sekolah dah nak dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish bestnya nurin ada orang belikan novel untuk dia..
      selamat membaca ye..hehe

      Delete
  4. alamak, so dean setuju sbb mak dia tak suka la org ke tiga tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau u tahu siapa orang ketiga tu mesti u akan faham kenapa mak dia tak setuju dan kenapa dean terpaksa setuju kahwin dengan cahaya

      Delete
    2. aduh, ni buat curious nak baca ni

      Delete
  5. Macam boleh agak isu yang cuba dibawa penulis.. menarik novel ini..

    ReplyDelete