Showing posts with label Tutorial & Tips. Show all posts
Showing posts with label Tutorial & Tips. Show all posts

Cara Letak Bloglist di Blog 2021


setting blog sekarang nampak macam mudah tapi habis carca marba bila buka blog contohnya bila letak bloglist. aku perasan benda ni bila tambah blog baru kat dalam bloglist tapi tak naik update terkini blog berkenaan. ramai juga yang merungut pasal benda ni.


benda ni nampak mudah sebab bila klik kat Blog URL akan keluar semua senarai blog yang korang dah follow. tapi bila dah masukkan link blog tu, bloglist akan jadi macam ni 👇


cuma nampak nama blog, langsung tak naik latest update kat bahagian bloglist. Hampeh!


Cara Letak Bloglist di Blog 2021

sebenarnya adacara nak mengatasi masalah ni, cara dia nampak sama tapi banyak bezanya.

1. Pergi ke Layout > Add A Gadget > Bloglist > Add a New Item



2. Copy link blog yang korang nak masukkan dan Paste di bahagian Blog URL. Continue.



3. Nanti akan keluar Feed URL found pastu tekan OK.



4. Automatik akan keluar nama blog dan link blog macam ni. then boleh Save.



5. ok done. dah boleh nampak update baru blog di bahagian Bloglist.



Siapa yang ada masalah begini, harap dapat membantu 😊

Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link


Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link | ini merupakan kali kedua aku buat refund di Shopee, kali pertama dulu tak ada masalah sangat sebab barang yg seller hantar tak cukup. seller pun tak ada masalah untuk ganti barang tersebut tapi aku pilih untuk refund. sekejap sahaja masalah selesai.

untuk kali kedua buat proses refund, aku tahu benda ni akan ambil masa sebab seller akan fight balik bila mereka dah post barang tapi yg jadi masalah sekarang barang kena peram oleh pihak kurier.

aku suka shopping di shopee sebab boleh pilih syarikat penghantaran tapi bila Shopee tetapkan tak boleh pilih kurier bermula 17 Jun 2021, serius cakap memang tak suka sebab tak nak jadi masalah macam ni.


Pengalaman Buruk Dengan City Link

selalunya aku akan pilih J&T atau Pos Laju dan sebelum ini tak ada masalah pun dengan penghantaran, kalau lewat pun tak ada sampai seminggu.ini first time kot dapat City-Link lepas tu sampai ke sudah barang tak sampai.

aku pun pelik juga bila check kat shopee barang dah lama sampai kat City Link tapi tak ada tanda diorang nak delivery, selepas seminggu ada staff telefon minta aku sendiri pergi ambil barang dekat pejabat City Link, siap bagi tips kalau tak boleh datang ambil dia suruh aku refund. alasannya lori tak boleh jalan sebab driver mereka kena kuarantin.

rasa nak marah pun ada juga, kalau dah tahu tak boleh nak buat penghantaran kenapa tak tutup dulu pejabat tu. ini betul-betul menyusahkan pengguna, tak tahu berapa banyak barang stuck kat situ.

antara sebab aku beli barang online ni, aku malas nak keluar. kalau tidak baik aku pergi shopping kat tesco saja. last aku terpaksa juga refund sebab tak boleh nak pergi ambil barang kat Citylink.


Proses Refund di Shopee

proses refund di Shopee sebenarnya tak susah cuma ambil masa sikit sebab pihak shopee kena siasat dulu sebelum pulangkan balik duit kepada pembeli. macam kes kali ini aku beritahu yg pesanan belum terima sebab problem dengan kurier. seller pun akan fight balik sebab mereka ada bukti barang sudah dihantar. 

so tunggu sajalah pihak shopee buat kerja mereka, tak payah nak buang masa bergaduh dengan seller sebab dalam kes ni syarikat penghantaran yg buat hal.


permohononan pertama kena tolak dengan alasan masih dalam tempoh penghantaran. lepas tamat tempoh yg diberikan baru aku request refund untuk kali kedua.


tak ingat kena tunggu beberapa hari tapi tiba-tiba dapat email bagitahu dah berjaya refund, semak dalam shopeepay wallet, duit dah masuk dan coin shopee yg digunakan pun dah dapat balik.

walaupun jumlah yg refund tu tak banyak tapi masih lagi boleh guna untuk sambung shopping kat shopee..hehe

Tukar Nombor Telefon Cimb Click Dengan Cara Paling Mudah

Tukar Nombor Telefon Cimb Click Dengan Cara Paling Mudah | sekiranya nombor telefon yg digunakan disekat atau hilang akan timbul masalah bila kita buat urusan online banking sebab nombor tac akan dihantar ke nombor lama. so nak tak nak kena cepat-cepat kemaskini nombor telefon terbaru supaya urusan anda berjalan lancar.

sebenarnya ada dua cara untuk kemaskini nombor telefon terbaru yg kita gunakan iaitu dengan menghubungi talian perkhidmatan Cimb Bank. tapi aku guna cara yg kedua iaitu iaitu melalui mesin atm Cimb Bank.

Cara Mudah Untuk Tukar Nombor Telefon Cimb Click


  1. Masukkan kad atm Cimb beserta nombor pin.
  2. pilih Lain-lain dan seterus pilih Cimb Click.
  3. kemudian masukkan nombor telefon terbaru anda dan proceed.


sekarang nombor telefon anda sudah boleh menerima nombor tac. step yg seterusnya pula kena sambung buat di rumah melalui website, tak boleh guna phone.


Cara Kemaskini Nombor Telefon di Cimb Clicks


  1. Pergi ke laman web Cimb Clicks dan login.
  2. Pergi ke bahagian setting.
  3. Tekan edit button kat bahagian phone number dan masukkan nombor telefon.
  4. then masukkan tac nombor yg dihantar ke nombor telefon tu dan proceed.

ok, done. sekarang dah boleh buat urusan online banking anda dengan aman 😊

DIY Racun Organik Untuk Hapuskan Bena Putih Pada Pokok Cili


DIY Racun Organik Untuk Hapuskan Bena Putih Pada Pokok Cili | Pada yg suka berkebun mesti faham perasaan bila tengok tanaman kena serang dengan serangga seperti bena putih. sakit mata yg memandang tengok pokok cili kat rumah aku habis kena serang dengan benda ni.

kebelakangan ni baru rajin semula nak membelek pokok yg ada, rasanya dari bulan puasa hari tu aku malas nak amik kisah pasal pokok sayur. first benda buat, buang pasu yg pokok mati, rasa macam membela rumput pula lepas tu pindah pokok cili yg masih hidup dari polybag masuk ke dalam pasu. time pindah baru nampak tanah pun dah teruk juga kena dengan bena ni.

bila tengok pokok cili yg masih survive terfikir kat mana nak beli racun serangga ni. bila check harga rasa sayang pula duit. spend duit kat buku tak sayang pula! jadinya aku google untuk cari cara nak hapuskan benda ni.

Cara Membuat Racun Organik Sendiri


Bahan yg diperlukan:
1. Bahan putih
2. Bawang Merah
3. Cili Padi
4. Sabun Pencuci Pinggan
5. Minyak Masak
6. Air
7. Botol Spray

Cara Membuat:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi, semua ni main agak-agak je. nampak macam pemalas nak buang kulit bawang tu tapi aku ada terbaca yg kulit bawang bagus untuk tanaman itu yg blender semua sekali,

2. tapis bahan kisar tadi untuk dapatkan patinya.

3. dalam air pati tu, masukkan minyak masak dan sabun pencuci pinggan dalam satu sudu.

4. Isi pati dalam botol spray dan boleh mulakan misi menghapuskan serangga yg bermaharajalela di tanaman anda. yg hampas kisar tu aku simpan dalam peti sejuk, boleh guna next round.


Sumber asal boleh refer sini: Kebun Bandar

lepas buat racun organik ni aku punyalah semangat nak sembur bena tu tapi rancangan tergendala sebab selalu hujan time petang. aku baru try sembur racun ni sekali kat pokok cili, dia punya sakit hati sampai tanah pun aku sembur sekali.


besok tu tengok bena dah tak ada, bawah daun yg putih-putih tu pun dah jadi hitam tapi aku perasan daun dah kecut pula. banyak sangat ke racun yg aku sembur tu? nak kena selalu tengok juga pokok cili ni harapnya binantang parasit ni tak datang menyerang lagi.

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia


Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia | lesen memandu aku tamat awal bulan mei, time tu masih lagi dalam tempoh PKP fasa akhir. habis PKP asyik tertangguh urusan untuk memperbaharui lesen memandu ni. salah satu sebabnya aku malas dan risau bila fikir orang ramai pi serbu pejabat JPJ atau UTC.

bila masuk bulan Julai, abah dah membebel sebab tak renew lagi lesen so hari ini adik pula free, ajak teman sekejap buat lesen memandu. sebenarnya aku baru tahu boleh renew lesen di Pejabat Pos, nampak sangat aku tak alert yg banyak benda boleh buat di pejabat pos selain bayar bil dan pos barang. 

kalau tahu sebelum ni, tak payah nak bersusah payah pergi JPJ sebab pejabat pos kat tesco tu dekat dengan rumah aku kalau nak dibandingkan dengan JPJ dan UTC.


Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia

Dokemen Wajib : Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
  1. Pergi Pejabat dan ambil nombor giliran.
  2. Tunggu nombor giliran dipanggil.
  3. Di kaunter, beritahu staff yg bertugas nak renew lesen memandu.
  4. Serah kad pengenalan dan lesen memandu lama dan beritahu nak renew untuk berapa tahun.
  5. Tunggu sekejap, buat bayaran dan ambil lesen baru serta slip resit.

Walaupun tesco ramai orang, tapi kat Pejabat Pos tak ada orang. so urusan aku memang cepat. nak tunggu lesen siap pun tak sampai 5 minit. oh yaa aku renew lesen untuk dua tahun dan harga yg perlu dibayar adalah RM60, lagi RM2 tu commision yg pejabat pos dapat dan juga untuk resit.

Website Untuk Tonton Drama Asia dan Korea


ada yang tanya kat mana nak tengok drama korea, kat mana nak cari asian drama. sebelum ni pun dah pernah post pasal ni tapi kita up balik sebab ada website lama tu dah hilang. sepatutnya post benda ni time PKP tapi time tu aku malas dan taip sekerat jalan je..haha

masuk tahun 2020 dah makin senang untuk tengok drama korea sama waktu siaran dengan korea, tak macam dulu. kalau dulu hari ini siaran besok lusa baru dapat download video lepas tu kena tunggu lagi seminggu baru dapat subtitle.  sekarang ni tak payah nak renyah-renyah, cuma bergantung korang untuk buat pilihan.


Paling Mudah Untuk Diakses dan Berbayar


1. NETFLIX


2. IFLIX / WETV


3. VIU



4. iQIYI


Website Rasmi Untuk Drama Tempatan


5. TONTON

website rasmi untuk tonton rancangan dari saluran Media Prima tapi sekarang ni banyak drama tv3 dan boleh tengok di youtube rasmi tv3. aku pun dah lama tak buka website ni.

6. ASTRO GO

pengguna astro sekarang dah boleh akses terus rancangan kegemaran di laptop atau smartphone melalui Astro Go. tapi apps dia paling teruk, kadang boleh tengok kadang loading sampai aku give up nak tunggu.

7. RTM

untuk tonton drama dan rancangan dari RTM dan TV Okey

Free Website Untuk Drama Asia dan Korea


8. KISSASIAN

website kegemaran aku sebab kat sini boleh tonton/download movie dan drama. paling banyak drama korea, drama china dan drama thailand dan drama jepun. variety show ada juga kot, ntahla aku tak sure sebab dah lama tak tengok variety show.

9. K-VID

antara lubuk untuk tengok drama korea dan chinese drama. kalau suka variety show dan program menarik dari korea boleh juga singgah ke sini.

10. MYASIANTV

MyAsianTV dan DramaCool antara website legend untuk yg kaki drama dulu.

11. TELEGRAM

yg ni pula apps, boleh download dan install software dia di laptop. nak cari drama kat sini cuma perlu taip saja tajuk drama kalau nasib korang baik jumpa la, kalau tak keluar memang tak ada. aku selalu cari drama thailand di telegram atau pun di website NEKOMEOWMEOW.


actually banyak lagi website untuk tonton dan download drama korea dan asia tapi ini antara tempat yg menjadi pilihan aku. Selamat Menonton 😊

Cara Pantas Semak Bil Elektrik Online


Cara Pantas Semak Bil Elektrik Online | Musim Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) banyak benda terhad untuk dilakukan tapi bersabarlah  untuk kebaikan semua pihak. 

oleh kerana setiap bulan bil elektrik akan sampai rumah tak jadi isu sangat tapi bila masuk PKP ni jadi terlupa pula. jenuh juga nak bayar nanti kalau skip untuk sebulan, nasib baik ayah ingatkan semalam untuk semak bil elektrik secara online.


Cara Pantas Semak Bil Elektrik Online

sebenarnya kita boleh semak bil elektrik secara pantas tanpa perlu daftar akaun TNB iaitu pergi ke laman web  myTNB (www.mytnb.com.my/)

1. klik pada button Express Payment



2. masukkan nombor akaun TNB dan tekan Search



3. dalam bulatan tu jumlah yg kena bayar.



ok sekarang dah boleh terus bayar bil elektrik 😊

Astro Beri Saluran Percuma Sehingga 31 Mac 2020


Astro Beri Saluran Percuma Sehingga 31 Mac 2020 | Seperti yg diumumkan semalam, Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pengerakan atau Restricted Movement Order bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19. sebagai warganegara yg prihatin cuba displinkan diri anda untuk mematuhi arahan yg dikeluarkan supaya kita sama-sama dapat membendung wabak ini daripada terus merebak. 

Astro Beri Percuma Saluran Movie Sehingga 31 Mac 2020


ini berita gembira kepada pelanggan Astro kerana Astro telah berbesar hati untuk payung korang saluran movie percuma bermula 6.00 pagi pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. aku ada ternampak netizen request benda ni kat social media tak sangka pula Astro betul-betul nak bagi, so lepas ni kalau rasa bosan bolehlah layan saluran movie yg ada.

Antara saluran movie percuma yg boleh ditonton mulai esok:

  • BOO - 404(HD)
  • HBO - 411(HD), 431(SD)
  • Cinemax - 412(HD), 432(SD)
  • FOX Movies - 413(HD), 433(SD)
  • FOX Family Movies - 414(HD)
  • FOX Action Movies - 415(HD)
  • tvN Movies - 416(HD)
  • Celestial Movies - 309(HD), 349(SD)
  • Astro Citra - 108(HD), 128(SD)
  • Tayangan Hebat - 115(HD)
  • Thangathirai - 241(HD)
  • BollyOne - 251(HD)
  • HITS Movies - 401(HD)
  • Celestial Classic Movies - 321

Semuanya boleh ditonton di platform Astro juga menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Apple Store dan Google Play. Anda juga boleh mengakses Astro GO di laman web astrogo.astro.com.my. Manakala buat pelanggan NJOI pula, korang boleh mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

makanya lepas ni jangan nak merungut bosan kat rumah sebab dah boleh tengok movie sampai lebam. Selamat Menonton 😀

Cara Mudah Pakai Mask Untuk Wanita Bertudung


Cara Mudah Pakai Mask Untuk Wanita Bertudung | makin risau pula bila dengar kes Coronavirus yg semakin meningkat. terbaru WHO telah mengisytiharkan wabak ini sebagai darurat kesihatan global apabila telah merebak ke 18 buah negara termasuklah Malaysia. sebagai langkah pencegahan, kita digalakkan untuk memakai topeng muka semasa di kawasan sesak.

sebagai wanita bertudung, aku rasa susah nak pakai mask ni. kalau jenis yg tali tu senang sahaja boleh terus ikat di belakang tapi masalahnya kalau dapat jenis yg ear loop tu. nak kena selit di celah telinga dalam tudung, sangat leceh dan merimaskan.


 Cara Mudah Pakai Mask Untuk Wanita Bertudung

aku terjumpa video ini time melayan youtube. seorang youtuber dari channel Medical Unveiled berkongsi cara memakai mask untuk wanita bertudung. 

terima kasih kepada youtuber ni sebab sebelum ini aku tak pernah terfikir pula cara ini untuk pakai mask. sangat mudah iaitu dengan mengikat kedua-dua bahagian earloop tu dengan tali lepas tu pakai macam biasa tak payah nak sangkut dalam tudung. kalau tak nak guna tali boleh gantikan dengan paper clip tapi tak ada paper clip pula nak try buat..hehe

sangat mudah, lepas ni tak payah nak stress sangat bila kena pakai mask.

Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet


Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet | Pernah dengar tak mengenai aplikasi OokBee Buffet? aku tahu pasal Ookbee ni pun bila kak Sha mention di blog dia. dah lama juga nak guna Ookbee tapi tiap kali nak download asyik terlupa nama apps ni, itu yg baru sekarang dapat install dan usha aplikasi ni. 

Ookbee Buffet ialah aplikasi e-book yg membolehkan anda akses kepada 2000 bahan bacaan digital seperti majalah, surat khabar, komik, novel dan banyak lagi buku terbitan daripada Karangkraf, Dewan Bahasa Pustaka, Fixi, Gempk Starz dan Utusan Karya. kalau korang nak cari novel daripada Karya Seni, harap maaf belum ada lagi dalam sistem Ookbee.

untuk membaca bahan bacaan digital di Ookbee Buffet ada dua pakej yg ditawarkan iaitu basic dan premium. pakej basic ini terhad kepada majalah sahaja manakala untuk mendapatkan lebih banyak bahan bacaan seperti buku dan surat khabar bolehlah memilih pakej premium. harga yg ditawarkan dalam pakej premium ialah RM15.90 untuk sebulan dan RM 169.90 untuk setahun.


Perlu bayar atau bolehkah baca secara percuma di aplikasi Ookbee Buffet?

sebenarnya aku ada terbaca yg bahan bacaan di Ookbee Buffet ialah percuma sekali bila install dan nampak kena bayar terus rasa nak uninstall balik sebab rasa sayang duit. aku juga bukan jenis yg suka sangat baca e-book dan mengadap skrin lama-lama tapi bila mood membaca tu datang baru aku cari buku digital.

makanya aku google balik kot la aku tersalah baca atau tersilap app. ok tak memang betul kita boleh membaca secara percuma di Ookbee Buffer dengan cara mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. untuk pengetahuan anda, Perpustakaan Negara Malaysia telah melanggan Ookbee Buffet dan apabila kita menjadi ahli pustaka secara tak langsung kita dapat keistimewaan untuk mengaksess bahan bacaan digital yg ada di Ookbee Buffet.


Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet
  1. Daftar sebagai ahli pustaka dahulu di www.u-pustaka.gov.my kalau sudah menjadi ahli boleh skip step ni.
  2. Aktifkan akaun Ookbee Buffet di corporate.ookbee.com/pnm/activate. masukkan email yg sama korang daftar di u-pustaka tadi dan buat akaun untuk Ookbee.
  3. Download aplikasi Ookbee Buffet di smartphone.
  4. Log in aplikasi Ookbee Buffet dengan akaun yg telah diaktifkan tersebut.
maaflah tak ada gambar, aku lupa nak printscreen sebab tak teringat pula nak buat entry pasal ni. 

bagi aku, memang best menggunakan aplikasi Ookbee Buffet sebab kita boleh baca secara buffet iaitu tidak terhad dan kita boleh aksess banyak buku dalam satu masa dan tiada tempoh masa untuk membaca setiap buku. kiranya tak leceh macam aplikasi PNM e-reader nak kena tunggu giliran pastu ada limit masa dan limit buku juga untuk setiap buku yg dipinjam dalam satu masa.

Selamat mendaftar sebagai pengguna Ookbee Buffet.
Selamat Membaca!

Pengalaman Beli Smartphone di Lazada


Pengalaman Beli Smartphone di Lazada | lately ni phone aku selalu buat hal, memula tu ingatkan masalah bateri tapi lepas tukar bateri pun bateri masih juga cepat habis. takkan aku nak uninstall semua aplikasi dalam phone aku kot so solution yg ada ialah tukar smartphone baru.

aku dah pakai phone Samsung Note 3 hampir lima tahun dari tahun 2015, kalau ikutkan hati memang sayang tapi aku terpaksa tukar sebab rimaslah bila nak kena charge phone ni itu belum lagi bila time dia hang, time tu memang stress tak terkata.

Bila nak beli smartphone baru ni aku menang tak tahu nak pakai jenama apa, serusly tak ambil tahu langsung pasal smartphone yg ada di pasaran sekarang dan bajet aku pula dalam RM800. dalam tengah survey tu berkenan dengan phone jenis kamera popup kat atas tu ternampak kat GoShop, harga pula dalam bajet aku so dah tekad nak beli time tu tapi sayang dah habis.

OPPO F11 VS VIVO V15

memula tu nak ambil Oppo iyelah tengok harga murah kat Go Shop tapi lepas survey balik dan tengok review di Youtube aku decide untuk ambil Vivo V15 dan kenapa bukan Vivo V17 yg terbaru di pasaran sebab aku nak jimat duit..haha

aku cari kat Shopee dan Lazada, last sekali dapat harga betul-betul dalam bajet aku di Lazada. ini first time aku beli smartphone secara online, takut juga sebenarnya tapi Alhamdulillah dapat seller ok, selepas dua hari barang sampai. ok sebenarnya terlewat sehari sebab aku order 24/12 lepas tu baru teringat esoknya cuti krismas nak tak terpaksa terpaksa tunggu sehari lagi sampai hari jumaat baru barang sampai depan rumah.

tadaaa~ siap dapat free gift sekali. terima kasih Vivo 😊


yg bestnya dengan smartphone ni kamera dia memang cantik, lagi-lagi bila selfie. kalau kaki selfie mesti suka dengan phone ni tapi aku suka phone jenis ni sebab tak ada notch kamera kat atas, bila tengok movie atau main game memang rasa puas. 

so kalau korang nak beli smartphone secara online, lebih baik cari di official store lepas tu baca review dulu kalau banyak review positf itu maknanya seller itu boleh dipercayai dan barulah boleh buat urusan jual beli.

Pengalaman Pos Barang Dengan J&T Express


Assalamualaikum

sekarang ini terdapat banyak syarikat penghantaran yg terdapat di Malaysia dan ini bagi kelebihan juga kepada kita sebagai pengguna untuk memilih syarikat penghantaran.

walaupun aku jarang pos barang tapi kalau memerlukan aku untuk menggunakan perkhidmatan ini, aku lebih selesa menggunakan Pos Laju sebab tahu service mereka macam mana. jadi, ini pertama kali aku pos barang dengan menggunakan J&T express, itupun sebab adik aku yang minta aku guna J&T Express, iyelah ini pun barang dia juga dan lagi satu sebab dia cakap service mereka cepat dan pantas.

selalunya bila beli barang secara online, aku tak ada masalah sangat untuk terima barang melalui syarikat penghantaran ini tapi bila pos barang tertanya juga laju ke sebab aku banyak dengar complain yg tak sedap didengar dengan J&T Express. so aku nak kongsikan pengalaman aku yg pertama kali pos barang menggunakan perkhidmatan J&T Express.


Apa itu J&T Express?

J&T Express ialah sebuah syarikat penghantaran ekspress yg menggunakan teknologi yg maju dan moden dan beroperasi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja. antara kelebihan syarikat penghantaran ini juga ialah mereka beroperasi setiap hari dan menjanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk lokasi tertentu.


Pengalaman Pos Barang Dengan J&T Express.

aku pos barang di pejabat J&T yg terdekat dengan rumah aku. bila sampai di situ memang lenggang tak ada pelanggan. aku pun tak nampak kena ambil nombor ke apa jadi aku terus pergi ke kaunter dia dan beritahu staff tersebut yg aku nak pos barang.

urusannya memang senang dan mudah kerana tak perlu isi borang. kita cuma perlu beri maklumat pengirim dan juga maklumat penerima kepada staff yg bertugas. mereka akan teruskan masukkan maklumat yg di beri ke dalam sistem mereka. mudah kan? kemudian staff tersebut akan beri kita resit yg mempunyai tracking number atau airwaybill number

yg bestnya time aku pergi tu kosong, sekali pusing nak keluar dah beratur panjang orang kat belakang aku. ok lepas ni dah tahu kalau nak pos barang kat situ jangan pergi time lunch hour sebab aku pergi tu memang ngam-ngam sebelum pukul 12 tengahari.

seperti yg dijanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk semenanjung Malaysia, memang betul pun sampai dalam sehari, see 👇 tapi destinasi yg dituju belum nampak.


Review Service J&T Express

dari segi customer sevice, aku memang tak ada masalah kerana staff yg aku berurusan di pejabat pun ok dan pandai layan pelanggan. tapi masalahnya aku tak tahu bila barang aku akan sampai sebab bila track asyik pending kat situ. tak tahu berapa lama lagi mereka nak peram, dah masuk dua hari pun masih lagi belum sampai.

aku terpaksa telefon pejabat untuk tahu status barang aku dan apa yg dimaklumkan kepada aku, mereka tak cukup pekerja untuk uruskan barang yg banyak. sakit hati juga tapi aku malas nak marah staff tu sebab dia pun cakap dengan cara elok, kalau orang lain mahu kena maki sebab servis teruk macam ni.

bagi aku, syarikat penghantaran sekarang ini mana-mana pun semua sama je dan bergantung kepada kawasan juga untuk dapatkan perkhidmatan yg terbaik sebab kerja menghantar barang banyak menggunakan tenaga manusia. kalau sistem up to date pun tapi pekerja bermasalah memang tak ke mana. sepatutnya pihak J&T kena ambil tindakan dan perbaiki kekurangan mereka sebab tengok di internet pun, memang banyak aduan. takkan pelanggan masih lagi nak mengadap masalah sama setiap kali guna perkhidmatan mereka?

overall, nak kata aku serik guna J&T Express, ada la juga perasaan tu. tapi kat tempat aku ni memang tak ada masalah dengan terima barang dan pos barang di pejabat dia pun senang sahaja. cumanya lepas ni kalau nak pos barang aku kena survey dulu sama ada tempat yg yg nak dituju ada masalah atau tidak dengan courier ini.


so kesimpulannya, bila barang aku nak sampai?

**update : barang sampai selepas 6 hari**

First Time Shopping di Online Watson


First Time Shopping di Online Watson | ini pertama kali aku shopping online di Watson, dah lama nak try tapi baru kali ini yakin nak mencuba dan lagi satu sebab aku malas sangat nak pergi kedai Watson.

Sebenarnya senang je nak shopping online ni, first kena masuk website Watson ataupun boleh download Watson apps kat smartphone.


dah login jangan lupa link-kan dengan akaun online untuk kumpul dan tebus Watson Point. kemudian boleh shopping macam biasa, pilih Home Delivery untuk penghantaran terus ke depan pintu dan lepas check out boleh buat bayaran.

Tadaaa barang dah sampai!

untuk penghantaran percuma kena berbelanja paling minimun RM150 tapi sekarang ni tengah ada promo boleh dapat penghantaran percuma untuk pembelian RM 100. berbaloi shopping online kalau  nak beli banyak barang tapi kalau setakat nak beli satu dua barang better pergi kedai terus boleh jimat daripada bayar kos penghantaran.

penghantaran pun cepat juga aku dapat barang dalam masa dua hari, order 5 Sept dan 7 Sept barang dah sampai di rumah.


oh ya jangan lupa bila online shopping tu korang boleh shopping di Watson melalui aplikasi Shopback untuk dapatkan cashback. sambil shopping tu bolehlah jimat sikit..hehe

Selamat Membeli-belah 😊