Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

Novel : Objection
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 544
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2017

Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

first, aku tertarik dengan cover Objection dan sebab novel ni juga aku gigih baca semua buku Rehan Makhtar yg lain di PNM sebelum decide untuk beli Objection sebabnya sebelum itu memang tak pernah tahu pasal penulis ni.

bagi aku jalan ceritanya lebih kurang #Hurt, pasal hero nak balas dendam kat heroin tapi aku lebih suka dengan Objection sebab cerita dia lagi smooth dan konflik lebih tersusun kemas dan cantik, takde part yg aku rasa meleret. 

ceritanya mengenai Zafiq yg mahu balas dendam pada Aira kerana dia ingatkan Aira yg kecewakan adiknya so dia buat rancangan menculik Aira. apa yg jadi sepanjang tempoh Aira diculik tu? silalah baca..hihi

bagi aku, Zafiq ni terlebih drama selalunya watak perempuan je yg kita tengok suka buat drama. dah la tak tahu hujung pangkal cerita, Zafiq dengar kisah adik dia pun dari orang lain pastu sesedap hati nak jatuhkan hukuman sendiri pada Aira.

Aira pula memang kuat, kalau aku jadi dia mahu nangis kena tinggal dalam hutan tapi Aira ni dia tahu macam mana nak survive dan tahu bawa diri walaupun terkontang kanting seorang diri di situ. beberapa kali juga hati jadi sendu bila baca kesusahan dan apa yg Aira kena tanggung atas kesalahan orang lain.

bila kebenaran terbongkar, aku tak rasa kesian pun kat Zafiq bila dia cuba nak ambil hati Aira balik like seriusly padan la muka ikut suka hati kau nak culik anak dara orang sapa suruh, lain kali siasat dulu. rasanya aku pula yg emo..haha

3 comments:

  1. saya bantahhh ehhhh hehe. sorry i just kinda love the cover but maybe bukan untuk baca haha

    ReplyDelete
  2. Suka cover dia.. macam novel bi..

    ReplyDelete