Showing posts with label Buku Fixi. Show all posts
Showing posts with label Buku Fixi. Show all posts

Review Novel | Nikina by Nadia Khan


Novel : Nikina
Penulis : Nadia Khan
Helaian : 248
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : Mac 2019


“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”

Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...

Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?


buku ni dah habis baca bulan lepas tapi malas betul nak tulis review time tu, ni pun tengah ingat balik jalan cerita dia.

Nikina mengisahkan kisah cinta Nik dan Kina, permulaan novel ni mereka bertemu selepas bertahun berpisah buat kita jadi penasaran juga tentang kisah cinta mereka dan bagaimana mereka boleh berpisah.

penulis guna konsep POV antara tiga watak iaitu Nik, Kina dan Dini, rakan kongsi Kina yg dah lama suka pada Kina tapi memanjang kena friendzone. kalau part Nik dan Kina terlalu banyak persoalan sampai pace pembacaan aku jadi laju sebab tak sabar nak tahu apa rahsia mereka sebenarnya.

masuk POV Dini macam kelakar bila Dini tak boleh terima hakikat yg Nik dan Kina masih punya perasaan antara satu sama lain. makin lama makin menyampah pula dengan Dini sebab dia punya curious tu dah jadi busybody pula padahal boleh saja try tanya kepada Kina apa sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.

plot twist cerita bila tahu identiti sebenar Sara, menarik juga sebab first time dengar sindrom yg rare tu cumanya masuk second half macam kurang something which is aku dah terlupa nak review apa part ni..so overall nice story..haha
 
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Sumpah by Shaz Johar


Novel : Sumpah
Penulis : Shaz Johar
Helaian : 292
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : June 2020

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.

Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.

waktu beli buku Sumpah ni tak baca pun sinopsis dia, sekali bila dah beli terus macam malas nak baca sebab watak Lela ni baru 12 tahun dikahwinkan dengan Pak Hadir, lelaki yg sebaya arwah bapanya. seriusly geli dengan Pak Hadir bila dia cuba nak bermesra-mesra dengan Lela. uish pedo!

kesian dengan Lela dalam usia 12 tahun, terpaksa berhenti sekolah dan kemudian dikahwinkan. terpaksa mengikut sahaja apa yg ibu dia suruh. tapi watak Lela ni macam terlebih matang daripada usia, bila baca buku ni tak rasa macam dia budak 12 tahun.

kisah bertambah menarik bila Lela dibawa Pak Hadir tinggal di banglo mewah di tengah hutan kemudian berjumpa dengan seekor kucing yg boleh bercakap bernama Olaf, bermacam misteri yg Lela terpaksa tempuh seorang diri sampai satu tahu dia tak tahu nak percaya cakap Pak Hadir atau Olaf.
Pengakhirannya sangat menarik dan penuh misterii.

Novel | Penumpang by Fee Anyau


Novel : Penumpang
Penulis : Fee Anyau
Helaian : 302
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : April 2018

Buku Penumpang ini aku baca di appliksi Ookbee Buffet mengisahkan Jai seorang pelajar kolej yg cuba mencari jawapan di atas kematian kawan baiknya Eddi.

SINOPSIS

Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.

Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.

Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?

Jai rasa bersalah kerana sebagai kawan baik, dia tak nampak perubahan Eddi dan cuba mencari jawapan kenapa Eddi mengambil tindakan untuk membunuh diri. kerana jurnal yg diterimanya, Jai mula menaiki bas, untuk merasai pengalaman Eddi dan dari situ dia memerhati pelbagai ragam manusia dan mengenali beberapa orang pemandu bas.

bila baca buku ini boleh terasa sunyinya dunia Jai dan bertambah sunyi selepas satu-satunya kawan yg dia ada telah mati. permulaan cerita terasa agak slow dengan Jai yg melakukan rutin yg sama setiap hari, aku pun rasa macam depression juga bila nak memahami watak Jai ni.

ceritanya semakin menarik apabila persoalan di atas kematian Eddi mula terbongkar. kerana Eddi juga, Jai mula jumpa dan rapat dengan ramai orang macam Pacik Rokok, Encik Mon, John dan Kay yg turut sama membantu Jai untuk mendedahkan apa yg berlaku di sebalik kematian Eddi.

cuma ending untuk buku Penumpang agak menyedihkan juga sebab kita tertanya-tanya kenapa Jai jadi begitu tapi bagi aku ada satu mesej yg penulis mahu sampaikan melalui watak Jai ni. untuk mereka yg ada masalah depresi perlu bersikap terbuka dan sedia untuk dibantu. macam kes Jai, ramai orang yg nak bantu dan mahu dia hidup normal tapi Jai pilih untuk pendam semuanya dan menolak bantuan lain untuk terus hidup dalam dunia sendiri.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Novel | Parcel

(PNM e-Reader)

Novel : Parcel
Penulis : Simon Malik
Helaian : 310
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : September 2017

REVIEW

Parcel kisah sepasang suami isteri, Faisal dan Anis yg selalu berjauhan kerana kerja Faisal yg memerlukan dia bertugas di tengah lautan. suatu hari, Faisal diamanah untuk menghantar satu bungkusan oleh boss-nya, yg menjadi persoalan siapa penerima Parcel tersebut. 

kewujudan Parcel itu juga menghuru-harakan hidup Faisal bila tanpa sedarvdia telah masuk dalam dunia gelap dan menjadi target sindiket tertentu dan hubungan Faisal dan Anis juga turut menerima tempias.

baca babak awal buku ni agak stress juga dan mungkin aku yg slow sangat nak ikut rentak penulis di permulaan cerita yg penuh dengan teka-teki dan plot yg tetiba bertukar tanpa sempat nak hadam apa yg sebenarnya terjadi. bila lepas fasa ni baru bacaan aku jadi laju sikit sebab curious sangat dengan banyak benda yg terjadi dan juga watak-watak lain yg muncul.

secara keseluruhannya memang sangat menarik walaupun ada lagi persoalan yg masih buat aku tertanya-tanya dan ada perasaan tak puas hati di situ.


SIPNOSIS

Sebagai tukang pasang talian internet di lautan, Faisal selalu berjauhan dengan isterinya Anis. Satu hari, dia ditugaskan untuk menghantar parcel ke pelantar Stella Fortuna. Itu bukan tugas biasa, dan parcel itu harus dijaga seperti nyawanya.

Malangnya, pelantar itu diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan Descartes.

Laguna Pirates kemudian mahukan parcel itu, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes.

Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!

Novel | Trilogi Ngeri #3 : Obsesi

(PNM e-Reader)

Novel : Trilogi Ngeri #3 : Obsesi
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 230
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja. 

Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka. 

Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?


REVIEW

Obesesi adalah penutup untuk kisah Ngeri dan Mangsa. Detektif Hema masih obsess untuk menangkap Rehan. obsesi yg hampir memakan diri tapi membuahkan hasil.

jujur cakap buku ni macam kurang bagi impak untuk aku kalau nak dibandingkan dengan Ngeri dan Mangsa. walaupun tahu penamat untuk Rehan dan berakhirnya obsesi Hema tapi rasa macam kureng dan masih banyak persoalan yg penulis biarkan pembaca tertanya-tanya.

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Mangsa
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka  Surat : 245
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : November 2012


SIPNOSIS:

MANGSA adalah sambungan kepada novel NGERI.

Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB.

Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka.

Detektif Hema masih obses dengan kes NGERI yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.

Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap...

Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?


REVIEW:

permulaan memang rasa  slow sikit plus tak nampak apa kaitan watak Nazwan & Natalia dan Hani & Jo dengan Ngeri tapi bila puzzle dah makin complete memang rasa menarik dan lebih saspen dari Ngeri. dari awal tertanya siapa pembunuh dia lepas tu baru paham bila tengok balik cover buku Mangsa sebab itu jawapan dia.

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Ngeri
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 231
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : September 2011


SIPNOSIS

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka?


REVIEW

sebelum baca novel ni, aku fikir banyak kali juga nak baca sebab aku tak suka tengok cover dia yg penuh dengan warna merah tu tapi aku ignore benda tu dan try baca novel ni.

apa yg boleh cakap novel ni tak ngeri sangat tapi bila part bunuh tu seriusly memang mimpi ngeri yg aku tak nak imagine. dari awal lagi dah boleh teka siapa pembunuh dia tapi ada plot twist yg menarik dan ending dia tergantung. pastu aku pi godek-godek pasal novel ni rupanya ada kesinambungan lagi dari kisah ni.