Review Drama | Seindah 7 Warna Pelangi (TV3)

Review Drama | Seindah 7 Warna Pelangi (TV3)

Drama : Seindah 7 Warna Pelangi
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Siaran : TV3
Tayangan : 24 Februari 2020
Episod : 28
Pelakon : Nabila Razali, Aeril Zafrel, Raja Afiq, Huq Haqeem, Elly Mazlein, Hairie Othman, Jalaluddin Hassan, Wanns Ahmad

Diadaptasi dari novel karya E-Man Sufi, Seindah 7 Warna Pelangi mengisahkan Andika yang berlajar di United Kinddom manakala Aira pula di Indonesia pulang ke kampung halaman mereka untuk menjenguk Tok Ayah yang jatuh sakit.

Aira sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan pada Andika, kepulangan kali ini menambahkan keterujaan juga buat Aira setelah sudah lama tidak bertemu dengan pemuda itu.

Review Drama | Seindah 7 Warna Pelangi (TV3)

Tok Ayah sudah menghibahkan kesemua hartanya untuk cucu-cucunya namun Andika sebagai cucu kesayangan mempertikaikan keputusan Tok Ayah kerana Tok Ayah berjanji untuk menyerahkan rumah pusaka kepadanya alih-alih Aira yang dapat. Sebenarnya Tok Ayah membina rumah tersebut utuk kesenangan cucu-cucunya berkumpul kelak.

Selepas pemergian Tok Ayah, Andika mahu mendapatkan semula haknya tapi dia boleh menuntut harta peninggalan tersebut setelah berkahwin. Andika mahu berkahwin dengan teman wanitanya malangnya ditolak so pilihan yang dia ada sekarang adalah Aira. tak susah Andika nak ajak Aira berkahwin memandangkan Aira ada hati padanya so mengorat sikit terus Aira setuju.

Walaupun begitu, ramai yang curiga dengan keputusan Andika memilih Aira tapi mereka terpaksa akur kerana Aira sendiri setuju dengan pernikahan tersebut.

Review Drama | Seindah 7 Warna Pelangi (TV3)

sakit hati juga melayan drama ni disebabkan perangai Andika yang tamak dan tak puas hati dengan harta yang dihibahkan padahal adik-beradik dia yang lain tak kisah pun dengan harta Tok Ayah lagi-lagi Reyhan padahal Reyhal yang bertungkus lumus menguruskan ladang milik Tok Ayah.

tak faham macam mana Aira boleh terjatuh cinta dengan Andika sebab selama ini Andika tak endah langsung dengan dirinya pastu dituduh lagi Aira kaki bodek sampai Tok Ayah boleh bagi rumah tesebut, bila ada motif baru terhegeh-hegeh nak mengorat Aira.

jalan cerita Seindah 7 Warna Pelangi agak menarik sebab bertemakan kekeluargaan. best juga tengok keluarga besar mereka boleh hidup bahagia dan harmoni, banyak juga watak penyeri yang best macam Arjuna dan Iskandar. cumanya pengarah kena cerita detail sikit pasal background keluarga ini sebab agak confius juga dah la tak baca novel dia, contoh macam watak Kak Yam ni sekejap panggil mak Andika Kak Long sekejap mak Long. haa tak ke confius Yam ni anak siapa.

overall, best juga layan drama ni dan lakonan Nabila Razali sekarang semakin bagus tapi watak dia kali ini agak berat so tertunggu juga perubahan pada watak Aira ni.

19 comments:

  1. macam menarik jugak cerita ni....

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi, boleh check nanti ni. Tapi cerita pasal harta memang sinonimla kalau gaduh. Banyak dah nampak depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni lebih kepada kekeluargaan cuma si andika ni jenis tamak harta tapi yg lain tu semua ok je..

      Delete
  3. kdg2 sedap juga menonton drama Melayu ni. dah lama x layan drama ni sbb sibuk sokmo.

    ReplyDelete
  4. Itu la, Aien tengok sekali macam best, banyak sangat selok belok dia. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula tengok ni memang best tapi tak tahu bila dah sampai tengah nanti..hehe

      Delete
  5. Tengok sampai episod 2 je lrpastu tak boleh nk layan.. geram dengan perangai andika tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. menyampah sgt dgn perangai andika ni.

      Delete
  6. kalau baca sinopsis ni macam menarik jugak, pasal harta sanggup kawin...
    cuma tulah tak berapa minat dengan nabila razali tuh... drama yang ada cerita pasal kekeluargaan mmg best layan... lagi-lagi ada yang kelakar mcam keluarga iskandar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka juga tengok keluarga iskandar, diorang berlakon nampak real habis macam satu family :)

      Delete
  7. nka tengok drama ni sebb e-man sufi and aeril !

    ReplyDelete
  8. Tak penah lagi tgk lakonan nabila

    ReplyDelete