Drama China | Lucky's First Love (2019)


Title : Lucky's First Love
Episode : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Bai Lu, Xing Zhou Lin, Anna Hollen, Zhai Zi Lu, 
Li Ruo Yan, Huang Ji Dong


nama Xing Yun membawa maksud tuah dan kerana namanya juga Xing Yun mendapat kerja di sebuah syarikat gaming milik Xia Ke walaupun kelulusannya tidak kena mengena dengan bidang gaming.

kerana tuah Xing Yun juga, syarikat Xia Ke yg masih baru bermula kini sudah menjadi salah sebuah syarikat gaming yg berjaya dan terkenal. sebab itu, Xia Ke sayang sangat dengan Xing Yun dalam erti kata lain membuli.

sepanjang bekerja di situ, Xing Yun terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mencari teman lelaki. sampai suatu hari, Xing Yun ada blind date dengan Chu Nan tapi yg parah bila Xia Ke cari jalan untuk sabotaj temujanji mereka. orang tengah dating, masa itulah Xia Ke seru Xing Yun masuk meeting la, buat kerja la..adoyai, parah dapat bos macam ini.

satu masalah Xia Ke, dia langsung tak sedar perasaan sendiri pada Xing Yun. sebab itu sehari tak nampak muka Xing Yun, tak senang duduk dibuatnya.


Yao Qing dan He Yu pula kawan baik Xia Ke sejak zaman universiti. masing-masing ada hati pada Xia Ke dan Xing Yun sampai diorang berpakat nak pisahkan Xia Ke dan Xing Yun.  

last sekali tak sampai hati nak teruskan rancangan tersebut. yg best tengok scene diorang ni bila He Yu yg kaki perempuan tetiba tersedar yg dia ada perasaan pada Yao Qing. macam-macam cara dia buat nak pikat You Qing.


Chu Nan ni sebenarnya bekas kekasih Shen Qing (kakak Xia Ke) dan Xia Ke tahu Chu Nan masih simpan perasaan pada Shen Qing sebab tu dia sabotaj date Xing Yung sebab tak nak Xing Yun kecewa nanti kalau tahu pasal ni. 

Chu Nan dan Shen Qing berpisah kerana parent Chu Nan tak suka dengan status Shen Qing, janda anak satu. hubungan mereka ni agak complicated juga dalam drama ni sebab banyak saja halangan daripada orang luar.


drama ni santai sahaja dan tak banyak konflik pun cuma nak tunggu Xia Ke sedar perasaan dia pada Xing Yun tu agak slow juga la mamat ni. overall best juga layan dan episode pun tak panjang sangat.

13 comments:

  1. Muka lelaki ni macam Yang Yang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan pula maybe sebab style rambut dia kot..hehe

      Delete
  2. memula baca otak terus terfikir cerita strong girl bong soon... tapi rupanya tak hehehe...hero dia kn ada company game... tu yg terfikir smpi ke situ hehe

    ReplyDelete
  3. Sweet je dramanya.. amik kerja sebab maksud nama tuah.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Macam pernah tengok... Hurm...

    ReplyDelete
  5. hehe ni bukan cinta tiga segi dah ni.. bersegi2..

    ReplyDelete
  6. orang Cina memang percaya pada maksud nama yang dibawa kan...my boss kat RHB pun kongsi pengalaman dia dengan namanya...memang tepat maksud namanya dengan apa yang berlaku kepada kehidupan dia...

    ReplyDelete
  7. Rasanya mmaa boleh layan cite ni.. sweet je jalan citer hero heroin pun lawa2

    ReplyDelete
  8. Harap2 jalan cerita tak slow. Hehe

    ReplyDelete