Showing posts with label Idea Kreatif Publication. Show all posts
Showing posts with label Idea Kreatif Publication. Show all posts

Review Novel: Sabarlah Duhai Hati by Mimie Afinie

Sabarlah Duhai Hati by Mimie Afinie

Novel : Sabarlah Duhai Hati
Penulis : Mimie Afinie
Helaian : 630
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Ogos 2015

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan. Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Sabarlah Duhai Hati mengisahkan Fira yg kehilangan ibu, ayah dan neneknya dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa menjaga Danish, adiknya yg baru berusia 4 tahun. ketika hidup sendiri masih terumbang-ambing, mak kawan baiknya datang melamar untuk abang Affan.

dalam drama dari awal dah beritahu yg Fira kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu so takde tertanya sangat kenapa hubungan Fira dan Affan tak baik sedangkan Fira berkawan rapat dengan Dian.

Affan ni pemalu amat langsung tak cuba approach Fira dan jernihkan kembali hubungan mereka. macam tak hairan kalau lepas tunang, Fira ragu-ragu dan nak putuskan pertunangan tersebut sebab fikir Affan terima dia pun sebab umi dan Dian. benda jadi senang bila Affan mula berkomunikasi dengan Fira, itu yg sepatutnya dia buat dari awal lagi.

mostly watak-watak yg ada dalam novel ni memang best kecuali nenek Affan dan Nadia. dalam novel Nadia macam terlalu mendesak dan Affan pula sangat tegas dan langsung tak nak bagi harapan pada Nadia. masalah bila nenek mereka tak faham bahasa dan mahu jodohkan Affan dengan Nadia.

overall, konflik dalam Sabarlah Duhai Hatitak berat sangat dan dugaan yg datang pun daripada orang luar tapi tak menjejaskan hubungan Fira dan Affan. overall, kisah yg menarik dan sesuai untuk bacaan santai.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Novel | Pilihan Encik Singa by Cik Amal Amina


Novel : Pilihan Encik Singa
Penulis : Cik Amal Amina
Helaian : 538
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Mac 2020

Pilihan Encik Singa mengisahkan Nuha yg sudah lama menyimpan perasaan pada anak jiran sebelah rumah, iaitu Nadir. dari zaman sekolah Nuha dok usha Nadir tup tup dapat tahu Nadir sudah mempunyai teman wanita. kecewa habis si Nuha.

penat usha adik tetiba si abang yg masuk meminang. Nuha sendiri tak faham kenapa Idrus meminangnya padahal mereka selalu bergaduh, mulut Idrus laser pastu ya ampun garang giler sebab tu Nuha gelar Idrus, bapa singa. selepas berkahwin, Idrus yg garang tetiba bertukar watak jadi terlebih manja, Nuha pula tetuba jadi awkward nak layan suami sendiri.


novel ni santai sahaja, lagipun tak ada konflik sangat dalam rumah tangga Nuha dan Idrus. isu lepas kahwin bila Nuha dikatakan mandul bila rumah tangga mereka dah masuk tahun pertama. yg sebenarnya bukan masalah pada Nuha tapi Idrus. tapi itu pun bukan jadi masalah besar dalam keluarga mereka.

macam novel Aslan dan Akad, novel ni terlalu banyak babak terlebih mesra suami isteri lepas tu banyak pula perkataan double meaning dia. tak sesuai untuk bacaan budak sekolah.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**


Review Novel | Aslan by Shazie Kamaruzaman


Novel : Aslan
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Helaian : 554
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : April 2020


ini pertama kali aku membaca karya Shazie Kamaruzaman, mengisahkan Aslan seorang pewaris Aslan Group berkahwin dengan Daneen kerana kawan baiknya Gibb yg juga merupakan abang Daneen.

Aslan terima amanah Gibb kerana mahu melindungi Daneen dalam masa yg sama Aslan sudah lama menyimpan perasaan pada Daneen. apabila mereka berkahwin secara tak langsung, Daneen juga terlibat dalam konflik keluarga Aslan.

sebenarnya kisah dia simple je tapi meleret bukan main sebab hero dia terlalu berahsia. ok fine Aslan tu romantic, charming dan protective tapi kalau semua benda nak berahsia nampak macam over protective pula. Daneen bukan budak kecil lagi bila dia nak control everything. rasanya kalau dari awal dia berterus terang perkara sebenar mungkin Daneen boleh faham situasi sebenar.

novel ni bukan taste aku sebab terlalu banyak babak mesra suami isteri, rimas baca novel macam ni. sepatutnya penerbit letak rate kat cover tu untuk bacaan dewasa, walaupun akak dah dewasa tapi kurang minat baca novel macam ni. sorry~

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga:

Review Novel | Akad by Rose Harissa


Novel : Akad
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 324
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Mei 2020

lama juga tak tulis review novel di blog. bukan apa, mood membaca pun ke laut bila nak tulis review tetibaa jadi tak reti. ok tiberrrr. tapi akan aku cuba slow-slow tulis review novel yg dah baca.

buku Akad ni diterbitkan di bawah Idea Kreatif, aku jarang beli buku daripaa penerbit ni tapi  disebabkan penulisnya Rose Harissa plus limited edition pula terus saja order sebab kalau dah sold out mahu menangis nanti. buku Rose Harissa dibawah terbitan Idea Kreatif bertemakan percintaan dan lebih santai. walaupun jalan cerita nampak simple tapi isinya sangat padat.

Akad mengisahkan Ciara Erina gadis yg baru berusia 19 tahun jatuh cinta pandang pertama pada seorang duda bernama Indra Nazarie. jarak usia 20 tahun antara mereka bukan penghalang buat Ciara untuk mengejar cintanya malangnya Indra tidak terbuka hati untuk bercinta mahupun berkahwin lagi.

Ciara ni jenis yg berani dan tekad bila mahukan sesuatu. bila cintanya ditolak, dia gunakan pengaruh bapanya untuk dapatkan Indra. akhirnya, Indra terpaksa juga berkahwin dengan Ciara apabila terjerat dengan taktik kotor Tan Sri Chairil.


selepas kahwin cerita dia jadi comel sikit bila Indra yg jual mahal tapi Ciara pula tak habis-habis menggoda sampai tergugat iman Indra dibuatnya. best baca buku ni sebab watak Indra yg matang dan juga Ciara, walaupun perangai macam budak-budak tapi sebenarnya terselit sisi Ciara yg matang apabila nak handle anak-anak Indra dan juga orang sekeliling Indra.

sebenarnya buku Rose Harissa kali mengejutkan aku bila penulis sangat open dan berani sentuh isu sensitif hubungan suami isteri, jarang nak jumpa topik macam ni dalam novel melayu. sebab tu buku ni lebih sesuai dibaca untuk mereka yg dah berkahwin dan jangan bagi budak bawah umur baca novel ni.

watak paling annoying sudah tentu bekas isteri Indra, Mila. malu gila ada perempuan macam ni dengan rasa bangga dan tanpa segan silu tayang semua benda di sosial media termasuklah cerita dalam kain dan aib suami sendiri. seriusly macam geli giler dengan si Mila ni, padanlah kena cerai tapi sebenarnya ada isu lain kenapa Mila kena cerai dengan Indra.

buku Akad ni memang best, banyak isu dalam rumah tangga yg diketengah secara terbuka dalam buku ini. walaupun nampak nipis sebenarnya padat dengan isi yg menarik.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**


Review Novel | Ali Alauddin by Rose Harissa


Novel : Ali Alauddin
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 303
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Julai 2019

Ali Alauddin ialah kisah kahwin paksa antara Ali dan Barizah, bagi aku apabila penulisnya ialah Rose Harissa kisah kahwin paksanya bukan kisah biasa-biasa..hehe

kisahnya mengenai Ali Alauddin yg menetap di luar negara hampir 10 tahun, lepas habis belajar terus kerja dan terus masih di sana. yg sebenarnya Ali tunggu kekasih hatinya iaitu Jana habis belajar baru dia akan pulang ke Malaysia. tapi siapa sangka Jana yg dikenalinya makin berubah, daripada muslimah solehah bertukar imej yg lebih moden dan feminis sampaikan emak Ali pun dikutuknya. akhirnya Ali tekad pulang ke Malaysia dan menerima jodoh pilihan keluarganya.

selepas Ali berkahwin dengan Barizah, ada cabaran yg juga apabila Barizah sebenarnya masih tidak dapat melupakan tunangnya Fateh, secara senyap Barizah membuat protes terhadapnya. Ali percaya dengan adanya restu keluarga, urusan rumah tangga mereka akan dipermudahkan.

bila baca buku Rose Harissa ni tak sah la kalau tak jatuh cinta dengan hero dia..hehe watak Ali Alauddin aishh sangatlah gentleman dan sweet. geram dengan cara Jana  layan Ali tapi padan muka juga pada Jana sebab dia tak tahu siapa sebenarnya Ali. kalau nak tahu Ali berhenti kerja arkitek di London untuk fokus pada urban sketching, dia punya income bila balik Malaysia pergghh jutawan tapi nasiblah Jana tak tahu dan nasib jugalah Barizah jenis tak kisah dengan harta benda.

overall, novel Ali Alauddin sebuah kisah yg menarik dan santai untuk dibaca tapi yg tak best buku ni nipis rasa macam tak puas pula..hehe

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Novel | Tiada Yang Lain

(PNM e-Reader)

Novel : Tiada Yang Lain
Penulis : Ana Sofiya
Helaian : 613
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : November 2013

Tiada Yang Lain mengisahkan Atiqah yg dipaksa kahwin dengan Afif pilihan ibunya walaupun pada masa itu dia telah menaruh kasih kepada Zharif. Penat menolak akhirnya Atiqah terpaksa juga akur dengan ibunya dan berjanji untuk setia dengan Afif tapi tak siapa tahu bahagia yg diharap tidak menjadi bila dapat laki perangai mengalahkan syaitan. 

novel ni isu utama mengenai keganasan rumah tangga tentang Atiqah yg didera mental dan fizikal oleh suami sendiri. at first aku sendiri pun tak expect novel ni pasal marital abuse dan sebolehnya  aku cuba nak mengelak baca cerita macam ni sebab scary kot nak bayangkan benda ni dan sebab itu juga bila dah terbaca novel ni memang ada part yg aku rasa nak menangis dengan situasi Atiqah walaupun tak pernah berada dalam situasi ni (minta jauh sangat).

thank god bila lelaki dayus ni mati dan Atiqah keluar dari neraka jahanam lelaki tersebut tapi kesannya memang dia jadi trauma yg sadis bila orang sekeliling tak tahu apa yg dilaluinya sepanjang perkahwinan tersebut. part yg dia kena kahwin untuk kali kedua dengan Zharif memang sedih sebab still trauma tapi orang lain tak habis nak memaksa.

sikap Zharif pada Atiqah memang patut puji walaupun awalnya dia tak tahu mengenai trauma Atiqah dan masalah perkahwinan Atiqah sebelum ni tapi dia perasan something wrong dengan Atiqah dan cuba menyiasat walaupun bukan senang juga Zhariff nak percaya pada mulanya sebab dah lama kenal Afif dan Afif tu memang depan orang pijak semut tak mati.

benda yg paling menyakitkan hati dalam buku ni bukan pasal orang ketiga tapi parent Atiqah terutama sekali emak dia yg terlalu prejudis dan senang sangat nak judge orang sebab Zharif tu selekeh pakai kereta buruk terus kena reject dan Afif yg ada kerja bagus dan nampak kaya tu dia terima kononya boleh bahagia anak dia tapi tak tahu dia tempah neraka untuk anak sendiri. part memaksa anak sendiri ikut cakap dia memang keterlaluan sangat sampai ada satu tahap aku dah maki-maki seriusly ok tak pernah la sebelum ni rasa nak maki mak bapak orang.

maaflah kalau rasa review novel ni macam terlebih emo pula apapun sebuah novel yg menarik dan banyak pengajaran terutama sekali tentang perkahwinan dan sikap ibu bapa yg tak berapa nak paham anak sendiri.

Novel | J & J Jodohku Dan Janji-Nya


Novel : J & J Jodohku Dan Janji-Nya
Penulis : Suzana Sulaima
Helaian : 623
Pnerbit : Idea Kreatif
Terbitan : April 2015


Jodohku dan Janji-Nya mengisahkan Jannah yg sangat berjaya dalam kerjaya dan dia selesa hidup tanpa ada komitmen dengan mana-mana lelaki, bila ada lelaki nak mengayat dia akan lari. aku suka watak Jannah sebab dia sangat strong, sangat berdikari dan dia join satu kelab motor dan dari situ dia berkenalan dengan Jihad.

Jihad yg sangat penyabar dan matang. watak Jihad ni macam perfect sangat cuba cari buruk dia tapi tak nampak pula. bukan senang dia nak tackle Jannah lagi-lagi baru jumpa beberapa kali terus melamar Jannah, mahu tak lari. kadang perangai Jannah agak annoying sebab keras sangat hati tapi nasib la tahap sabar Jihad sangat tinggi dan tak mudah mengalah.

yg best tak ada konflik yg berat, tak ada watak yg semakkan keadaan. jalan cerita dia pun agak islamik.

cuma rasa cerita lepas diorang kahwin macam meleret dan panjang sangat, rasa slow sikit nak habiskan bacaan kat situ.

Novel | Orked Buat Hud


Novel : Orked Buat Hud
Penulis : Sha Ibrahim
Helaian : 486
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Jun 2018


Orked buat Hud mengisahkan tentang Hud yg tidak mementingkan bab agama dan di bulan ramadhan tertangkap tak puasa oleh Orked, sejak hari tu memang Orked agak anti dengan Hud. Hud pula tak suka dengan Orked sebab mulut Orked yg agak laser. awal tu mereka selalu juga bergaduh tapi sampai satu saat tu, Hud tersuka dengan Orked dan mulalah nak pikat Orked.

firstly, aku suka dengan semua character dalam novel ni macam Orked nampak lasak tapi sangat unpredictable. Hud pula walaupun perangai macam hantu bak kata Orked tapi boleh nampak dia cuba belajar untuk berubah ke arah kebaikan. watak lain yg aku suka ialah Izwan, bestfriend Hud yg perangai hantu lebih kurang macam Hud juga tapi selalu support Hud dan banyak juga menceriakan keadaan.

walaupun permulaan cerita ni perangai memasing macam gila-gila sikit tapi novel ni banyak selit nilai islamik so ada few part yg aku rasa nak muhasabah diri sendiri juga. cerita dia  pun memang santai sangat, baca buku ni time mood membaca aku tengah menjunam memang pilihan yg tepat sebabnya tak payah nak pening dengan konflik yg berat.