Review Novel | Akad by Rose Harissa


Novel : Akad
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 324
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Mei 2020

lama juga tak tulis review novel di blog. bukan apa, mood membaca pun ke laut bila nak tulis review tetibaa jadi tak reti. ok tiberrrr. tapi akan aku cuba slow-slow tulis review novel yg dah baca.

buku Akad ni diterbitkan di bawah Idea Kreatif, aku jarang beli buku daripaa penerbit ni tapi  disebabkan penulisnya Rose Harissa plus limited edition pula terus saja order sebab kalau dah sold out mahu menangis nanti. buku Rose Harissa dibawah terbitan Idea Kreatif bertemakan percintaan dan lebih santai. walaupun jalan cerita nampak simple tapi isinya sangat padat.

Akad mengisahkan Ciara Erina gadis yg baru berusia 19 tahun jatuh cinta pandang pertama pada seorang duda bernama Indra Nazarie. jarak usia 20 tahun antara mereka bukan penghalang buat Ciara untuk mengejar cintanya malangnya Indra tidak terbuka hati untuk bercinta mahupun berkahwin lagi.

Ciara ni jenis yg berani dan tekad bila mahukan sesuatu. bila cintanya ditolak, dia gunakan pengaruh bapanya untuk dapatkan Indra. akhirnya, Indra terpaksa juga berkahwin dengan Ciara apabila terjerat dengan taktik kotor Tan Sri Chairil.


selepas kahwin cerita dia jadi comel sikit bila Indra yg jual mahal tapi Ciara pula tak habis-habis menggoda sampai tergugat iman Indra dibuatnya. best baca buku ni sebab watak Indra yg matang dan juga Ciara, walaupun perangai macam budak-budak tapi sebenarnya terselit sisi Ciara yg matang apabila nak handle anak-anak Indra dan juga orang sekeliling Indra.

sebenarnya buku Rose Harissa kali mengejutkan aku bila penulis sangat open dan berani sentuh isu sensitif hubungan suami isteri, jarang nak jumpa topik macam ni dalam novel melayu. sebab tu buku ni lebih sesuai dibaca untuk mereka yg dah berkahwin dan jangan bagi budak bawah umur baca novel ni.

watak paling annoying sudah tentu bekas isteri Indra, Mila. malu gila ada perempuan macam ni dengan rasa bangga dan tanpa segan silu tayang semua benda di sosial media termasuklah cerita dalam kain dan aib suami sendiri. seriusly macam geli giler dengan si Mila ni, padanlah kena cerai tapi sebenarnya ada isu lain kenapa Mila kena cerai dengan Indra.

buku Akad ni memang best, banyak isu dalam rumah tangga yg diketengah secara terbuka dalam buku ini. walaupun nampak nipis sebenarnya padat dengan isi yg menarik.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**


11 comments:

  1. lama jugak dah tak baca novel. ^^

    ReplyDelete
  2. Berani penulis kupas isu macam ini..
    sekarang pun banyak yang ceritakan kisah perkahwinan dan aib pasangan di media sosial tanpa segan silu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak follow sg benda macam ni tapi bila baca dalam novel rasa geli dgn perangai manusia macam ni. macam saja buka aib sendiri nak raih perhatian orang.

      Delete
  3. Macam best je novel ni. Tapi sayangnya saya belum berkahwin lagi . huhuhu. Tapi dari segi review yang ditulis memang sesuai dibaca oleh mereka yg dah berkahwin sebab isu yg diketengah macam terjadi je dekat dunia nyata kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli pun sebab minat penulis dia, tak expert pula kisah dia macam ni tapi menarik juga isu yg dimainkan.

      Delete
  4. perghh nama diorang ek...canggih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama watak dalam novel mana boleh kalah..hahaha

      Delete
  5. wah..mesti comei je. best best!

    ReplyDelete
  6. realiti kan, semua kena hebah kat media sosial :(

    ReplyDelete