Novel | Sesuatu Yang Hilang by Anna Lee


Novel : Sesuatu Yang Hilang
Penulis : Anna Lee
Helaian : 422
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2020

Sesuatu Yang Hilang mengisahkan Mikha Mikhail yg hilang ingatan secara tiba-tiba. dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh hilang ingatan dan semua memori dua bulan yg lepas terpadam. lebih menakutkan dalam tempoh dua bulan tersebut terlalu banyak perubahan mendadak berlaku dalam hidupnya.

stress juga kalau berada dalam situasi Mikha ni. tetiba dapat tahu sudah berkahwin dengan Ibra, tuan punya syarikat tempat dia bekerja, paling mengejutkan bila Mikha tahu dia ada skandal dengan Ben, tunang orang. complicated sangat hidup si Mikha ni.

bila start baca buku ni memang excited sangat nak tahu apa sebenarnya terjadi dalam hidup Mikha ni tapi bila heroin terlalu banyak drama, sedikit sebanyak agak menganggu mood membaca. 

Mikha kononnya nak sembunyikan tentang memorinya yg hilang tapi yg aku tak paham kenapa senang sangat buka cerita dekat skandal daripada suami sendiri. macam mana kalau Ben ni ada niat jahat pendek cakap, kalau Mikha beritahu keadaannya yg sebenar pada orang betul mungkin tak payah nak pening kepala buat teori sendiri sampai hampir separuh buku.


jalan cerita semakin menarik bila Mikha dapat balik memori dia. time ni rasa macam nak kesian kat semua orang sebab masing-masing punya timing tak kena. Ibra jatuh hati pada Mikha tapi keadaan pula menghalang. Mikha minat pada Ibra tapi lelaki itu pula menghilang. Ben yg terlalu tergesa-gesa bertunang kemudian tertarik dengan perwatakan Mikha but still Mikha tak patut melibatkan diri dia dengan tunang orang atau suami orang.

penghujung cerita makin best tapi bila tertiba sampai ending terus rasa macam nak campak je buku ni, tak faham kenapa tergantung begitu. overall, still menarik untuk dibaca dan plot twist unpredictable.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

10 comments:

  1. macam menarik je cerita dia... :D
    singgah sini :D done follow....

    ReplyDelete
  2. oh complicated nya cerita... tak pernah baca buku anna lee lagi, nak try lah nnti

    ReplyDelete
  3. Tak suka cinta bersegi-segi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni bukan pasal cinta sgt, lebih kepada heroin yg mencari balik memori dia yg hilang :)

      Delete
  4. Wah dah baca.. mesti plot twist sangat nie sampai nak campak buku.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Wah awak beli eh set ni.... kita tengok je tak terbeli2 haha. btw dengar kata akan ada sequel dia so kita tunggu yg tu la beli sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..saya beli set ni, semua buku dia best :)
      belilah dulu kalau nak tunggu sequel keluar maybe sampai tahun depan la kot..hehe

      Delete
  6. Saya baru habis SYH... Actually cite ni tak lh tergantung...Ending nya quite nice.. ... ☺
    for me better jgn sambung ๐Ÿ˜„ ending nye dh explain everything..๐Ÿ˜...coz from what i see... baby tu not belong to whom she thought it is ... ๐Ÿ˜ so if SYH ada sambungan... Wau jadi mcm drama lh plk... Unless author anna lee blh lari dr clichรฉ.. Just my 2 cents.. ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak start excited tertiba dah jumpa perkataan tamat. mengejut sangat ending..haha. its okay masing-masing ada pendapat sendiri ✌

      Delete