Review Drama: Cinta Itu Fairy Tale / Checklist Mr Right

Review Drama: Cinta Itu Fairy Tale (WeTV)

Drama : Cinta Itu Fairy Tale
Pengarah : Tam Suhaimi
Saluran : Iflix
Mula Tayangan : 21 Mei 2020
Hari : Rabu & Khamis
Episod : 13
Pelakon : Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Harris Baba,
Amy Mastura, Wafiy, Atiq Azman, Nelissa Nizam, Intan Ladyana

Cinta Itu FairyTale sebuah drama romantik komedi terbaru yg sedang ditayangkan di iflix setiap hari rabu dan khamis dan boleh ditonton secara eksklusif  dan percuma.


drama cinta millenial mengisahkan Nina Suraya seorang instafamous yg aktif membuat review mengenai kecantikan dan makanan. Nina nampak selesa dengan kehidupannya sebagai instafamous walaupun ibunya menyuruh Nina mencari kerja tetap.

Nina sebenarnya menyimpan impian untuk menjadi penulis skrip. nasibnya selalu tidak bertuah apabila skrip yg ditulis Nina selalu ditolak syarikat produksi dengan alasan mereka mahu kisah yg trending dan klise.


Hubungan Nina dan teman lelaki, Zach nampak sangat bahagia. Nina membuat keputusan untuk berpisah dengan Zach apabila mendapat tahu Zack ada hubungan dengan perempuan lain. keesokanya harinya, Nina dikejutkan pula dengan videonya berpisah dengan Zach dan dia menjadi mangsa hentaman netizen.

ikutkan Nina yg jadi mangsa sebab Zach menipunya tapi bila video yg viral tu cuba tayang part Nina mengutuk Zach, netizen buat kesimpulan yg Nina ni perasan bagus sebab tolak lelaki sebaik Zach. Zach pula pura-pura jadi mangsa keadaan dan selalu upload video kononnya tengah frust untuk meraih simpati netizen. kesian Nina kena hentam dengan netizen yg tak tahu kisah sebenar.


kisahnya yg viral secara tak langsung menganggu kerja Nina apabila ada pelanggan yg tidak mahu Nina membuat review produk mereka. Nina membuat keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bharu. kononnya sebagai healing process tapi sepanjang di JB, Nina masih lagi sibuk stalk Zach di instagram dan membaca komen netizen.

Niesa pula yg rimas tengok perangai Nina yg tak boleh move so dia bawa Nina bercuti ke sebuah resort. Niesa suruh Nina buat senarai ciri-ciri lelaki idamannya dan campakkan list tersebut ke dalam laut. bagi Niesa, Nina punya citarasaa terlalu tinggi dan dia mahu Nina fokus dalam penulisan skripnya.


sewaktu Nina melayan perasaan di tepi pantai, ada seorang lelaki yg menghampirinya. Niesa pula yg tengok dari jauh jadi panik terus pukul kepala lelaki tersebut hingga pengsan. dengan keadaan yg kalut, mereka membawa lelaki yg pengsan pulang ke kafe milik Niesa. sedar sahaja lelaki ni hilang ingatan pula.

pada mulanya Nina nak report pada polis tapi masalah lelaki ni bertutur dalam bahasa Indonesia, mereka risau kalau lelaki ni pendatang tanpa izin. oleh kerana tiada hala tuju, Niesa menyuruh lelaki tersebut bekerja di kafenya dan mereka memanggilnya Adam.


time aku tengok, drama ni baru masuk episode 4 di iflix so aku pun tak tahu nak expect apa sangat. permulaan drama ni ok tapi bila hero ingatan rasa macam lame pula.

just nak komen, kebanyakkan watak lelaki dalam drama ni agak annoying macam watak Adli lakonan Atiq Azman yg tetiba emo nak caras job Nina dan juga watak Imran (pekerja Niesa) yg tak habis nak membuli Adam, perangai masing-masing mengalahkan perempuan. tapi paling suka dengan watak Amy Mastura yg jadi ibu Nina selalu bagi moral support pada Nina yg tengah down dengan komen netizen.

harapnya progress drama ni makin menarik untuk episod seterusnya dan semoga Nina berjaya mengejar impiannya untuk menjadi penulis skrip daripada melayan sendu dengan perangai lelaki macam Zach dan komen netizen yg tak ada faedah.

3 comments:

  1. macam best drama ni, nak tengok jugak la nanti. jalan cerita dia pun lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. jrg buka iflix skrg. drama melayu jrg nonton kecuali Korban Kasih di TV1 masa Ramadhan lps.

    ReplyDelete
  3. Tak terkejar pula nak tengok drama.. hehehe.. asyik dok layan filem je..

    ReplyDelete