Novel | Butterfly by Anna Lee



Novel : Butterfly
Penulis : Anna Lee
Helaian : 451
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mac 2019

Permulaan cerita dah rasa saspen ingatkan heroinnya dah jadi roh macam buku Nadi. Butterfly mengisahkan Laikha yg terselamat daripada kebakaran rumahnya dan ibu bapanya menyangka Laikha telah meninggal dunia apabila terdapat mayat di dalam rumah mereka. 

Laikha pula memilih untuk melarikan dan mula mempersoalkan kasih sayang ibu bapanya setelah melihat sendiri penerimaan mereka ke atas 'kematiannya'. nasib baik Laikha bertembung dengan Andi pada malam tersebut lalu memilih menyembunyikan diri di rumah keluarga Andi dan menyiasat rahsia keluarganya.

dari pemulaan cerita dah penuh persoalan tentang identiti sebenar mayat tersebut, siapakah Laikha sebenarnya dan apa rahsia keluarga mereka?


bila baca buku ni aku kurang suka dengan watak Laikha mungkin aku tak boleh faham dengan pemikiran dia. watak utama sepatutnya nampak lebih kuat dan independent tapi apa yg Laikha buat cuma bersembunyi, sambungkan puzzle yg ada dan bergantung sepenuh kepada Andi dan ibunya untuk menyiasat. kalau Andi tak pujuk Laikha untuk berhadapan dengan masalah mungkin selamanya Laikha hidup sabagai 'pelarian'.

pengajaran yg boleh diambil oleh buku ini ialah jangan menilai seseorang dengan personaliti luaran. nampak lelaki jenis yg ambil yg ambil berat dan mulut manis terus setuju nak kahwin. nampak lelaki jenis penyayang terus cop baik. mana tahu di sebalik wajah baik itu sebenarnya seorang psiko.

Kerana dirimu begitu berharga. Jadi, hargai mereka yg menghargai kita. 
- Anna Lee -

jalan cerita Butterfly penuh persoalan, kisah misterinya lebih menarik perhatian aku daripada babk sweet Laikha dan Andi. ada masa kita rasa boleh teka bila dibawa flashback kembali kehidupan Laikha sebelum tragedi tersebut kemudian baru tersedar yg tekaan aku terbabas, pandai penulis twist kan cerita dia.👍 


persoalan yg ditinggal penulis di bahagian penamat.

ok kat sini aku ada mixed feeling sebab rahsia besar yg nak kena simpan itu melibatkan orang yg penting dalam hidup kau. secara realiti, aku tak setuju dengan Laikha sebab kesalahan yg dibuat itu satu jenayah besar, bukan sekali tapi dua kali walaupun tanpa sengaja bagaimana kalau sejarah berulang kembali.

bila Laikha memilih untuk sembunyikan rahsia ini dan ibunnya memilih untuk berdiam diri seolah menjadi mangsa keadaan, ada psychology issues di sini. aku kesian kepada orang yg banyak membantu dan percaya kepada mereka.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

1 comment:

  1. Wah.. menatik.. boleh baca nie pula lepas nie..
    Ohsem review Tiara..

    ReplyDelete