Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Novel : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 620
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2015

Seseorang Untuk Aku mengisahkan Lailatul yang sanggup berkorban demi menyara adiknya, Liza selepas orang tua mereka meninggal dunia. Hidup Lailatul memang dugaan, selepas adiknya berkahwin dengan Zarul, Laila pula ditangkap basah dengan Qadr.

Demi menjaga maruah Laila, Qadr mengajak Laila berkahwin padahal waktu tu Qadr dah terjatuh hati dengan perwatakan Laila. selepas berkahwin, hidupnya sekali lagi diuji apabila Qadr yang berkerja jauh demi tugas pada negara dan ada konflik dengan ibu mertua.

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

kemain hybe novel ni gara-gara hari merdeka aritu sebab hero dia berkerja dalam air force tapi jalan cerita dia bukan pasal tentera pun, tapi memang aku admit Qadr punya aura ni sangat kuat, rasanya ini hero Rehan Makhtar yang aku paling suka dan cair habis..haha

watak Qadr bukan perfect sangat sebab di awal cerita nampak dia agak playful dan tak sedia nak komited dalam relationship dengan busy kerja lagi tapi lepas berkahwin dengan Lailatul, boleh nampak dia sangat matang nak selesaikan masalah rumah tangganya dan suka juga cara dia handle masalah antara Lai dan emaknya.

Lailatul pula sangat tabah dengan ujian yang datang dalam hidupnya cuma tak best bila dia tak nak open cerita masalah dia pada Qadr. part ni agak dragging, kesian dengan Qadr sebab terpaksa bersabar melayan kerenah isterinya. so overall, cair dengan abang Qadr..haha

Sinopsis Novel Ash dan Aish Karya Maya Adira


Novel Ash dan Aish karya Maya Adira diadaptasi ke drama bersiri Ash dan Aish menampilkan Meerqeen dan Siti Khadijah Halim sebagai teraju utama yang akan ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

Info Novel Ash dan Aish

  • Penulis Maya Adira
  • Penerbit : Kaseh Aries
  • Terbitan : March 2020
  • Helaian : 556

Sinopsis Novel Ash dan Aish

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

“Kenapa awak boleh nampak saya?” ~ Ashrafi

“Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.” ~ Aisha

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

“I saw your worst but I still stay.”


Sinopsis Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul


Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul diadaptasi ke drama bersiri Risik Pada Hati menampilkan gandingan Alif Satar, Umi Nazeera dan Zara Zya, bakal disiarkan di slot Akasia TV3 menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora.


Info Novel Risik Pada Hati

  • Penulis : Hanni Ramsul
  • Penerbit : Teratak Kasih
  • Terbitan : 2019
  • Helaian : 552

Sinopsis Novel Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam

"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa

"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya

Namun, benrakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?



Sinopsis Novel Tarik Daku Ke Syurga (Tarik Aku Ke Syurga) karya Haitun Kamarazaman


Novel Tarik Daku Ke Syurga diadaptasi ke drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam yang akan ditayangkan di slot Samarinda  TV3 pada jun 2022.


Info Novel Tarik Daku Ke Syurga

  • Penulis : Haitun Kamarazaman
  • Helaian : 482
  • Penerbit : Metromedia Solutions
  • Terbitan : Januari 2020

Sinopsis Novel Tarik Daku Ke Syurga

Disebabkan suatu rahsia tentang dirinya terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya.” – HAJAH RAUDAH

Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita.

Setelah bernikah, Zara tak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tak normal…” - ZARA

Namun hubungan mereka menjadi semakin sukar apabila Ricky yang berdendam, tidak mahu melepaskan Zamri.

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.” - RICKY

Apakah kesudahan cerita mereka? Terlunaskah segala dendam? Atau adakah kesakitan yang dibawa sehingga ke hujung nyawa?

Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan Karya Rehan Makhtar


Hati Yang Kau Pinjamkan merupakan buku terbaru dari penulis Rehan Makhtar yang diterbitkan oleh Karya Seni sempena PBAKL 2022. sis pula tunggu keluar kat shopee sebab tak berpeluang nak pergi sebab jauh. selalunya guna khidmat personal shopper tapi pesta buku tahun ni malas nak shopping. so siapa yang pergi PBAKL bolehlah singgah beli..


Info Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

  • Penulis : Rehan Makhtar
  • Penerbit : Karya Seni
  • Terbitan : Julai 2022
  • Harga : RM33(SM), RM43(SS)


Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

Kata ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.

“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh

“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kisah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah

Khalifh telah meminta untuk wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali buka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.

Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap di antara cinta dan budi.

Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.

“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah

“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh

Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?

Baca juga: Review Novel Hati Yang Kau Pinjamkan by Rehan Makhtar

Sinopsis Novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari


Novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari diterbitkan pada 2011 telah diadaptasi ke drama bersiri, Bisik-Bisik Gelora menampilkan gandingan Raysha Rizrose dan Redza Rosli yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Sinopsis Novel Bisik-Bisik Gelora


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Baca juga :

Sinopsis Novel My Rude Wife (Melur Untuk Firdaus) karya CikNorCinta


Tajuk : My Rude Wife
Penulis : CikNorCinta
Penerbit : Suara Hati
Terbitan : September 2019

Novel My Rude Wife karya CikNorChinta telah diadaptasi kepada drama bersiri bertajuk Melur Untuk Firdaus yang kini menjadi trending yang menampilkan gandingan serasi, Anna Jobling sebagai Melur dan Merqeen sebagai Firdaus.

Sinopsis Novel My Rude Wife

RUDE? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi… SELAMBA.

Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba… itu bukan klise lagi!

Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.

Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.

“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus

“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur

“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee

“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur

Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?

“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris

Dan… mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

Sinopsis Filem Roh 100 Hari di Astro First


Filem : Roh 100 Hari
Produksi : Wynwyn Event Sdn Bhd
Pengarah : Amy Jepun
Siaran : Astro First
Tayangan : Jun 2022
Pelakon : Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Nur Risteena Munim, Fify Azmi, Ruhainies, Nina KSC, Vicha Barbie, Azrul Zaidi, Sindu, Yuichiro Kinjo, Solo Ambush

Sinopsis Filem Roh 100 Hari

Roh 100 Hari mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan yang menghadapi pelbagai gangguan mistik sehingga terungkai rahsia tersirat selepas 100 hari. Apakah misteri itu?