Showing posts with label Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Telemovie. Show all posts

Review Telefilem: 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)


Telefilem : 44 Hari Bangkitnya Pocong
Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd
Pengarah : Azmir Affandi
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 30 Januari 2021
Pelakon : Elly Suriati, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Raja Shahiran


Aizat yg bekerja di Singapura segera pulang ke kampung selepas menerima berita kematiannya ibunya, Maimun (Elly Suriati). terkejut Aizat apabila tiba di rumah, orang kampung semua melarikan diri kerana jenazah Maimun bangun selepas dilangkah kucing hitam.

selepas selesai urusan pengebumian, Aizat pelik bila tiada saudara mara yg datang membantu kecuali Mak Ngah. kemudian baru Aizat tahu yg saudara mara mereka banyak terasa hati dengan ibunya kerana tanah pusaka.

Aizat berhasrat untuk tinggal lebih lama di kampung sehingga selesai majlis tahlil setelah bapanya, Kamal (Riezman Khuzaimi) masih lagi bersedih dan larut dalam dunianya.


bukan setakat hal keluarga sahaja tapi Aizat juga ada dengar cerita tak elok pasal mak dia dengan orang kampung. ramai tak suka arwah Maimon yg suka berhutang dan cari gaduh kononnya orang nak mengorat suami dia.

Aizat tak percaya sangat dengan cerita yg dia dengar tapi dia minta mereka berhenti mengumpat arwah ibunya dan akan melangsaikan segala hutang yg ada.

mood cerita ni memang seram tapi terhibur pula bila sampai scene akak yg pakai spek ni dan geng membawang dia.


sejak hari pertama malam tahlil arwah Maimun, orang kampung mula diganggu dengan ketukan misteri dan kelibat pocong. tak senang duduk orang dibuatnya.

Aizat meminta bantuan Rahim yg mempunyai kebolehan untuk mengubat bapanya yg dah termakan benda kotor dan cuba menyelesaikan masalah pocong yg berleluasa. bermula dari situ, satu persatu keburukan arwah Maimon mula terungkai. 

susah juga Aizat nak percaya yg ibunya melakukan perbuatan syirik yg akhirnya memakan diri sendiri.


drama melayu dan nasi k*ngk*ng berpisah tiada, tak faham kenapa Maimun nak buat benda tu kat suami sendiri lainlah kalau suami tu jahat. tak tahulah motif sebenar dan apa yg dikejarkan Maimun. walaupun ada flashback semua itu lebih menjawab kenapa Maimun bangkit menjadi pocong.

pengajarannya jauhilah perkara syirik dan segeralah bertaubat sebelum terlambat.

Review Telefilem: Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Review Telefilem: Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Telefilem : Please Subscribe Cintaku
Produksi : Jazzy Pictures
Pengarah : Mark Lee
Tayangan : 21 November 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Erry Putra, 
Alvin Wong, Fazreen Fazera, Fiza Thomas, Sherry AlJeffri

Please Subscribe Cintaku

Please Subscribe Cintaku mengisahkan seorang instafamous bernama Hannah (Jasmine Suraya) yg cuba membuat content yg lebih extreme selepas dikutuk cuma tahu guna muka cantik untuk meraih populariti.

Hannah dan kawan baiknya Alia membuat live streaming di sebuah rumah terbiar dipercayai pernah ada kes bunuh diri disitu. tapi apa yg Hannah dapat rakam bukannya hantu sebaliknya satu kes bunuh dan Hannah secara tak sengaja terakam muka pembunuh, Tony (Alvin Wong) di ig story miliknya.

Please Subscribe Cintaku

kes ni jadi viral dan ramai nak tahu kesahihan cerita tersebut. Inspektor Fazli (Erry Putra) yg menyiasat kes tersebut bertindak melindungi keselamatan Hannah dengan menyuruh sepupunya Fendi membawa Hannah pulang ke kampung mereka.

Hannah selamat sampai ke kampung Fendi dan disambut baik oleh Tok Wan. keselamatan Hannah juga turut dikawal rapi oleh anggota polis yg bertugas.

walaupun begitu, nyawa Hannah terancam apabila Tony dan anak buah berjaya menjejaki Hannah selepas Hannah secara tak sengaja telah mendedahkan lokasinya.

Please Subscribe Cintaku

jalan ceritanya telemovie ni agak menarik juga tapi ada watak yg menganggu mood aku. macam Fendi yg tak habis nak bitter dan salahkan Hannah setiap masa. seriuslah kalau tak ikhlas nak tolong kenapa tak tolak saja dari awal. 

memang si Hannah yg sengaja cari penyakit tapi dia tak minta pun semua tu terjadi. watak Tok Wan yg kekal positif dalam cerita ni walaupun cucu-cucunya dalam bahaya tapi tak pernah  nak salahkan Hannah sebab Tok Wan tahu semua tu ketentuan takdir.

watak penjahat dalam cerita ni boleh tahan bodoh juga kalau genrenya komedi maybe boleh diterima. tapi aku tak rasa genre dia komedi so bila watak penjahat cuba nak jadi kelakar, dah tak rasa benda tu lawak tapi nampak bodoh.

Review Telefilem: Ghairah (Astro Citra)

Ghairah

Telefilem : Ghairah
Produksi : Dear Creative Sdn Bhd
Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Tayangan : 8 Februari 2020
Pelakon : Hisham Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir

Ghairah

Ghairah diadaptasi daripada novel karya Zura Anwar mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yg hilang ingatan selepas terlibat dalam satu kemalangan dan langsung tak dapat ingat kehidupan masa lalunya termasuk isterinya, Ara (Sara Ali).

Ara membawa Dani pulang ke rumah mereka selepas discharge dan mulai saat itu Dani seperti terpisah dari dunia luar. keretanya tiada, telefon pun hilang malah telefon rumah pun kena potong. alasan Ara mahu Dani berehat secukupnya untuk memulihkan kembali ingatannya.

Ghairah

sejak hari pertama kembali ke rumah tersebut, Dani curious dengan bangsal yg terletak di tepi rumah. kata Ara, bangsal tersebut adalah stor menyimpan barang dan Dani sendiri tak pernah ke sana kerana mempunyai alahan.
 
Dani makin hari makin curiga dengan isterinya. ada sekali Dani cuba periksa bangsal tersebut malangnya berkunci. yg pelik bila Dani terjaga tengah malam, Ara tiada sebelahnya. ada sekali tu Dani ternampak Ara mencangkul kat tepi bangsal tengah malam buta, mahu tak cuak kawan dengan isteri sendiri. siapa sebenarnya Ara ni?

Telefilem | Ghairah (2020)

Ara sebenarnya wartawan jenayah yg hebat tapi macam pelik juga bila dia dengan yakinnya kemalangan yg berlaku pada suaminya tiada unsur jenayah sebab jarak tempat Dani ditemui dengan keretanya agak jauh.

dari awal lagi penulis tunjukkan yg Ara ni langsung tak boleh dipercayai bila dia kurung Dani dan pisahkan Dani dari dunia luar. banyak benda yg mencurigakan tentang Ara tapi persoalannya betul ke Ara ni psiko?

tak tahulah kenapa bila tengok Sara Ali kalau bawa watak kasar atau tomboi memang best tapi bila kena pegang watak suami isteri macam ni nampak bosan. chemistry tu pun tak rasa ntah la maybe aku je kot yg hati batu.

Telefilem | Ghairah (2020)

Hafiz juga wartawan jenayah yg juga rakan sekerja Ara. Hafiz sebenarnya tengah siasat kes wanita hilang dan cuba temubual Dani tentang kemalangan tersebut tapi Ara menghalang. apa yg Hafiz buat menimbulkan tanda tanya juga sebab kita pun nak tahu apa kaitan kes orang hilang tu dengan kemalangan Dani.

skrip telemovie nampak bosan sikit dan paling ketara skrip Hafiz yg terlalu lemah. cara dia approach polis untuk korek maklumat kes Dani macam tengah soal member. langsung tak nampak kredibiliti sebagai wartawan. kadang tu rasa watak Hafiz ni lebih kepada menyibuk daripada menyiasat.

Telefilem | Ghairah (2020)

first time bila tengok tajuk Ghairah dan poster dia dok kerja fikir siapa yg menggoda siapa yg tergoda rupanya telemovie ni pasal kisah psiko thriller. terus nampak poster tu tak kena dengan jalan cerita.

jalan cerita sangat menarik sebab dari awal memang tak boleh teka dan nak dijangka, bila tahu penjahat sebenar terus rasa seram pula. 

kesimpulannya, yg nampak jahat tu tak semestinya jahat dan yg nampak baik tu tak semestinya baik.  kalau sayang atau cinta tu biar berpada-pada jangan terlalu obsess sampai buta hati dan cuba melindungi kejahatan.

Review Telefilem: Sihir Pemisah (2021)

Review Telefilem: Sihir Pemisah (2021)

Telemovie : Sihir Pemisah
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 9 Januari 2021
Pelakon : Beto Kusyairi, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas

Telefilem | Sihir Pemisah (2021)

Telefilem Sihir Pemisah mengisahkan Aryani (Fasha Sadha) dan Mursyid (Beto Kusyairi) yg baru sahaja berkahwin dan bahagia melayari fasa bulan madu perkahwinan mereka. 

Aryani suka berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial dan secara tak langsung mengundang rasa cemburu kepada yg melihat.

Aryani dan Musyid tak sedar ada orang yg telah menghantar sihir pemisah untuk meruntuhkan kebahagian rumah tangga yg baru dibina.

Telefilem | Sihir Pemisah (2021)

alasan utama tengok cerita Sihir Pemisah ni sebab ada Beto dan Fasha, memang tak dinafikan lakonan mereka berdua macam biasa sangat mantap. tapi dari segi kualiti dan jalan cerita tu seriusly mengecewakan. 

mood telefilem ni sepatutnya seram tapi bila tengok jin dan tok bomoh dia, aku boleh gelak-gelak je. jin tu berdiri dari jauh macam nampak ultraman taiga pula. tok bomoh aku tak boleh nak feel, cara dia baca mantera tu nampak kelakar.

jalan cerita tu, ok la penulis cuba kelirukan penonton dengan watak Raffi yg terlalu obsess kepada Aryani yg mungkin menjadi orang yg hantar sihir. tapi sis tak keliru pun sebab dari awal dah boleh teka siapa yg jahat..hahaha. sori, plot twist gagal!

Telefilem | Cinta Elevator (2018)

Cinta Elevator

Telefilem : Cinta Elevator
Produksi : Celebrate TV Sdn Bhd
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Tayangan : 24 November 2018
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, 
Marsha Milan, Mustaqim Mohamed, Hefny Sahad, Dian P Ramlee

Cinta Elevator

Cinta Elevator mengisahkan Adam (Beto Kusyairy) dan Evana (Jasmine Suraya) bergaduh gara-gara berebut parking kereta. Adam dan Evana bekerja di bangunan yg sama berbeza tingkat jadi mereka sering sahaja terjumpa di dalam lif dan bertikam lidah.

suatu hari, Adam dan Evana terperangkap di dalam lif, dari situ mereka boleh bersembang baik dan buat keputusan untuk terus berkawan.

Cinta Elevator

Adam sebenarnya tak percaya pada perempuan selepas ibunya tinggalkan Adam dan ayahnya. Adam mewarisi bakat seni daripada ayahnya tapi memilih untuk menjadi graphic designer.

Evana pula tak pernah serius dalam bercinta dan selalu try & error dalam memilih pasangan. satu perangai Evana dia suka letak nama semua bekas teman lelaki pada setiap pokoknya.

walaupun banyak perbezaan, Adam dan Evana saling belajar dan memahami dunia masing-masing. dari situ wujud keserasian antara mereka.

Cinta Elevator

Evana mahu membawa Adam berjumpa keluarga tapi mak Evana nak jodohkan Evana dengan Piere (Hefny Sahad) yg setaraf keluarga mereka. bagi mak Evana, Adam tak mempunyai masa depan yg cerah nak dibandingkan Piere yg mempunyai syarikat sendiri. apa pula pilihan Evana?

jalan cerita yg simple sahaja tentang kisah cinta dua insan yg bermula di elevator. yg penting gandingan Beto dan Jasmine sangat serasi.

Telefilem | Kak Kek Baru Nak Up (2020)

Kak Kek Baru Nak Up

Telefilem : Kak Kek Baru Nak Up
Produksi : U2 Media Sdn Bhd
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Azreen Said
Tayangan : 27 Disember 2020
Siaran : Astro Ria
Pelakon : Catriona Ross, Mark Adam, Yusuf Bahrin

Kak Kek Baru Nak Up

Kak Kek Baru Nak Up mengisahkan Kathy (Catriona Ross) yg diberhentikan kerja selepas PKP. Kathy malu juga nak bertanyakan kawan-kawannya tentang kerja kosong lalu mengambil upah melipat kotak makanan. 

Danny (Mark Adam) yg tahu Kathy dalam kesusahan menyuruh Kathy pulang ke kampung kerana Danny mampu menyara hidup mereka berdua dengan kerja yg dia lakuka sekarang.

Danny dan Kathy ni sebenarnya kembar yg berasal dari Kelatan. memula macam pelik juga bila aku tahu mereka ni kembar, iyelah boleh ke Mark Adam nak kecek kelate tu  tapi Danny cakap dia dah lama merantau bila balik Kelantan dah tak reti nak cakap Kelantan. 

masalahnya Kathy kecek kelate pun dia tak faham. adoi layan je lah perangai Mark Adam jadi orang kelantan celup dalam telemovie ni..haha

Kak Kek Baru Nak Up

Danny pun menerima nasib sama diberhentikan kerja kerana PKP tapi dia tak putus asa disitu dengan menjadi chef di rumah dan menjual makanan dari rumah. Danny juga ada membuat food review di instagram miliknya.

Danny mengajak Kathy membuat kerja review manalah tahu ada rezeki di situ. sebagai permulaan Danny menyuruh Kathy membuat tutorial tudung sementara mengumpul follower. tak sangka ramai yg suka melihat gelagat Kathy yg tak perasaan dirinya dirakam ketika bersembang dengan Danny dengan tudung yg senget.

sejak itu Kathy menggunakan nama Kak Kek dengan imej bertudung senget dan membuat food review dengan menggunakan loghat kelantan. semakin hari makin bertambah peminat Kak Kek kerana suka dengan review jujurnya dan imej yg unik.

Kak Kek Baru Nak Up

Imran bekas juruterbang yg menjadi runner selepas diberhentikan kerja. Imran berkawan baik dengan Danny dan terkejut bila dapat tahu Danny ada kembar. Imran jatuh hati pada Kathy walaupun ada jarak umur antara mereka dan Kathy sangat garang dengannya.

atas permintaan Danny, Imran membantu Kathy dengan kerja review mereka dan juga sangat rajin mempromosi Kak Kek dan juga mencari pelanggan baru.

Kak Kek Baru Nak Up

pernah tengok Catriona berlakon citer komedi waktu dia tengah hot jadi heroin dulu tapi sekarang dah terbiasa tengok dia berlakon watak mak-mak. ok je lakonan Catriona sebagai Kak Kek tapi kalau tak ada Mark Adam memang krik krik la telefilem ni.

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Telefilem : Angkara Dendam
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Tayangan : 2 Januari 2021
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Amerul Affendi, Elizad Sharifuddin, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor

Angkara Dendam

Angkara Dendam mengisahkan Din yg mahu membalas dendam pada keluarganya sendiri selepas mereka membuangnya jauh selama 20 tahun.

Din dan Izz adalah kembar seiras yg mempunyai perangai jauh berbeza. Din sering sahaja dipukul dan dimarahi oleh babanya, Dato Borhan kerana dikatakan berperangai pelik. kerana percaya perkara tahyul oleh seorang bomoh, Borhan bertindak membuang Din dengan menyuruh orang suruhannya Lesti menghapuskan Din.

Din tidak dibunuh tetapi didera mental dan fizikal oleh Lesti selama 20 tahun tersebut dan dipaksa membuat kerja berat dan dilayan seperti kucing kurap demi sesuap nasi.

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Din semakin taksub dengan dendamnya lagi-lagi apabila melihat Izz gembira dengan kehidupannya. Din bertindak menculik Izz lalu menggantikan tempat Izz untuk masuk dalam keluarganya demi membalas dendam pada orang yg telah menyebabkan hidupnya terseksa.

moral of story, bila diri dah terlalu dikuasai dendam, memang dah tak nampak mana yg betul atau salah. tapi asbab kepada perkara ni sebenarnya dari Borhan sendiri yg terlalu percaya perkara tahyul dan khurafat sampai sanggup buang anak sendiri.

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Telefilem : Koboi & Vampire
Produksi : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Tayangan : 26 November 2020
Siaran : Astro Boo
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha,  Didie Alias, Imuda, D'Boy Hamdan, Melissa Saila

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Koboi & Vampire mengisahkan Masmona (Siti Saleha)  yg menjadi  kegilaan lelaki negeri koboi Rimpon Rippol tapi Masmona jatuh hati pada Budiboy (Khir Rahman) seorang penyanyi yg baik hati tapi lurus bendul.

Maskona (Didie Alias) terpaksa bersetuju dengan pilihan cucunya walaupun dia tak berkenan sangat dengan perangai lurus bendul Budiboy tu. Maskona telah menyiapkan persiapan perkahwinan Masmona dalam masa terdekat. dah tentulah Budiboy gembira menjadi lelaki pilihan Masmona.

ramailah lelaki yg kecewa bila dapat tahu Masmona bakal berkahwin dengan Budiboy. ada juga yg tak puas hati macam Sunny Boy (D'Boy Hamdan) membuat cerita buruk mengenai Masmona dengan harapan Budiboy akan terpengaruh.

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

tak habis dengan itu, Jessy Man (Imuda) pun ada hati pada Masmona dan tak puas bila anaknya yg dipilih. Jessy Man pura-pura sakit supaya Budiboy jatuh kesian lalu mengikut arahannya pergi meminang Masmona bagi pihak Jessy Man.

disebabkan perangai lelaki makin tak terkawal Maskona membuat keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan Masmona. tapi tak banyak membantu bila fitnah terhadap Masmona makin tak terkawal.

bak kata Maskona, Budiboy punya bongok ni bertingkat-tingkat. Budiboy mula percaya dengan cerita Sunny Boy dan Jessy Man yg kononnya Masmona dan Maskona tu keturunan vampire dan tahi lalat yg ada di muka mereka itu adalah pakunya.

Koboi & Vampire

Masmona bosan bila Budiboy kerap kali bertanya mengenai tahi lalat di muka lalu merelakan diri menyuruh Budiboy mencabutnya. namun siapa sangka tindakan tersebut telah menyebabkan Masmona dan Maskona mati.

Budiboy sedar dengan kekhilafan diri yg terpedaya dengan fitnah orang dan hiduplah dalam duka mengenangkan isterinya yg telah tiada.

Maskona yg tidak puas hati dengan kematian mereka berdua bertukar menjadi vampire lalu menghantui manusia yg telah menyebarkan fitnah. Masmona pula setia menemani suaminya walaupun Budiboy tidak lagi dapat melihat dirinya.

Koboi & Vampire

konsep telemovie Koboi & Vampire ni agak menarik juga berlatarkan suasana koboi walaupun rumah masing-masing rumah melayu. Khir Rahman macam biasa sangat kelakar bawa watak Budiboy dan ada beberapa watak lain juga yg kelakar. tapi kelemahan telefilem ni memang nampak pada jalan ceritanya.

tertanya juga adakah tahi lalat Maskona dan Masmona tu sumpahan sebab tak faham kenapa Maskona boleh mati sekali dengan Masmona. kaum lelaki yg kena kacau dengan Maskona pun habis muka penuh dengan tahi lalat, adakah itu satu sumpahan juga?

watak Melissa Saila langsung tak ada function dalam cite ni tapi sibuk nak highlight juga. senang sangat kerja sherif asyik menembak orang sahaja  tapi awat bila Sunny Boy sakan buat fitnah tak pula ditembak. kalau setakat buat watak untuk melawat kawasan baik bagi extra je pegang watak tu.

setahu akulah Astro Boo ni channel citer seram tapi tak tahu kenapa telemovie ni tayang kat situ sebab tang mana yg seram pun tak tahu.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Telefilem : Mohon Hantuan
Produksi : Dream At Work
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penulis Skrip : Shaza Taib
Tayangan : 19 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Saharul Ridzwan, Riena Diena, Azar Azmi, 
Jay Iswazir, Tajuddin Bakar, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Zalif Sidek

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Mohon Hantuan mengisahkan penulis novel Akim (Saharul Ridzwan) yg mahu membuktikan kepada ayahnya yg dia mampu berjaya dalam bidang ini. Akim menyewa sebuah bilik di sebuah resort selama 3 bulan untuk memberi tumpuan penuh menyiapkan manuskrip novelnya. 

baru semalam duduk di bilik tersebut, teruk Akim kena kacau dengan penghuni ghaib di situ. Akim sendiri tertanya bagaimana dia boleh melihat hantu secara tiba-tiba.

Akim cuba abaikan gangguan daripada hantu bernama Suraya (Azar Azmi) tapi makin lama makin annoying pula. rupa-rupanya hantu ni cuba meminta bantuan daripada Akim sebagai balasan Suraya akan bagi story baik punya untuk novel Akim.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Lela (Riena Diena) yg bekerja di bahagian house keeping di resort tersebut risau juga dengan Akim yg menghuni bilik tersebut sebab dia selalu kena kacau dengan teruk tiap kali membersihkan bilik tersebut. masalahnya tak ada siapa pun percaya cakap Riena yg bilik tersebut berhantu.

Lela lega bila Akim baik-baik sahaja dan mengejutkan bila tahu yg Akim berkawan baik dengan hantu-hantu tu semua. Lela selesa berkawan dengan Akim dan bawa Akim ke tempat yg boleh memberi ilham untuk menulis.

Akim bengang bila dapat tahu ada orang viralkan video dia bercakap seorang diri macam orang giler rupanya ada yg tak puas hati melihat dia berada di situ. Akim menyuruh Suraya mengacau orang yg telah viralkan video dia.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

bila tengok trailer Mohon Hantuan ni teringat filem Indonesia bertajuk Ghost Writer tapi nasib baik bukan Suraya yg menulis tapi cuma bagi ilham pada Akim untuk menulis dengan usahanya sendiri.

Mohon Hantuan genrenya lebih kepada komedi. hantu dia pun cantik rupa manusia takde solekan khas pun so tak payah nak feeling seram atau meremang sangat. telefilem yg santai dan sesuai untuk hiburan keluarga.

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Telefilem : Bercinta Dengan Jin
Produksi : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Tayangan : 26 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Shahiran

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Bercinta Dengan Jin mengisahkan Maya (Uyaina Arshad) penulis skrip filem yg mendapat kerja untuk menemu bual Haji Zamani. Maya teruja menerima tawaran tersebut kerana kebetulan arwah nenek juga berasal dari sana.

Maya mempunyai kelebihan boleh melihat jin dan makhluk halus sejak kecil lagi sampaikan Maya tak dapat nak bezakan antara manusia dan makhluk lain. hal ini selalu membuatkan Maya takut.

Izwan (Raja Shahiran) selaku tunang selalu menasihatkan Maya supaya jangan menghiraukan sangat benda tersebut menyebabkan Maya merasakan Izwan memperlekehkan kelebihan tersebut.

Hari pertama menjejakkan kaki ke kampung tersebut, Maya berkenalan dengan Cikgu Haikal (Yusuf Bahrin). Hubungan mereka semakin rapat selepas Haikal menolong Maya dalam satu insiden. Maya perasan yg penduduk kampung macam tidak senang melihat keakrabannya dengan Haikal.

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

semakin lama Maya mula jatuh cinta dengan Haikal kerana merasakan Haikal lebih memahami dirinya dan percaya dengan kelebihannya yg boleh melihat benda ghaib. Izwan pula merasakan Maya semakin pelik setiap kali dia menelefon. Izwan membuat keputusan untuk pergi ke kampung tersebut untuk menyelamatkan Maya.

Persoalannya siapa Haikal sebenarnya? nak tahu jawapan kena tengoklah sampai ke habis.

satu je aku tertanya, Maya ni memang tak perasaan ke Haikal asyik pakai baju yg sama sahaja setiap hari setiap masa. kenapa Maya tak pernah terfikir nak tanya pasal diri Haikal, kat mana dia tinggal. bercinta punya pasal sampai orang kampung nak tanya khabar pun kena marah. 

sepatutnya Maya fikir juga apa yg dia nak buat dengan kelebihan yg dia supaya masalah macam  ni tak berlaku lagi. takkan setiap masa nak harapkan Izwan jadi hero penyelamat. dahlaa benda tu pun mengikut balik..

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Telefilem : Rahsia Malam Jumaat
Produksi : Orange Tree Production
Pengarah : Kyoll Hamzah
Tayangan : 10 Oktober 2020
Slot : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zilla Bakarin,  Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Rahsia Malam Jumaat mengisahkan dua beradik bernama Hana (Janna Nick) dan Nani (Elfira Loy) yg bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan adik mereka. ketika itu, heboh tentang isu pembunuhan bersiri di kampung mereka.

pada satu malam, Hana dan Nani berpakat pergi konsert road tour dan dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan orang tua yg jatuh dalam lubang. mereka cuba membantu tapi masing-masing dah gelabah terus lari sebab menyangka terjumpa mayat bila tengok pacik tu tak bergerak.

Hana dan Nani tidak memberitahu peristiwa tersebut kepada sesiapa dan terus pulang ke Kuala Lumpur. sejak itu mereka diganggu dengan lembaga lelaki berbaju putih.

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Hana dan Nani tidak tahan bila asyik diganggu lembaga tersebut so mereka cuba menyiasat kalau ada kes orang hilang di kampung mereka. Hana dan Nani dapat tahu yg pacik Nadim baru berpindah ke kampung mereka tapi tiba-tiba sahaja hilang. mereka syak pacik Nadim tu orang yg mereka jumpa tempoh hari.

bila pergi ke rumah pacik Nadim terus masing-masing terpikat pada anak pacik Nadim iaitu Muaz (Azlee Khairi). niat awal nak menyiasat tapi terus terpesong bila Hana dan Nani bersaing nak try mengorat Muaz. pada masa yg sama mereka tertanya juga apa terjadi pada malam jumaat tersebut.

bila tengok promo kat tv ingatkan cerekama seram tapi sebenarnya cerita komedi. dari awal macam dah boleh teka apa yg jadi kat pacik nadim tu tapi itulah saspen juga bila tengok gigih ikut Hana dan Nani, nak tahu juga apa motif dia. tapi yg kelakar juga bila tengok scene Azlee berlakon dalam cerekarama ni.

tak nafikan cerekarama Rahsia Malam Jumaat sebuah telefilem komedi santai tapi mood aku terganggu bila aku struggle nak dengar apa benda yg watak ni tengah borak sebab muzik latar dia kuat giler daripada suara pelakon. produksi ni memang tak ada sound engineer ke apa. sakit telinga wei.

Review Telefilem: Anais Patah Hati Pertama Kali (2020)

Review Telefilem: Anais Patah Hati Pertama Kali (2020)

Telefilem : Anais Patah Hati Pertama Kali
Produksi : Tall Order Sdn Bhd
Pengarah : Junad M. Nor
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Tayangan : 12 September 2020
Slot : Astro Citra
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Siti Saleha, Ungku Ismail, Dee Al-Hadi, Puteri Jannah

Review Telefilem: Anais Patah Hati Pertama Kali (2020)

Anais mempunyai fantasi yg tinggi tentang cinta terutama sekali hubungannya dengan Meor yg sedang bekerja di Osaka. Meor pulang mahu berbincang mengenai komitmen, Anais pula meyangka Meor bakal melamarnya.

Anais teruja dan mula berangan makan malamnya bersama Meor akan menjadi lamaran indah. namun tidak menyangka, Meor membuat keputusan mahu terus berpindah ke Osaka dan putuskan hubungan mereka.

Review Telefilem: Anais Patah Hati Pertama Kali (2020)

Anais tak pernah patah hati sebelum ini sebab dialah yg mematah hati bekas teman lelakinya sebelum ini. buat pertama kalinya, Anais patah hati dan tidak dapat mengawal emosinya. 
 
Del merangkap kawan baik Anais dan Suzy, budak sekolah yg selalu melepak di kedai bukunya menyuruh Anais berjumpa balik semua bekas teman lelakinya untuk meminta maaf supaya dia boleh move on.

Anais pilih teman lelaki berdasarkan genre buku yg dia minat pada waktu itu, bila dan bosan terus putus. tak pernah Anais fikir perasaan orang lain. so bila jumpa balik semua bekas teman lelakinya, Anais dapat belajar banyak benda.

Review Telefilem: Anais Patah Hati Pertama Kali (2020)

bila dah patah hati  ni baru Anais sedar yg dunia ni tak semuanya indah. sudah tiba masa dia bangun dan keluar daripada dunia fantasi. Anais belajar tak ada benda dalam dunia ni yg sempurna dan hidup ini lebih indah kalau kita dapat bantu orang lain.

walaupun cerita Anais ni tentang patah hati tapi sebenarnya bukan kisah sedih lebih kepada komedi dengan perangai Anais terlebih drama, best juga tengok.

Review Telefilem: 6 Hari (2020)

Review Telefilem: 6 Hari (2020)

Tajuk : 6 Hari
Produksi : Yureka Film
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Saluran : Astro Ria/Astro Citra
Masa Tayangan : 13 Jun 2020
Pelakon : Lisa Surihani, Yusry, Neelofa, Aaron Aziz

Review Telefilem: 6 Hari (2020)

Telefilem 6 Hari mengisahkan Suzy yg merupakan isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan bernama Ismal (Aaron Aziz). Suzy tinggal bersendirian di banglo kerana suaminya akan pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isterinya yg lain.

Suatu hari, Suzy diganggu dengan kehadiran bekas teman lelakinya Faizal (Yusry) yg memecah masuk rumahnya. Faizal adalah bekas banduan yg meringkuk dalam penjara selama 8 tahun.

Review Telefilem: 6 Hari (2020)

Faizal muncul kembali untuk menuntut janji Suzy yg akan menunggunya tapi sebenarnya mahu mendapatkan kembali berlian yg dicuri mereka yg Suzy sempat sembunyi sebelum Faizal ditangkap.

Suzy pula sudah berubah sejak mengenali dan berkahwin dengan Ismal dan dia mahu melupakan kisah silamnya. kehadiran Faizal banyak menganggu ketenangannya, Suzy cuba meminta nasihat daripada kawan baiknya Linda (Neelofa). 

sebenarnya aku tak rasa enjoy sangat bila tahu watak Suzy dan Faizal ni bukan suami isteri lepas tu boleh pula bagi lelaki bukan muhrim tumpang rumah sendiri tanpa pengetahuan suami dia.

Review Telefilem: 6 Hari (2020)

bagi aku, plot dalam cerita ni perlu dikembangkan lagi sebab ada few part yg aku tak berapa puas hati tapi disebabkan banyak kekangan yg ada untuk mereka shoot telefilem ini di musim PKP so santai je lah layan, malas nak komen banyak. 

walaupun jalan ceritanya kurang memuaskan hati aku tapi patut bagi kredit juga untuk Yusry sebab direct dan tulis sendiri skrip untuk telefilem dan hasil videonya memang cantik.