Review Telefilem: Ghairah (Astro Citra)

Ghairah

Telefilem : Ghairah
Produksi : Dear Creative Sdn Bhd
Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Tayangan : 8 Februari 2020
Pelakon : Hisham Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir

Ghairah

Ghairah diadaptasi daripada novel karya Zura Anwar mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yg hilang ingatan selepas terlibat dalam satu kemalangan dan langsung tak dapat ingat kehidupan masa lalunya termasuk isterinya, Ara (Sara Ali).

Ara membawa Dani pulang ke rumah mereka selepas discharge dan mulai saat itu Dani seperti terpisah dari dunia luar. keretanya tiada, telefon pun hilang malah telefon rumah pun kena potong. alasan Ara mahu Dani berehat secukupnya untuk memulihkan kembali ingatannya.

Ghairah

sejak hari pertama kembali ke rumah tersebut, Dani curious dengan bangsal yg terletak di tepi rumah. kata Ara, bangsal tersebut adalah stor menyimpan barang dan Dani sendiri tak pernah ke sana kerana mempunyai alahan.
 
Dani makin hari makin curiga dengan isterinya. ada sekali Dani cuba periksa bangsal tersebut malangnya berkunci. yg pelik bila Dani terjaga tengah malam, Ara tiada sebelahnya. ada sekali tu Dani ternampak Ara mencangkul kat tepi bangsal tengah malam buta, mahu tak cuak kawan dengan isteri sendiri. siapa sebenarnya Ara ni?

Telefilem | Ghairah (2020)

Ara sebenarnya wartawan jenayah yg hebat tapi macam pelik juga bila dia dengan yakinnya kemalangan yg berlaku pada suaminya tiada unsur jenayah sebab jarak tempat Dani ditemui dengan keretanya agak jauh.

dari awal lagi penulis tunjukkan yg Ara ni langsung tak boleh dipercayai bila dia kurung Dani dan pisahkan Dani dari dunia luar. banyak benda yg mencurigakan tentang Ara tapi persoalannya betul ke Ara ni psiko?

tak tahulah kenapa bila tengok Sara Ali kalau bawa watak kasar atau tomboi memang best tapi bila kena pegang watak suami isteri macam ni nampak bosan. chemistry tu pun tak rasa ntah la maybe aku je kot yg hati batu.

Telefilem | Ghairah (2020)

Hafiz juga wartawan jenayah yg juga rakan sekerja Ara. Hafiz sebenarnya tengah siasat kes wanita hilang dan cuba temubual Dani tentang kemalangan tersebut tapi Ara menghalang. apa yg Hafiz buat menimbulkan tanda tanya juga sebab kita pun nak tahu apa kaitan kes orang hilang tu dengan kemalangan Dani.

skrip telemovie nampak bosan sikit dan paling ketara skrip Hafiz yg terlalu lemah. cara dia approach polis untuk korek maklumat kes Dani macam tengah soal member. langsung tak nampak kredibiliti sebagai wartawan. kadang tu rasa watak Hafiz ni lebih kepada menyibuk daripada menyiasat.

Telefilem | Ghairah (2020)

first time bila tengok tajuk Ghairah dan poster dia dok kerja fikir siapa yg menggoda siapa yg tergoda rupanya telemovie ni pasal kisah psiko thriller. terus nampak poster tu tak kena dengan jalan cerita.

jalan cerita sangat menarik sebab dari awal memang tak boleh teka dan nak dijangka, bila tahu penjahat sebenar terus rasa seram pula. 

kesimpulannya, yg nampak jahat tu tak semestinya jahat dan yg nampak baik tu tak semestinya baik.  kalau sayang atau cinta tu biar berpada-pada jangan terlalu obsess sampai buta hati dan cuba melindungi kejahatan.

7 comments:

  1. i totally love this telemovie... the plot twist dia mmg best! i rasa lepas tgk telemovie ni kot i starts bagi peluang utk tgk drama2 melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan..i pun tetiba rajin nak maraton telemovie melayu sebab jumpa banyak citer best kat astro citra ni.

      Delete
  2. Mcm menarik je cerita ni jln cerita yg lain dr cinta2 yg biasa

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang tak boleh teka sapa penjahat. memang nice :)

      Delete
  4. Poster dia nak buat orang tertarik nak tengok. last last tak kena dengan jalan cerita ye. Janji cerita okay kan :)

    ReplyDelete