Angel's Last Mission: Love


Title : Angel's Last Mission: Love
Director : Lee Jung Sub
Screenwriter : Choi Yoon Kyo
Network : KBS
Episodes : 32
Duration : 30 minutes
Cast : Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, Gil Eun Hye,
Do Ji Won, Kim In Kwon, Jang Hyu Sung


SIPNOSIS

Lee Yeon Seo, is a cynical and arrogant ballerina. She is the prima ballerina, but after an accident she has to give up her dream. After her parent’s sudden death, she doesn’t trust anyone since there are a lot of people lurking around her and her inherited money. Because of her distrust and arrogance, she is unable to love anyone. 

Kim Dan is an optimistic, carefree angel who is always getting intotrouble. In order to return to heaven, he is tasked with a mission to find true love for the talented but emotionally distant ballerina


Angel's Last Mission: Love mengisahkan Lee Yeon Seo seorang ballerina yg sangat berbakat tapi dia melupakan kerjayanya kerana buta selepas satu insiden di pentas ditambah pula dengan kematian kedua ibu bapa, sikapnya berubah dah dia tidak percaya kepada sesiapa pun. yg untung keluarga dia kaya macam tak heran kalau dia nak buat perangai pecat maid kalau tak puas hati.

disebabkan harta keluarganya juga nyawa Lee Yeon Seo dalam bahaya dan dia telah ditimpa kemalangan jalan raya selepas balik daripada satu majlis. waktu itu Lee Yeon Seo berdoa supaya ada seseorang yg dapat menyelamatkannya.


Kim Dan seorang angel yg mana dia tak boleh masuk campur urusan manusia. kebetulan Kim Dan berada di tempat kejadian dan mendengar doa Lee Yeon Seo, dia menyelamat Lee Yeon Seo daripada maut. sebenarnya dia memang tak berniat pun nak tolong tapi ntah macam mana kesian boleh pula tertolong.

sekarang Kim Dan dalam masalah, dia dijatuhkan hukuman untuk jadi manusia biasa dan buat Lee Yeon Seo jatuh cinta dalam masa 100 hari ataupun dia sendiri yg akan hilang seperti abu. so berjayakah Kim Dan cari cinta sejati untuk Lee Yeon Seo?


Ji Kang Woo pula seorang director persembahan, watak dia agak misteri juga mula tu sebab cara dia macam dah lama kenal Lee Yeon Seo tapi tak tahu dia ni memang nak protect Lee Yeo Seo dari bahaya ataupun ada niat lain. lagi satu hal Ji Kangwoo ni macam terlalu obsess dengan Lee Yeon Seo sebab walaupun apa cara sekalipun dia mahu Lee Yeon Seo jadi ballerina utama dalam persembahan yg dia direct.


drama ni agak menghiburkan dan best juga awal-awal tu tapi  dah sampai separuh cerita aku dah start bosan sebab plot dia senang sangat nak teka dan aku dah boleh agak siapa pembunuh dia dari awal. ditambah pula bila watak Ji Kang Woo daripada chill dan relaks tertiba macam terlebih emo dan obsess dengan Lee Yeon Seo  dengan pacing yg slow rasa menganggu juga emosi aku.

tapi kalau korang suka drama fantasi pasal angel cubalah tengok Angel's Last Mission: Love cumanya drama ni tak kena dengan aku, ending dia pula nak bagitahu ke?? ok, tak nak la bagi spoiler just nak bagi hint ending dia something yg korang kena buat kesimpulan sendiri..hehe 😛

16 comments:

  1. dah tau dah lepas ni nak tengok kdrama apa pulak.. hihiii

    ReplyDelete
  2. waktu tengok drama ni, banyak jugak scene yang buat meleleh air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..menghayati betul tapi memang banyak juga scene sedih dalam drama ni.

      Delete
  3. sis seorg yg minat Kdrama juga kalau nk tahu.. cerita ni sis pass! Ntah.. x kena ngan jiwa.. skrg sis layan Hotel Del Luna... walau citer tu merapu giler tapi its still best utk layan kala boring.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Del Luna memang terbaik, baru tengok 2 episode pun dah terpukau habis..hehe

      Delete
  4. Lama tak tengok Kdrama tau. Sejak ada anak ni memang letak tepi dah hobi suatu ketika dahulu. Tapi tetiba rasa macam nak tengok Kdrama laa. Hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tetiba rasa nak layan kdrama try cari drama pendek macam web drama, tak panjang sgt dan cepat habis..hehe

      Delete
  5. jangan laaaa spoil the ending...haahhaha...banyak sangat drama dalam list ni...kene abiskan dulu yang ada, baru masukkan yang ni lak

    ReplyDelete
  6. hadoi.. nak kena buat kesimpulan sendiri ye.. nie yang lemah nie.. ada niat nak tengok drama nie tapi masih stuck.. hehehe

    ReplyDelete
  7. nak tgk tp mcm bosan je. looks interesting tp in the middle tu mcm dah pening sikit

    ReplyDelete
  8. aida tak pernah tgk citer ni.
    tapi tahu jalan citer nyer :) hi hi hi...
    sebab anak sulung aida, Nurin, memang peminat setia kdrama, tiara.
    hmmmmm ada dia suruh aida tgk ni.
    tapi tu lah, da keje ni hah, bila la time nak tgk kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kerja masa memang terhad sgt nak tgk drama, xpe nanti suruh nurin yg ceritakan drama yg dia tengok..hehe

      Delete
  9. haritu adik ada tengok tapi malas nak join sebab macam cliche haha

    ReplyDelete