Sinopsis Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Drama : Kau Yang Pertama
Slot : Akasia TV3
Tayangan : 12 Ogos 2019
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Fikry Ibrahim, Farah Nabilah. Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Wan Sharmila,
Marisa Yasmin, Yusuf Bahrin, Elly Mazlein, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama

Farhan (Fikry Ibrahim) adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang menghasilkan rekaan fesyen wanita terkini. Permintaan terhadap rekaan pakaian dari butiknya sentiasa mendapat sambutan kerana dia menggunakan model/ duta pakaian yang merupakan seorang instafamous terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Ameera (Tasha Shilla). Ikatan pertunangannya dengan Ameera sentiasa mendapat perhatian netizen yang menggelarkan mereka sebagai #FaRame.

 Farhan dan Ameera sibuk dengan persiapan kahwin. Rose Natasya (Farah Nabilah) yang menjalani latihan pratikal sebagai pereka fesyen di butik milik Farhan berusaha untuk menempatkan dirinya diterima bekerja terus di butik tersebut bagi menyelesaikan masalah hutang arwah ayahnya.

Pada hari perkahwinan terbongkar rahsia Ameera yg mengandung, Farhan yg mengetahui berita tersebut berasa kecewa dengan tunangnya dan bertindak membatalkan perkahwinan mereka.

Dalam tempoh merawat luka di hati, Farhan semakin rapat dengan Rose. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia sudah dilamun cinta dengan Rose.

5 comments:

  1. Takut terjebak dengan drama2 bersiri ni

    ReplyDelete
  2. Macam menarik.. Ada lah juga tertengok sesekali..

    ReplyDelete
  3. adala tertengok 1 episod tp xsempat habis.. mula2 tengok tu nganga laa jugak..haha
    sebab x tahu hujung pangkal kan..

    ReplyDelete
  4. aida x dpt nak layan kat tv citer ni.
    kat rumah memang x sempat tgk tv.
    now, kat ofis, layan la kat utube jer :)
    i mean very now now tau, saat sedang type kome ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaiklah aida, sempat lagi layan drama kat ofis..haha

      Delete