Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Drama : Sweet Dreams
Slot : Astro Megadrama
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Didi Astillah, Nasz Sally, PU Azman

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Diadaptasi daripada novelis Acik Lana mengisahkan Putri yg mendapat gelaran 'minah clumsy' kerana selalu bernasib malang seperti terlanggar tiang, jatuh tergolek dan beberapa kejadian malang lain. namun, nasib Putri berubah dengan kemuncula seorang lelaki misteri yg sering menyelamatkannnya daripada ditimpa kejadian malang. Pelik, lelaki itu datang isyarat.

Qash Adam seorang pelukis yg mempunyai keistimewaan dapat melihat kejadian buruk yg akan berlaku melalui mimpi. bagi Qash, dia rasa terbeban dengan anugerah ini yg dianggap satu sumpahan buatnya hingga dia selesa mengasingkan diri daripada dunia luar.

Namun kemunculan wajah Putri dalam mimpi Qash menjadi persoalan sama ada dia perlu lupakan atau selamatkan gadis itu. apakah maksud tersirat di sebalik mimpi tersebut. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. 

Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

2 comments:

  1. Ada tertengok trailer drama ini.. macam menarik.. mungkin nak cari novel dia je dulu..

    ReplyDelete
  2. yg ni dah start ekk?
    aida sedang layan kau yg pertama ni.
    maybe boleh sekaligus dgn ni.
    berkenan dgn hero heroin nyer :)
    look nice.

    ReplyDelete