Love That Makes You Cry


Itsuka Kono Koi Wo Omoidashite Kitto Naite Shimau
Love That Makes You Cry

Sugihara Oto (Kasumi Arimura) yg tinggal bersama keluarga angkatnya di Hokkaido selepas kematian ibunya. Walaupun tidak mendapat layanan yg baik daripada bapa angkatnya, Oto selalu tersenyum dan sering berkerja keras untuk mencari wang disamping menjaga ibu angkat yg sakit. Walaupun masih muda bapa angkatnya memaksa Oto untuk berkahwin dengan lelaki tua yg kaya untuk mengubah ekonomi keluarga mereka.

Soda Ren (Kengo Kora) dibesarkan oleh datuknya sejak kecil. Ren datang ke Tokyo dengan impian untuk mengumpul duit bagi menebus kembali tanah ladang milik datuknya. Namun selepas lima tahun di Tokyo dia bekerja sebagai pengangkut barang dan masih tidak mempunyai simpanan.

Suatu hari Ren terjumpa surat di dalam beg yg dicuri oleh rakannya dan merasakan surat tersebut penting buat pemiliknya, Ren memutuskan untuk menghantar kembali surat itu ke Hokkaido. Pemilik surat tersebut adalah Oto, Ren juga mendapat tahu Oto dipaksa berkahwin dan merasa kesian dengan gadis itu. Ren membantu Oto melarikan diri ke Tokyo.


antara watak lain dalam drama ini.

Kihoko Hinata

teman wanita Ren, suka ambil kesempatan atas kebaikan Ren.

Asahi Ibuki

anak orang kaya tapi dipinggirkan keluarga kerana statusnya sebagai anak luar nikah. Asahi bekerja di pusat kebajikan orang tua milik keluarganya dan di situ dia bertemu Oto dan mereka menjadi kekasih.

Konatsu Ichimuta

kawan sekampung Ren dan mempunyai perasaan terhadap Ren. tak suka sangat perempuan ni..annoying!

Haruta Nakajo

kawan Ren. watak dia tak detail sangat tapi mostly benda jahat dalam drama ini, dia la puncaya. 


aku suka dengan watak Oto ni, comel dan selalu tersenyum walaupun hidup dia tak seindah orang lain. untuk hero ni, aku tak suka sangat sebab Ren ni baik sangat sampai orang ambil kesempatan dan buli dia. sebenarnya Ren dan Oto memang suka each other siap confess lagi perasaan masing-masing tapi ntah tak paham kenapa mereka dua ni still nak setia dengan kekasih mereka.

Selain tu, ada dua scene yg aku suka dan ingat dalam drama ini, episode 1 bila Ren tolong Oto untuk lari ke Tokyo dan lagi satu kat tengah drama ni tak ingat episode berapa bila datuk Ren mati dan dia berubah. dia buka agensi kerja dengan kawan dia dengan menipu orang yg nak cari kerja. bila Oto tahu Ren buat kerja menipu ni dia cuba buat Ren berubah dan jadi Ren yg dulu kembali, baik dan suka tolong orang. 

kesimpulannya, drama ni agak mendatar tapi aku suka skrip drama ni. Love That Makes You Cry mengisahkan kisah hidup anak muda yg datang dari luar Tokyo untuk mencapai impian mereka di bandar besar itu. Apabila berada di Tokyo mereka mula sedar tentang cabaran sebenar hidup di Tokyo dan sedar impian mereka mungkin hanya tinggal impian.

One Percent of Something


Lee Jae In good looking, smart dan datang dari keluarga berada, sikap Lee Jae In yg arrogant tidak disenangi oleh orang bawahannya. Suatu hari, datuknya menulis wasiat supaya Lee Jae In berkahwin dengan Kim Da Hyun, wanita pilihan datuknya untuk mewarisi aset keluarganya. Jika dia menolak wasiat itu, peluang tersebut akan diberikan kepada sepupunya, Min Taeha.

Enggan melihat sepupunya mewarisi harta datuknya, Lee Jae In pergi berjumpa Kim Da Hyun untuk bertanya kenapa wanita tersebut dipilih sendiri oleh datuknya. Kim Da Hyun yg juga guru sekolah rendah terkejut menerima kedatangan Lee Jae In dan dia menegaskan tidak tahu dan langsung tidak mengenali datuk Lee Jae In.

Walaupun pada awalnya Kim Da Hyun tidak bersetuju dengan wasiat tersebut namun akhirnya dia bersetuju untuk menulis kontrak yg mana dia akan menjadi kekasih Lee Jae In selama 6 bulan.


Sebenarnya drama ni remake dari drama One Percent of Anything (2003), kalau nak compare dengan versi asal tak tahu lah sebab aku tak tengok. bagi aku, drama ni sangat simple dan tak banyak konflik. walaupun aku kurang suka starting dia sebab cliche macam drama lain tapi makin lama makin best pula layan drama ni..hehe.

Goblin

Goblin : The Lonely and Great God

Kim Shin general yg banyak berjasa kepada negaranya tetapi dia dituduh pengkhianat dan dihukum bunuh. Walaupun telah dibunuh, dia tidak mati sebaliknya menjadi Goblin dan telah hidup selama 900 tahun. Untuk menamatkan sumpahan tersebut, Kim Shin perlu mencari human bride untuk mencabut pedang yg ada pada dirinya dan seterusnya menamatkan riwayat hidupnya.

Selepas kematian ibunya, Ji Eun Tak tinggal bersama mak ciknya dan selalu diberi layanan yg buruk oleh mereka. Sejak dari kecil Eun Tak mempunyai keistimewaan iaitu dapat melihat hantu dan semua hantu memgelarnya Goblin' Bride. Pada hari jadinya yg ke-19, Eun Tak membuat permintaan dan tanpa disedari dia telah memanggil Kim Shin.

Pada mulanya Eun Tak menyangka Kim Shin adalah hantu namun kemudiannya dia menyedari lelaki itu adalah Goblin dan dia membuat keputusan untuk menjadi pengantin Kim Shin. Bagi Kim Shin pula, Eun Tak bukan human bride yg dicari selama ini kerana Eun Tak tidak dapat melihat pedang tersebut.


Firstly yg buat aku tertarik untuk tengok drama ni ialah ramai pelakon favourite aku, GongYoo, Lee Dong Wook, Yoo Inna dan juga Kim Go Eun. Selain itu, first episode Goblin memang terbaik, storyline, cinematography memang cantik dan perfect rasa macam tengok filem. aku memang suka sangat first episode drama ni dan progress drama ni semakin menarik.

Watak Gong Yoo dan Lee Dong Wook sebagai Goblin dan Grim Reaper memang terbaik dan kelakar, pantang jumpa mesti nak bergaduh Goblin dan Grim Reaper ni, kalau scene mereka berdua memang tak pernah la tak gelak. One more thing, aku tak tau la apa magik pacik Goblin ni guna sampai aku boleh repeat setiap episode banyak kali sementara nak tunggu next week punya episode, memang selalu tak rajin la nak buat macam ni. Seriusly drama ni memang wajib tengok, rugi kalau korang abaikan drama ni..hihi

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Title : Omukae Desu/ Omukae Death
English Title : Goodbye Ghost!
Release Date : 23 April 2016
Episodes : 9
Genre : Comedy, Supernatural
Cast : Fukushi Sota, Tsuchiya Tao, Suzuki Ryohei, Kadowaki Mugi, Hamada Kokone, Nomaguchi Toru

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Tsutsumi Madoka seorang pelajar universiti dalam bidang engineering yang tidak percaya dengan perkara yang tidak dapat dibuktikan melaui sains seperti hantu dan roh.

Suatu hari, kawan Tsutsumi meninggal dunia pastu tiba-tiba dia dapat melihat pink rabbit yang sebenarnya adalah spirit. memang Tsutsumi tak percaya sampai ingatkan dia sedang berhalusinasi.

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Pink rabbit tersebut sebenarnya grim reaper bernama Nabeshima dan meminta Tsutsumi bekerja dengannya. of course la kawan tolak sebab pelik kot dan mulalah Tsutsumi diganggu terus-terusan sampai dia terpaksa bersetuju.

Tugas Tsutsumi adalah menolong menyelesaikan masalah roh si mati yang tidak tenteram dan seterusnya  membolehkan mereka pergi ke dunia lain dengan aman. Tsutsumi dibantu oleh Sachi Aguma.

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Sachi Aguma belajar di universiti yang sama dengan Tsutsumi dan telah lama bekerja dengan Nabeshima.

Walaupun luarannya nampak kasar, Aguma sebenarnya suka dengan kerja tersebut dan sebab lain juga, dia sebenarnya suka dengan Nabeshima walaupun tahu identiti sebenar Nabeshima.

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

Nabeshima seorang Grim Reaper yang tugasnya membawa roh si mati ke dunia lain. dia dibantu oleh Grim Reaper Yuzoku dan melantik Tsutsumi dan Aguma untuk bekerja di bawahnya.

Review Drama Jepun : Omukae Desu (2016)

satu je nak cakap, aku tak paham kenapa grim reaper dia nak kena pakai baju pink rabbit tu. selalunya grim reaper macam scary dan creepy giler tapi ni nampak rilek sangat, nak kata drama ni scary memang tak, tak langsung tapi kelakar memang fun tengok.