Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh Karya Zaza Qry

Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh Karya Zaza Qry

Info Novel Cinta Yang Tertangguh

  • Penulis : Zaza Qry
  • Penerbit : Dear Novels
  • Terbitan : Mac 2019

Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

"Perempuan bertudung sama saja. Hipokrit." - Adrish
"Pelik dan gila. Salah pula orang pakai tudung. Tudung itu untuk menutup aurat." - Hanania

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

"Encik nak kahwin lain ke?" - Hanania
"Aku kan dah kahwin dengan kau. Kau ingat aku mampu nak layan bini yang ramai?" – Adrish

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia

Novel Sekali Lagi Cinta Kembali bakal diadaptasi ke drama bersiri dan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi dengan menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai teraju utama. ini merupakan novel ketiga dari penulis Anna Milia yang diadaptasi ke drama bersiri selepas Tak ada Cinta Sepertimu dan Setelah Terlafaznya Akad.


Info Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

  • Penulis : Anna Milia
  • Penerbit : Dear Novels
  • Terbitan : Januari 2020
  • Muka Surat : 585


Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran

"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.