Review Drama: Bukan Kahwin Paksa (TV3)

Sinopsis Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3)

Drama : Bukan Kahwin Paksa
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 7 Februari 2020
Episod : 13
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Hannah Delisha, 
Jasper Supayah, Afiq Muiz, Alya Iman, Ziela Jalil, Liza Abdullah

Bukan Kahwin Paksa sebuah drama adaptasi novel yg ditulis oleh Syamnuriezmil mengisahkan Izz Rizqin dan Dara Safiya yg kecewa selepas putus cinta lalu menyerahkan urusan jodoh kepada ibu bapa mereka.

Bukan Kahwin Paksa

Dara Safiya kecewa selepas dapat tangkap Ryan, teman lelakinya telah tidur dengan perempuan lain, Dara  mengambil keputusan untuk putus dengan Ryan tapi keputusan tersebut tidak semudah yg disangka apabila Ryan terus merayu dan menganggu hidupnya.

Izz Rizqin juga dipanggil Uda dalam keluarganya telah bercinta dengan Yana selama tiga tahun, hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga masing-masing. Izz terpaksa melepaskan Yana apabila mengetahui abangnya turut menyimpan perasaan pada Yana dan ibu mereka telah meminang Yana untuk abangnya. Yana tidak setuju dan cuba memutuskan pertunangan tersebut.

Izz tidak mahu Yana mengecewakan abangnya lalu meminta ibunya mencari jodoh buatnya, manakala ibu bapa Dara pula tidak mahu Dara membujang ke tua lalu merancang dengan ibu Uda untuk menjodohkan anak-anak mereka.

Bukan Kahwin Paksa

drama ni best dan kelakar, Izz dan Dara memang pantang berjumpa kalau jumpa saja mesti kerja bergaduh padahal tak kenal pun. yg kelakarnya Dara ni ada tersalah hantar email pada Izz dan sejak itu mereka berkahwin baik di alam maya tanpa kenal diri masing-masing.

apabila ibu bapa mereka merancang perkahwinan mereka, Dara letak syarat tak mahu kenal mahu pun berjumpa dengan bakal suaminya dan mereka cuma berhubung melalui telefon dan dari situ terbit bibit-bibit percintaan antara mereka. urusan perkahwinan mereka berjalan lancar walaupun masing-masing tidak pernah bertemu sehinggalah hari pernikahan mereka berlangsung.

Bukan Kahwin Paksa

pada hari pernikahan agak huru-haranya jadinya apabila Izz dan Dara bertentang mata buat pertama kali jatuh pengsan, cuba bayangkan kalau orang yg selama ini selalu terserempak kat tepi jalan dan bergaduh tiba-tiba jadi pasangan sendiri mahu tak terkejut sampai pengsan.

bestlah drama ni, aku suka tengok Kamal Adli berlakon dengan Hana Delisha comel sangat, yg lawak bila tengok mereka dua ni tak habis-habis bergaduh. yg kelakar juga berkawan di alam maya, bercinta dalam telefon tapi bila berjumpa macam nak perang dunia ketiga pula gayanya, itulah orang cakap jangan bergaduh sangat nanti  berjodoh pula.

15 comments:

  1. Hahaha ketawa besar tengok dorang pengsan. Look forward for this drama. ^^

    ReplyDelete
  2. Memang kelakar.. tambah feel bila dah baca novel dia.. kamal adli memang sesuai sangat bawa watak uda tu..

    ReplyDelete
  3. jarang sangat akak layan drama melayu sekarang nih, kadang tengok orang up kt fb macam best tapi tak kesempatan nak tengok

    ReplyDelete
  4. My mum and sister suka tengok cerita Melayu tapi tak pernah nampak pula diaorang pasang cerita ni. Kalau tak, mungkin boleh tumpang tengok sebab macam kelakar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruhlah your mum and sister tengok..kelakar drama ni..haha

      Delete
  5. Haha baca jalan cerita pum dah kelakar. Nak tgk lah nanti.

    ReplyDelete
  6. Tengok iklan pun dah kelakar apatah lagi full drama. Nak tunggu habis tayang baru layan haha

    ReplyDelete
  7. sukanya tgk hana delisha.. comel sgt

    ReplyDelete