Novel : Penumpang
Penulis : Fee Anyau
Helaian : 302
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : April 2018
Buku Penumpang ini aku baca di appliksi Ookbee Buffet mengisahkan Jai seorang pelajar kolej yg cuba mencari jawapan di atas kematian kawan baiknya Eddi.
SINOPSIS
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?
Jai rasa bersalah kerana sebagai kawan baik, dia tak nampak perubahan Eddi dan cuba mencari jawapan kenapa Eddi mengambil tindakan untuk membunuh diri. kerana jurnal yg diterimanya, Jai mula menaiki bas, untuk merasai pengalaman Eddi dan dari situ dia memerhati pelbagai ragam manusia dan mengenali beberapa orang pemandu bas.
bila baca buku ini boleh terasa sunyinya dunia Jai dan bertambah sunyi selepas satu-satunya kawan yg dia ada telah mati. permulaan cerita terasa agak slow dengan Jai yg melakukan rutin yg sama setiap hari, aku pun rasa macam depression juga bila nak memahami watak Jai ni.
ceritanya semakin menarik apabila persoalan di atas kematian Eddi mula terbongkar. kerana Eddi juga, Jai mula jumpa dan rapat dengan ramai orang macam Pacik Rokok, Encik Mon, John dan Kay yg turut sama membantu Jai untuk mendedahkan apa yg berlaku di sebalik kematian Eddi.
cuma ending untuk buku Penumpang agak menyedihkan juga sebab kita tertanya-tanya kenapa Jai jadi begitu tapi bagi aku ada satu mesej yg penulis mahu sampaikan melalui watak Jai ni. untuk mereka yg ada masalah depresi perlu bersikap terbuka dan sedia untuk dibantu. macam kes Jai, ramai orang yg nak bantu dan mahu dia hidup normal tapi Jai pilih untuk pendam semuanya dan menolak bantuan lain untuk terus hidup dalam dunia sendiri.
huurm rasa macam realiti masyarakat skrng ni kan.. depression dan tekanan stress.. kena atasi cepat2 dan jangan pendam seorang diri..
ReplyDeletehmm, tak berapa nak minat baca fixi, tapi this one nampak menarik.
ReplyDeletehttps://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html
Macam faham keadaan dalam penceritaan tu, sebab pernah merasa dan alaminya...but now cuba untuk okay..taknak fikir dan keep positif..
ReplyDeleteDah baca novel ini.. bagus juga dia sentuh pasal depresi..
ReplyDeletemenariknya... nak kene cuba baca jugak lah...
ReplyDeletegood content, sesuai bacaan zaman sekarang..
ReplyDeleteMenarik :)
ReplyDelete" sunyinya dunia Jai dan bertambah sunyi selepas satu-satunya kawan yg dia ada telah mati" - baca ayat ni pun saya dah rasa sedih. Pesakit depresi ni biasanya taknak dibantu mungkin sebab malu kot kan dengan stigma masyarakat. hmm... Blog Sofinahlamudindotcom
ReplyDelete