Drama Korea | Love Alarm (2019)


Title : Love Alarm
Episodes : 8
Duration : 50 minutes
Cast : Kim So Hyun, Jung Ga Ram, Song Kang

Drama Love Alarm diadaptasi daripada webtoon popular dan ditayangkan di TVN dan Netlix. aku ingatkan drama pendek macam format web drama tu, itu yg aku tengok tapi rupanya drama ni macam drama korea yg biasa kita tengok 16 episode. bezanya baki 8 episode tersebut akan ditayangkan pada musim kedua. 

so kalau korang baru plan nak tengok drama ni lebih baik tunggu sampai musim kedua keluar dulu sebab ending musim pertama ni tergantung, stress pula nak menunggu sampai bulan ogos nanti, itupun kalau tak postpone la. kat info drama ni tulis genre romantic comedy tapi lepas tengok, aku tak rasa genre dia romantic comedy tapi lebih kepada melodrama sebab drama ni juga banyak tunjuk betapa stuggle watak heroin dengan kehidupannya.


Love Alarm sebenarnya aplikasi smartphone yg boleh mengesan ada orang suka pada kita. kalau ada, aplikasi ini akan berbunyi dan beritahu berapa banyak like kita dapat dan apps ni boleh mengesan dalam jarak 10 meter sahaja. Love Alarm ini menjadi aplikasi yg sangat popular terutamanya dalam kalangan budak sekolah.

Kim Jojo seorang pelajar sekolah tapi dalam masa dia banyak buat kerja part time untuk membayar hutang ibunya. Jojo tak minat sangat nak mencuba aplikasi yg tengah trending ni sebab dalam hidup dia cuma fikir pasal duit sahaja sampailah suatu hari ada pelajar baru yg berpindah ke sekolahnya iaitu Hwang Sun-oh. Sun Oh anak orang kaya sebab tu baru masuk sekolah situ pun dia dah jadi famous giler. Sun-oh cuba mendekati Jojo atas sebab tertentu dan kemudiannya mereka bercinta.


sebenarnya ada orang lain yg dah lama minat pada Jojo iaitu Hye Young. Hye Young sweet giler sebab dalam diam dia banyak tolong Jojo sampai sanggup buat kerja part time sebab nak teman Jojo tapi kesian Jojo tak pernah perasan dia.

HyeYoung juga kawan baik Sun Oh sebab tu aku tak suka pada Sun Oh ni. kau dah tahu member kau suka perempuan tu tapi still nak approach juga. aku pun tak tahu kenapa HyeYoung ni tak nak mengaku perasaan sebenarnya pada Jojo walaupun Sun Oh banyak kali tanya. ada satu kejadian malang berlaku yg menyebabkan Jojo minta putus dengan Sun-Oh dan lepas sekolah mereka terus berpisah.

Love Alarm ni sangat trending dalam drama ni so sepanjang masa akan dengar pelajar sekolah ni mention dan obsess dengan aplikasi ini. nak confirm perasaan masing-masing pun guna apps ni, tak thrill betul budak-budak ni. sampaikan Hye Young selalu mengelak daripada berada dekat dengan Jojo sebab tak nak Jojo detect perasaan dia melalui apps ni. 


jalan cerita drama ini bertambah menarik apabila mereka bertemu semula beberapa tahun kemudian, time ni Hye Young tak teragak-agak nak approach JoJo. paling sweet bila Hye Young cakap dengan Jojo, dia nak mengurat Jojo style lama sebelum Love Alarm apps wujud. aishh comel lahai Hye Young. yg aku geram, tak tahu si Jojo ni pilih siapa sebab drama ni habis macam tu je so nak tak nak kenalah tunggu sambungannya dalam musim kedua..huhu

12 comments:

  1. Aslm tiara menang hadiah misteri d.ga mama nanti bg detail ye

    http://www.mamapipie.com/2020/02/pengumuman-pemenang-giveaway-tahun-baru.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Hehe.. ralit ummi baca sampai abis.. hmm kalau betul2 wujud apps ni habislah .boleh huru hara..hehe...

    ReplyDelete
  3. Drama korea mesti ada je kelainan dia. Kali ni tentang apps pula kan.

    ReplyDelete
  4. makin lama makin masuk zaman it dah drama korea. ni lebih kurang macam wechat hii

    ReplyDelete
  5. hehe...macam best je. mesti sweet kan..

    ReplyDelete
  6. biasanya drama adaptasi dr webtoon ni mmg best mcm fight for my way

    ReplyDelete
  7. heroin dia ni makin dewasa makin cantik..
    waiting list nak tengok drama ni.. dok cover drama 2019 x abes gi hehe..

    ReplyDelete
  8. woah lain mcm drama ni lol. lama dah tak tgk drama korea. kalau tgk pon separa jalan saya quit >.<

    ReplyDelete
  9. Tengah tunggu sambungan dia keluar tahun nie..

    ReplyDelete