Novel | J & J Jodohku Dan Janji-Nya


Novel : J & J Jodohku Dan Janji-Nya
Penulis : Suzana Sulaima
Helaian : 623
Pnerbit : Idea Kreatif
Terbitan : April 2015


Jodohku dan Janji-Nya mengisahkan Jannah yg sangat berjaya dalam kerjaya dan dia selesa hidup tanpa ada komitmen dengan mana-mana lelaki, bila ada lelaki nak mengayat dia akan lari. aku suka watak Jannah sebab dia sangat strong, sangat berdikari dan dia join satu kelab motor dan dari situ dia berkenalan dengan Jihad.

Jihad yg sangat penyabar dan matang. watak Jihad ni macam perfect sangat cuba cari buruk dia tapi tak nampak pula. bukan senang dia nak tackle Jannah lagi-lagi baru jumpa beberapa kali terus melamar Jannah, mahu tak lari. kadang perangai Jannah agak annoying sebab keras sangat hati tapi nasib la tahap sabar Jihad sangat tinggi dan tak mudah mengalah.

yg best tak ada konflik yg berat, tak ada watak yg semakkan keadaan. jalan cerita dia pun agak islamik.

cuma rasa cerita lepas diorang kahwin macam meleret dan panjang sangat, rasa slow sikit nak habiskan bacaan kat situ.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Title : Buang Ruk Satan
English Title : Devil's Trap
Release Date : 6 April 2018
Episodes : 10
Cast : Dome Pakorn, Margie Rasri, Ice Apitsada,

Hemarat intends to buy a land where a riding park is located and owned by Chompoonit's family. He wants to turn the park into a shopping center, but Nit refuses this transaction. Hem does everything in order to subdue her himself. Nit – a well heeled women in business – has sufficient experience to solve all the problems that are created by Hem. They are involved in the business game, unaware of a powerful opponent lurking in the shadows. When they become more vulnerable, the competitor takes a step ahead as Hem falls in love with Nit and decides to end the war and help her.

 

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Mengisahkan Nit yang mengambil alih perniagaan taman tema Suk Siam milik keluarga selepas ayahnya jatuh sakit. bisnes taman tema ni dah nazak sebenarnya sebab old school dan kurang mendapat sambutan menyebabkan ramai pelabur lari.

Manakala Hemarat pula seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dia berminat untuk membeli tanah milik Suk Siam tapi tak berjaya sebab Nit dah banyak kali tolak tawarannya.

Nit cuba naikkan balik business dia dengan mencari beberapa orang pelabur tapi usahanya selalu gagal sebab campur tangan Hemarat. sebab tu juga Nit bengang dan tuduh Hemarat nak sailang dia guna taktik kotor. 

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

dari sinopis baca menarik tapi jalan ceritanya tak cukup kuat yang buat aku impress sebab lakorn di Channel 3 selalu recycle plot yang sama so klise. cuma aku impress diri sendirilah macam mana aku boleh habiskan drama ni dengan speed yang laju sambil mulut mengomen.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

selain plot yg klise, aku rasa muka heroin ni pun macam familiar juga. bila tengok muka dia teringat seorang pelakon bollywood tapi tak ingat nama pula. ok abaikan bab ni..

seriusly watak heroin dia sangat annoying jenis yang bodoh sombong plus ketegag nak mampus! Nit ni sebenarnya takde pengalaman dalam business tapi dia tetap juga nak pertahankan Suk Siam walaupun pelbagai masalah yg berlaku. bak kata Hemarat, Nit ni memang ngok dan degil tak bertempat.

satu hal lagi Nit juga ada trust issues sebab senang sangat percaya orang sampai dia tak sedar musuh sebenar ada dekat je dengan dia dok perati dia selama ini. tapi bila hal melibatkan Hemarat dia langsung tak percaya dan kalau ada problem, Hemarat orang pertama yang dia akan cari dan tuduh padahal dia tak tahu Hemarat yg banyak tolong dia dalam diam. 

oh ya aku baru tahu Margie dengan second hero dalam drama ni rupannya dah kahwin in real life. bila tahu pasal ni i be like, ok patutla dia lagi percaya laki sendiri dari Hemarat walaupun watak second hero tu macam hampeh je.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

bila tengok tajuk drama ni tertanya juga setan sangat ke perangai hero dia tapi tak ada jahat mana pun sebab aku pernah tengok hero yang lebih setan dari Hemarat ni. itulah aku rasa si Nit kot yang problem yang rasa Hemarat ni macam setan (macam banyak pula word satan).

walaupun Hemarat nampak desperate nak dapatkan tanah tersebut tapi sebenarnya dia bukan jahat tapi ada rahsia sendiri iaitu untuk tolong dan protect Nit sebab masalah heroinnya tak sedar yang dia ada musuh.

fyi Dome Pakorn seorang penyanyi dan kalau tengok lakonan dia biasa je, pendek cakap lebih harapkan muka sebenarnya. aku pernah tengok Dome berlakon dengan Mai Davika sebelum ni, lakorn tu dah lama juga. kalau nak compare lakonan Dome dalam dua lakorn ni, langsung tak nampak improvement.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

overall, aku boleh cakap drama ni average, acting pun average dan tak rasa chemistry antara Dome dan Margie. ntahlah aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan lakorn ni maybe aku tengah bosan sangat kot..haha

Novel | Orked Buat Hud


Novel : Orked Buat Hud
Penulis : Sha Ibrahim
Helaian : 486
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Jun 2018


Orked buat Hud mengisahkan tentang Hud yg tidak mementingkan bab agama dan di bulan ramadhan tertangkap tak puasa oleh Orked, sejak hari tu memang Orked agak anti dengan Hud. Hud pula tak suka dengan Orked sebab mulut Orked yg agak laser. awal tu mereka selalu juga bergaduh tapi sampai satu saat tu, Hud tersuka dengan Orked dan mulalah nak pikat Orked.

firstly, aku suka dengan semua character dalam novel ni macam Orked nampak lasak tapi sangat unpredictable. Hud pula walaupun perangai macam hantu bak kata Orked tapi boleh nampak dia cuba belajar untuk berubah ke arah kebaikan. watak lain yg aku suka ialah Izwan, bestfriend Hud yg perangai hantu lebih kurang macam Hud juga tapi selalu support Hud dan banyak juga menceriakan keadaan.

walaupun permulaan cerita ni perangai memasing macam gila-gila sikit tapi novel ni banyak selit nilai islamik so ada few part yg aku rasa nak muhasabah diri sendiri juga. cerita dia  pun memang santai sangat, baca buku ni time mood membaca aku tengah menjunam memang pilihan yg tepat sebabnya tak payah nak pening dengan konflik yg berat.

Novel | Rindu Yang Terlarang


Novel : Rindu Yang Terlarang
Penulis : Umie Nadzimah
Helaian : 546
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2018


Rindu Yang Terlarang mengisahkan hubungan cinta antara Faith dan Ainnura tapi disebabkan pergaduhan antara keluarga mereka, mereka terpaksa sembunyi hubungan ini. konflik terjadi bila Faith dan Ainnura buat keputusan untuk berkahwin dan minta izin daripada keluarga tapi sudah tentu keluarga mereka menghalang perkara tersebut. bila minta izin cara baik kena pelempang, Faith dan Ainnura minta tolong tok wan Ainnura, nasibla tokwan sporting dan support keputusan mereka untuk nikahkan mereka secara senyap.

aku pun tak bekenan sangat dengan keputusan Faith dan Ainnura yg tergesa-gesa nak kahwin tanpa pikir kesan di kemudian hari tapi kalau aku jadi mereka pun maybe aku tak terpikir yg ibu bapa sendiri akan bertindak kejam untuk pisahkan anak sendiri, kalau sampai membunuh pun mereka sanggup. seriusly parent mereka ni memang melampau sangat, itu belum masuk lagi bab bergaduh perghhh buruk sangat perangai bila orang tua bergaduh kalah budak sekolah.

mereka berpisah kerana terpaksa tapi pertemuan kali kedua selepas bertahun terpisah buat Faith nekad untuk bersatu balik dengan Ainnura tapi time ni boleh nampak Ainnuta makin matang dalam buat keputusan. sebabnya dia tak nak sejarah lama berulang kalau family mereka masih lagi bergaduh.

kisah cinta Faith dan Ainnura memang penuh dengan onak duri, bila baca buku ni kadang mata macam masuk habuk sikit sebab payah sangat nak tengok diorang berdua hidup bahagia.

Movie | The Accidental Detective (2015)


Title : The Accidental Detective
Country : South Korea
Director : Kim Jung Hoo
Writer : Kim Jung Hoo, Lee Jung Ho
Duration : 2 hour
Cast : Kwon Sang Woo, Sung Dong II, Park Hae Joon, Lee Seung Joon,
Seo Young Hee, Choi Sung Won, Lee II Hwa

The Accidental Detective mengisahkan Dae Man yg minat sangat dengan kes penyiasatan sampai dia banyak profiling kes jenayah dalam blog dia. sebenarnya dia juga pernah apply nak jadi polis tapi kena reject, itu yg asyik berangan je nak jadi polis sampai tulis blog. bila satu hari kawan Dae Man iaitu Joon Su yg merupakan seorang polis telah dituduh membunuh, Dae Man bekerjasama dengan Detektif Noh untuk bersihkan nama kawan baik dia.

filem ni memang best dan gandingan antara Kwon Sang Woo dan Sung Dong II memang daebak lah. sepanjang Dae Man dan Detektif Noh nak selesaikan misteri kes pembunuhan ni banyak juga diselitkan babak komedi so kiranya tak sempat nak stress sebab asyik tergelak  je tengok perangai dua orang ni yg tak sebulu tapi last serasi juga bila buat sesi luahan perasaan pasal isteri diorang.


so kesimpulannya, movie ni memang best sampai diorang dah buat sekuel kedua The Accidental Detective 2: In Action yg baru je release pada tahun ni. aku tak sempat lagi nak tengok movie kedua ni, apapun yg first ni memang best dan layan.

Lovely Horribly


Title : Lovely Horribly
Episodes : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Song Jihyo, Park Sihoo, Lee Gikwang, Ham Eunjung,
Choi Yeojin, Hwang Sunhee

SIPNOSIS

Philip and Eul-Soon were born at the same time and they seem to share fate. If one person is happy, the other person is unhappy. Philip has all the good luck in their fate and he is a top star. On the other, hand, Eul-Soon has all the bad luck and she works as a drama series screenwriter. They begin to work together for a drama series and mysterious things take place around them.


Lovely Horribly mengisahkan Oh Eulsoon sebagai screenwriter telah menulis skrip bertajuk Ghost Love Story dan dia dapat peluang untuk bekerjasama dengan pelakon terkenal iaitu Phillip Yoo. sepanjang proses untuk menghasilkan skrip dan drama tersebut banyak kejadian aneh dan misteri berlaku pada Eul soon dan Phillip.

Permulaan drama ni agak menarik sebab ada misteri bercampur dengan seram dan komedi. part yg best dalam drama ni bila Eulsoon dapat ilham untuk tulis skrip dan skrip yg ditulis olehnya memang betul-betul berlaku. itu memang creepy.

plot drama ni sebenarnya confusing sangat, itu yg sampai pertengahan aku dah rasa lost sampai nak give up juga. cite dia banyak cakap pasal luck dan misfortune, mula tu ingatkan hantu je yg huru-harakan keadaan rupanya ada pembunuh juga. actually aku pun tak reti nak review drama ni since aku tengok laju sangat sebab nak tahu ending dia macam mana.

Drama Oktober 2018

Nak masuk penghujung tahun banyak pula drama korea yg best tambahan pula ramai top actor  macam So Jisub, Seo Inguk dan HyunBin yg buat comeback tahun ni tetiba rasa macam tak sempat nak tengok drama yg ada padahal awal tahun rasa macam slow sangat tengok drama..

kat bawah ni, list drama yg aku plan nak tengok:

Terius Behind Me

wajib tengok sebab ada So Jisub..hihi

aku dah tengok dua episode drama ni tanpa subtitle sebab sub lambat sangat keluar jadinya tak paham apa yg diorang cakap. first impression ingatkan drama ni light comedy tapi rasanya compicated sikit sebab citer pasal spy tapi comel sangat sebab first time tengok So Jisub berlakon dengan budak kecik.


Lovely Horribly


yg ni baru layan tiga episode, so far memang best tapi tak berkenan dengan fesyen Jihyo dalam drama ni..haha


Life


yg ni dah habis download tapi tak tengok lagi sebabnya aku time tu tengah layan Voice 2 so malas nak tengok drama berat dalam satu masa. pun begitu dah habis Voice pun still tak tertengok lagi. banyak betul alasan, Tia! hihi


Let Me Introduce Her


yg ni aku tak sure kenapa masuk dalam list, dah la tak dengar orang mention pasal drama ni maybe dah lama tak tengok Kim Jae Won dan Nam Sangmi berlakon kot, itu yg rasa nak tengok.


kat bawah ni pula drama melayu yg baru tayang minggu ni:

Lelaki Kiriman Tuhan


novel Lelaki Kiriman Tuhan memang best, bila aku dah baca novel memang jarang nak tengok versi drama tapi..tapi..sebab Remy Ishak yg berlakon, layan je la plus drama ni shooting di Kedah memang best la bila tengok tempat yg familiar..hihi


Cik Reen Encik Ngokngek


ni pun satu lagi drama adaptasi novel, selalu kalau tajuk novel macam ni memang aku takkan beli tapi tajuk macam ni yg tv suka amik buat drama. so far memang best sangat layan cite ni sebab tak masuk konflik lagi dan comel je tengok Farah Nabilah dan Fikry berlakon.


actually ada lagi drama korea yg aku plan nak tengok tapi tak ingat tajuknya, drama yg Seo Inguk berlakon pun nampak macam best juga tapi tak tahu dah tayang ke belum. nampak tak.. panjang list aku ni tapi tengoknya belum tentu habis lagi, takpe yg penting plan dulu kalau tak buat review tu maknanya tengok sekerat jalan je la..hihi