Novel | Rindu Yang Terlarang


Novel : Rindu Yang Terlarang
Penulis : Umie Nadzimah
Helaian : 546
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2018


Rindu Yang Terlarang mengisahkan hubungan cinta antara Faith dan Ainnura tapi disebabkan pergaduhan antara keluarga mereka, mereka terpaksa sembunyi hubungan ini. konflik terjadi bila Faith dan Ainnura buat keputusan untuk berkahwin dan minta izin daripada keluarga tapi sudah tentu keluarga mereka menghalang perkara tersebut. bila minta izin cara baik kena pelempang, Faith dan Ainnura minta tolong tok wan Ainnura, nasibla tokwan sporting dan support keputusan mereka untuk nikahkan mereka secara senyap.

aku pun tak bekenan sangat dengan keputusan Faith dan Ainnura yg tergesa-gesa nak kahwin tanpa pikir kesan di kemudian hari tapi kalau aku jadi mereka pun maybe aku tak terpikir yg ibu bapa sendiri akan bertindak kejam untuk pisahkan anak sendiri, kalau sampai membunuh pun mereka sanggup. seriusly parent mereka ni memang melampau sangat, itu belum masuk lagi bab bergaduh perghhh buruk sangat perangai bila orang tua bergaduh kalah budak sekolah.

mereka berpisah kerana terpaksa tapi pertemuan kali kedua selepas bertahun terpisah buat Faith nekad untuk bersatu balik dengan Ainnura tapi time ni boleh nampak Ainnuta makin matang dalam buat keputusan. sebabnya dia tak nak sejarah lama berulang kalau family mereka masih lagi bergaduh.

kisah cinta Faith dan Ainnura memang penuh dengan onak duri, bila baca buku ni kadang mata macam masuk habuk sikit sebab payah sangat nak tengok diorang berdua hidup bahagia.

Post a Comment

3 Comments

  1. best ja jalan cerita dia. tapi kannn dah lama shu tak membaca. jiwa ni terlompat-lompat nak beli novel baru. hhihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la beli novel baru satu, takde la jiwa terlompat lg pasni..hihi

      Delete
  2. Adoi.. kejam sangat tu bila mak bapa sanggup membunuh.. Berliku-liku kisah mereka ini..

    ReplyDelete