Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Title : Buang Ruk Satan
English Title : Devil's Trap
Release Date : 6 April 2018
Episodes : 10
Cast : Dome Pakorn, Margie Rasri, Ice Apitsada,

Hemarat intends to buy a land where a riding park is located and owned by Chompoonit's family. He wants to turn the park into a shopping center, but Nit refuses this transaction. Hem does everything in order to subdue her himself. Nit – a well heeled women in business – has sufficient experience to solve all the problems that are created by Hem. They are involved in the business game, unaware of a powerful opponent lurking in the shadows. When they become more vulnerable, the competitor takes a step ahead as Hem falls in love with Nit and decides to end the war and help her.

 

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

Mengisahkan Nit yang mengambil alih perniagaan taman tema Suk Siam milik keluarga selepas ayahnya jatuh sakit. bisnes taman tema ni dah nazak sebenarnya sebab old school dan kurang mendapat sambutan menyebabkan ramai pelabur lari.

Manakala Hemarat pula seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dia berminat untuk membeli tanah milik Suk Siam tapi tak berjaya sebab Nit dah banyak kali tolak tawarannya.

Nit cuba naikkan balik business dia dengan mencari beberapa orang pelabur tapi usahanya selalu gagal sebab campur tangan Hemarat. sebab tu juga Nit bengang dan tuduh Hemarat nak sailang dia guna taktik kotor. 

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

dari sinopis baca menarik tapi jalan ceritanya tak cukup kuat yang buat aku impress sebab lakorn di Channel 3 selalu recycle plot yang sama so klise. cuma aku impress diri sendirilah macam mana aku boleh habiskan drama ni dengan speed yang laju sambil mulut mengomen.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

selain plot yg klise, aku rasa muka heroin ni pun macam familiar juga. bila tengok muka dia teringat seorang pelakon bollywood tapi tak ingat nama pula. ok abaikan bab ni..

seriusly watak heroin dia sangat annoying jenis yang bodoh sombong plus ketegag nak mampus! Nit ni sebenarnya takde pengalaman dalam business tapi dia tetap juga nak pertahankan Suk Siam walaupun pelbagai masalah yg berlaku. bak kata Hemarat, Nit ni memang ngok dan degil tak bertempat.

satu hal lagi Nit juga ada trust issues sebab senang sangat percaya orang sampai dia tak sedar musuh sebenar ada dekat je dengan dia dok perati dia selama ini. tapi bila hal melibatkan Hemarat dia langsung tak percaya dan kalau ada problem, Hemarat orang pertama yang dia akan cari dan tuduh padahal dia tak tahu Hemarat yg banyak tolong dia dalam diam. 

oh ya aku baru tahu Margie dengan second hero dalam drama ni rupannya dah kahwin in real life. bila tahu pasal ni i be like, ok patutla dia lagi percaya laki sendiri dari Hemarat walaupun watak second hero tu macam hampeh je.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

bila tengok tajuk drama ni tertanya juga setan sangat ke perangai hero dia tapi tak ada jahat mana pun sebab aku pernah tengok hero yang lebih setan dari Hemarat ni. itulah aku rasa si Nit kot yang problem yang rasa Hemarat ni macam setan (macam banyak pula word satan).

walaupun Hemarat nampak desperate nak dapatkan tanah tersebut tapi sebenarnya dia bukan jahat tapi ada rahsia sendiri iaitu untuk tolong dan protect Nit sebab masalah heroinnya tak sedar yang dia ada musuh.

fyi Dome Pakorn seorang penyanyi dan kalau tengok lakonan dia biasa je, pendek cakap lebih harapkan muka sebenarnya. aku pernah tengok Dome berlakon dengan Mai Davika sebelum ni, lakorn tu dah lama juga. kalau nak compare lakonan Dome dalam dua lakorn ni, langsung tak nampak improvement.

Review Lakorn: Buang Ruk Satan (2018)

overall, aku boleh cakap drama ni average, acting pun average dan tak rasa chemistry antara Dome dan Margie. ntahlah aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan lakorn ni maybe aku tengah bosan sangat kot..haha

No comments:

Post a Comment