Movie | The Accidental Detective (2015)


Title : The Accidental Detective
Country : South Korea
Director : Kim Jung Hoo
Writer : Kim Jung Hoo, Lee Jung Ho
Duration : 2 hour
Cast : Kwon Sang Woo, Sung Dong II, Park Hae Joon, Lee Seung Joon,
Seo Young Hee, Choi Sung Won, Lee II Hwa

The Accidental Detective mengisahkan Dae Man yg minat sangat dengan kes penyiasatan sampai dia banyak profiling kes jenayah dalam blog dia. sebenarnya dia juga pernah apply nak jadi polis tapi kena reject, itu yg asyik berangan je nak jadi polis sampai tulis blog. bila satu hari kawan Dae Man iaitu Joon Su yg merupakan seorang polis telah dituduh membunuh, Dae Man bekerjasama dengan Detektif Noh untuk bersihkan nama kawan baik dia.

filem ni memang best dan gandingan antara Kwon Sang Woo dan Sung Dong II memang daebak lah. sepanjang Dae Man dan Detektif Noh nak selesaikan misteri kes pembunuhan ni banyak juga diselitkan babak komedi so kiranya tak sempat nak stress sebab asyik tergelak  je tengok perangai dua orang ni yg tak sebulu tapi last serasi juga bila buat sesi luahan perasaan pasal isteri diorang.


so kesimpulannya, movie ni memang best sampai diorang dah buat sekuel kedua The Accidental Detective 2: In Action yg baru je release pada tahun ni. aku tak sempat lagi nak tengok movie kedua ni, apapun yg first ni memang best dan layan.

4 comments:

  1. hahaha.. macam menarik je.. Nanti nak try tengok..

    ReplyDelete
  2. Tak ingat sangat dah pasal movie ni sebab tengok tahun lepas kot.

    ReplyDelete