My Addiction


Hai..minggu ni nak update blog tapi yeaah tak tahu nak tulis pasal apa. tak ada drama baru yg aku tengok dan bukan dalam mood untuk search drama baru. so kalau korang rasa ada drama best silalah recommend untuk aku tak kisah la drama dari negara mana pun.

My Addiction This Week:

1. Drama Turki.


Dolunay dan Atesbocegi drama Turki yg aku follow dan minggu ni aku stop tengok bukan tak best tapi malas nak follow everyweek. probability drama tu lebih dari 20 episode sangat tinggi, jarang aku jumpa drama turki yg pendek. walaupun panjang nak juga tengok sebab hero-hero drama Turki ni sangat hensem. kalau tengok tu tak sah la kalau tak cair..haha. tak tengok pun rajin dok baca update dari peminat drama ni.


bila ada masa aku sambung balik tengok Cherry Season (Kiraz Mevsimi) still la tak boleh nak habiskan sebab masalah subtitles yg belum selesai. aku suka sangat tengok ayaz dan oyku dalam drama ni dan aku baru tahu mereka ni couple in real life patutlah chemistry antara mereka dua sangat daebak.

2. Skincare.

ok masuk bab skincare, selain cuci muka aku memang jarang pakai mosturizer or toner. tak ingat last pakai benda ni, kadang je pakai krim malam dan bila rajin pakai mask. aku ada masalah kulit yg berminyak kt bahagian t-zone dan mosturizer yg aku pakai tak membantu langsung itu yg malas nak pakai mosturizer belum jumpa yg sesuai.



lately ni memang agak concern pasal benda ni banyak juga search pasal skincare dan aku ada jumpa tips macam mana orang korea jaga kulit muka dorang dan banyak positive feedback dari orang yg follow routine ni. so aku tanam azam baru untuk try follow 10 Step Korean Skincare Routine. 

Laneige Water Sleeping Mask

Laneige Water Bank Gel Cream.

dalam proses nak mengumpul skincare sikit sedikit dan wishlist aku nak pakai Laneige, dah lama nak guna tapi bila pikir harga dia macam sayang sangat nak keluarkan duit tapi still la tergoda nak beli barang Laneige. so far aku guna Laneige Water Sleeping Mask since tahun lepas, memang best sangat pakai mask Laneige ni dan itu yg yakin sangat nak try skincare dia yg lain pula dan yeaaahh happy sangat hari ni dah dapat Laneige Water Bank Gel Cream plus free gifts. sangat excited untuk try gel cream ni.

3. Linkin Park 'One More Light'


lastly pasal Linkin Park, terkejut dan sedih kot bila dengar pasal news terbaru dari dorang. zaman sekolah dulu memang minat sangat dengan Linkin Park. still tak boleh nak move on dan asyik repeat dengar lagu dari album One More Light. my favourite songs dalam album ni; Nobody Can Save Me, Battle Symphony, Good Goodbye dan Heavy. 

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (TV3)

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (TV3)

Drama : Jangan Ikut Aku
Slot : Seramedi TV3
Masa : Isnin-Rabu | 10.00 Malam
Pelakon : Anas Ridzuan, Emma Maembong, Dazrin, Syanie, Benladin, Aishah Azman

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena setalah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut.

Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai.

Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahwa Tok Misai telah meninggalkan dunia kerana dibunuh.

Drama Turki | Dolunay (Fullmoon)


Dolunay dan Atesbocegi dua buah drama Turki yg aku try tengok sekarang ni. memang tak tahu nak tengok drama apa sekarang so aku layan je drama turki ni. actually banyak je drama turki yg best kalau korang jenis minat layan drama yg romantic tapi aku pula tengok bila aku rasa nak layan. muka heroin ni memang macam familiar sangat then baru ingat dia yg berlakon dalam Cherry Season dan aku memang suka sangat dia berlakon dalam Cherry Season tu.

Dolunay drama yg masih baru ditayangkan di Turki dan aku pun tak tahu berapa episode kesemuanya sebab banyak info drama ni dalam bahasa Turki so memang tak dapat nak pahamlah. 


RECAP EPISODE 1


Dolunay mengisahkan Nazli seorang pelajar kulinari yang sedang mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupannya dan adiknya. Nazli kemudiannya dapat kerja sebagai tukang masak peribadi untuk seorang jutawan bernama Ferit.

Sepanjang bekerja di rumah agam tersebut, Nazli tidak pernah bertemu majikannya, semua arahan disampaikan oleh pembantu Ferit. makanya Nazli menyangka Ferit adalah seorang lelaki tua yang cerewet. Ferit pula menyangka Nazli seorang wanita berusia kerana masakan Nazli sangat sedap dan kena dengan selerannya.

Nazli pelajar kulinari dan mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupan dia dan adiknya dan mereka menyewa rumah bersama kawan baiknya. Nazli mendapat kerja sebagai personal chef untuk seorang jutawan bernama Ferit. 

sepanjang bekerja di situ Nazli tidak pernah bertemu dengan majikannya dan segala arahan daripada majikannya disampaikan oleh pembantu lelaki itu. pelbagai arahan yg cerewet yg diterimanya dan Nazli menyangka Ferit ialah lelaki tua yg cerewet. mereka berdua bersua muka juga akhirnya dan masing-masing sangat terkejut kerana pernah bertemu sebelum ini. 

Semasa bekerja di situ, anak buat Ferit bernama Bulut suka datang ke rumah Ferit  untuk bermain dengan Nazli sehingga mereka berdua menjadi rapat. Ferit merasakan itu satu masalah kepadanya jika dia tidak berpuas hati dengan hasil kerja Nazli di kemudian hari.

Ferit kemudiannya selalu terserempak dengan Nazli dalam parti yang dihadirinya dan kemudiannya Ferit telah salah faham pada Nazli kerana menyangka gadis itu mahu memburu lelaki kaya.


RECAP EPISODE 2


Ferit yang salah faham telah menuduh Nazli seorang mata duitan dan mahu memikatnya. hal ini menyebabkan Nazli sangat marah lalu membuat keputusan untuk berhenti kerja di rumah Ferit.

Suatu hari, keluarga Bulut terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan kedua ibu bapanya dan Bulut pula tidak dapat berjalan. Bulut memberontak tidak mahu makan sehingga Ferit buntu bagaimana mahu memujuk anak saudaranya itu dari kesedihan.

Nazli yang dapat tahu tentang kemalangan tersebut segera melawat Bulut di hospital dan berjaya memujuk Bulut untuk makan. Ferit kemudiannya membuat keputusan untuk mengambil Nazli sebagai pengasuh Bulut kerana pengasuh sebelum ini semuanya tidak dapat bertahan lama dengan kerenah Bulut.


bagi aku, drama Dolunay memang memang menarik dan aku suka sangat tengok Ferit dan Nazli. mereka ni memang tak ngam langsung tambah pula bila Ferit tuduh Nazli ni mata duitan tapi sebab Bulut perlukan perhatian masing-masing terpaksa beralah. agak excited la nak tahu apa jadi dengan mereka dua ni.

Linkin Park - Talking To Myself


Tell me what I've gotta do
There's no getting through to you
The lights are on but nobody's home (nobody's home)
You say I can't understand
But you're not giving me a chance
When you leave me, where do you go? (Where do you go?)


All the walls that you keep building
All this time that I spent chasing
All the ways that I keep losing you


The truth is, you turn into someone else
You keep running like the sky is falling
I can whisper, I can yell
But I know, yeah I know, yeah I know
I'm just talking to myself
Talking to myself
Talking to myself
But I know, yeah I know, yeah I know
I'm just talking to myself

I admit I made mistakes
But yours might cost you everything
Can't you hear me calling you home?

Oh, all the walls that you keep building
All this time that I spent chasing
All the ways that I keep losing you

The truth is, you turned into someone else
You keep running like the sky is falling
I can whisper, I can yell
But I know, yeah I know, yeah I know
I'm just talking to myself
Talking to myself
Talking to myself
Yeah I know, yeah I know, yeah I know
I'm just talking to myself

All the walls that you keep building
All this time that I spent chasing
All the ways that I keep losing you

The truth is, you turned into someone else
You keep running like the sky is falling
I can whisper, I can yell
But I know, yeah I know, yeah I know
I'm just talking to myself
Talking to myself
Talking to myself
Yeah I know, yeah I know, yeah I know
Talking to myself

Review Novel | Si Baju Kurung Kasut Kanvas by Umie Nadzimah


Novel : Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Penulis : Umie Nadzimah
Muka Surat : 557
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2016


SIPNOSIS

Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga.

Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan!

Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka.

Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya..


REVIEW

Pernah baca novel Umie Nadzimah, Kerana Terpaksa Aku Relakan so kalau nak compare dua novel ni memang novel ini lebih ringan dan santai. aku berjaya habiskan novel ni dengan laju, petang start malam dah habis, agak amazing la bagi aku ni sebab bukan senang nak habiskan novel dengan laju sekarang ni. 

isu utama dalam novel ni pasal soal jodoh. macik kepoh yg sibuk nak tunjuk dia dapat menantu terbaik, emak yg asyik tak puas anak belum jumpa jodoh dan manusia yg sibuk nak jaga tepi kain orang padahal kain sendiri terkoyak buat-buat tak perasan. banyak pengajaran dan dakwah santai islamik dan juga tips diet yg cuba diselitkan penulis dalam novel ni.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

Title : Chicago Typewriter
Release Date : 7 April 2017
Episodes : 16
Cast : Yoo Ah In, Go Kyung Pyo, Im Soo Jung, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung

Writers that lived under Japanese rule in the 1930's are reincarnated into a bestselling writer who is in a slump, a mysterious ghostwriter and an anti-fan of the bestselling writer.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

Chicago Typerwriter mengisahkan tentang Han Seju (Yoo Ah In) penulis bestseller yg sangat terkenal. Hidupnya sangat tenang sehinggalah suatu hari dia menerima hadiah dari owner cafe dari Amerika iaitu sebuah mesin taip antik yang digelar Chicago Typewriter. 

Hidupnya mula berubah menjadi huru hara sehingga dia berada dalam keaadan writer's block dan mula give up untuk jadi penulis. apa misteri di sebalik Chicago Typewriter tu.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

Jeol Seol (Im Soo Jung) pula sangat gemar membaca dan merupakan peminat nombor satu Han Seju. Jeol Seol sangat teruja bila suatu hari dia dapat menghantar barang kepada Han Seju tapi dia pula dituduh menjadi stalker.

Sejak itu Han Seju selalu terserempak dengan Jeol Seol sehingga dia yakin Jeol Seol adalah stalker yang menganggu hidupnya selama ini.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

drama ni banyak main emosi dan pada masa yg sama sangat kelakar. paling best watak Yoo Ji Oh (Go Kyung Pyo) yang selalu menganggu hidup Seju dan identiti dia pun agak misteri tapi seriusly memang lawak bila dia selalu jadi orang tengah yang tak diundang antara Han Seju dengan Jeol Seol. 

Yoo Ji Oh ni macam kunci untuk selesaikan misteri di sebalik typewriter tersebut dan juga buat Seju dan Jeol Seol ingat semula tentang kisah hidup mereka dari kehidupan lalu.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

sebelum start tengok Chicago Typewriter, aku rasa drama ni macam complicated sebab ingatkan drama ni macam Bridal Mask zaman korea di era jepun dahulu. ok sebenarnya tak. dan aku rasa macam complicated nak tulis details pasal drama ni. apa kaitan watak ni semua dengan past life mereka kalau korang tengok drama ni baru boleh paham kot.

Review Drama Korea: Chicago Typewriter (2017)

drama ni memang unik dari segi storyline dia dan ditambah dengan pelakon-pelakon yang mantap dan hebat untuk lakonkan dua watak dari kehidupan mereka masa lalu dan juga masa sekarang. bagi yg suka drama yg misteri fantasy bolehlah try layan Chicago Typewriter.

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

Drama : Bahagia Kasihmu
Slot : Zehra TV3
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Eyka Farhana, Fezrul Khan, Tisha Shamsir, Julia Ziegler

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu

Akibat tersalah memilih kawan, Tasnim terpaksa menghabiskan zaman remajanya di pusat pemulihan akhlak. Selepas keluar dari situ Tasnim tekad untuk memulakan hidup baru dan melupakan kisah silamnya.

Tasnim mendapat kerja di kedai bunga dan di situ bermula perkenalan dia dengan Zarul. Tasnim dalam diam terpikat dengan sikap Zarul yg peramah dan baik hati namun cuba menepis perasaan itu kerana merasakan dirinya tidak layak buat Zarul.

Zarul juga mempunyai masalah sendiri, ibunya mahu menjodohkan dia dengan Needa dengan alasan wasiat daripada bapanya. Walaupun ibunya dan Needa terus memaksa supaya Zarul menerima hubungan tersebut, Zarul cuba menolak dengan baik dan hatinya juga sudah mula suka dengan Tasnim.

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

nak komen sikit je, Fezrul Khan ni kalau berlakon jadi jahat perghhhh menyampah giler tapi bila jadi baik alahai sweetnya..hahaha

Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah (TV3)

Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah (TV3)

Drama : Isteri-Isteri Ayah
Slot : Iris TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.30 Petang
Pelakon : Jalaluddin Hasan, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmilla, Faye Kusyairi, Liza Abdullah, Azza Elite, Azad Jazmin, Watie.

Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah

Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar daripada rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah diantara mereka yang akan diceraikan.

Love Til The End Of Summer


Love Til The End Of Summer (Rush to the Dead Summer) drama cina yg diadaptasi dari novel terkenal dan bestselling di Cina. kesemua sekali ada 46 episode dan drama ini baru tayang 26 episode still ongoing. masa siaran pula setiap hari 2 episode.


SIPNOSIS

This is a youthful story which spans the period of ten years and focuses on friendship, alienation, and one ultimate betrayal that breaks the group of close friends, each going their own way and entering society.

Despite growing up poor, Li Xia works hard and wins a scholarship into Qian Chuan secondary school where she meets Fu Xiao Si and Lu Zhi Ang, two boys who are the most popular in their batch. Love booms in more ways than one, and the group of youth quickly became good friends. 


first episode aku rasa not bad untuk follow sebab plot drama ni macam menarik dan dia punya cinematography cantik rasa semangat nak tengok. setakat episode yg aku tengok ni tak nampak lagi apa konflik yg sebenarnya. so far episode 1 hingga 5 yg aku tengok berlatarkan kisah mereka di sekolah lebih fokus kepada friendship.


Fu Xiao Si

Xiao Si ni top student dan famous kat sekolah dorang tapi dia ni jenis pendiam dan kurang mesra. mula tu dia tak suka dengan Li Xia tapi lelama bila tengok Li Xia tak annoying macam gegirls lain dia start selesa nak berkawan dengan Li Xia.

Lu Zhiang

Lu Zhiang dah berkawan baik dengan Xiao Si sejak kecil lagi dan pergi kemana pun memang selalu berdua. Lu Zhiang punya character opposite dengan Xiou Si, dia lebih peramah dan hobi dia suka tidur dalam kelas tapi tetap top student. aku suka dengan Lu Zhiang dah terasa dalam zone second lead syndrome sudah..haha

Li Xia

Li Xia pula jenis yg baik hati, hardworking dan sangat suka melukis. dia punya hobi sama dengan Xiao Si dan secara tak langsung Xiao Si banyak bagi tunjuk ajar kat dia sama ada pasal study ataupunmelukis.

Xiao Si, Li Xia dan Lu Zhiang belajar di kelas yg sama dan lama kelamaan hubungan mereka makin rapat. Xiao Si dan Lu Zhiang banyak tolong Li Xia selalu protect dia bila dia dalam masalah.

Cheng Qiqi

Qiqi ni pula best friend Li Xia tapi tak sekelas. hubungan dia makin rapat dengan Xiao Si dan Lu Zhiang sebab selalu lepak dengan Li Xia. tak suka sangat dia ni walaupun jenis happy go lucky dan peramah sangat, dia selalu rasa tak puas hati bila mereka bertiga melepak tak ajak dia dan boleh nampak Qiqi  dalam diam suka pada Xiao Si.


46 episode memang terasa panjang dan itu salah satu sebab aku malas nak follow drama cina tapi for this drama aku rasa aku kena tengok sebab nak tahu apa yg jadi lepas memasing tamat sekolah. still long way to go. sigh~

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Review Drama Korea: Circle: Two Connected  Worlds (2017)

Title : Circle: Two Worlds Connected
Release Date : 22 May 2017
Episodes : 12
Cast : Yeo Jin Goo, Kim Kang Woo, Gong Seung Yeon, Lee Gi Kwang, Ahn Woo Yeon, Seo Hyun Chul, Han Sang Jin, Jung In Sun, Song Young Kyu

Taking place in both the present year 2017 and in the year 2037, when people believe that their future depends on humans controlling and regulating their emotions, this drama is a sci-fi mystery. When alien visitors arrive on Earth, humans learn new skills from them and take advantage of them; what ensues is a story of alliance, resistance, and love. Each episode will contain two shorter stories, the first part set in 2017 and called “Beta Project,” with the second set in 2037 and called “Grand New World.”


Circle sebuah drama berkongsepkan sci-fi , thriller dan misteri. jalan ceritanya terbahagi kepada dua bahagian untuk setiap episod iaitu Beta-Project yang berlaku pada tahun 2017 dan Brave New World yang berlatarkan tahun 2037.

PART 1 : 2017 - Beta Project

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Mengisahkan tentang adik beradik kembar, Kim Woo Jin (Yeo Jin Goo) dan Kim Bum Gyun (Ahn Woo Yeon) yang ternampak makhluk asing sewaktu kecil. Woojin seorang pelajar university manakala Bumgyun pula menjadi terlalu obsess untuk menangkap alien kerana Bumgyun percaya alien tersebut menyebabkan ayah mereka menghilangkan diri.

Suatu hari, Woojin dan Bumgyun berselisih pendapat dan Bumgyung hilang tanpa dapat dikesan. Woojin cuba mencari abangnya dan juga menyiasat tentang alien tersebut.


PART 2 : 2037 - A Brave New World

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Pada tahun 2037, bumi terbahagi kepada dua iaitu Smart Earth dan Normal Earth. Normal Earth mempunyai pencemaran dan ramai manusia telah berpindah ke Smart Earth. Smart Earth tempat di mana bebas dari sebarang jenayah dan mereka yang mahu masuk ke Smart Earth perlu memakai cip bagi mengawal emosi.

Kim Joo Hyuk (Kim Kang Woo) detektif di Normal Earth hendak masuk ke Smart Earth untuk menyiasat kes penculikan yang dilaporkan berlaku di situ. Mayor Smart Earth terpaksa membenarkan Joohyuk masuk ke Smart Earth bagi mengelakkan reputasi Smart Earth yang kononnya bebas jenayah itu daripada terjejas.

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

so curious kan nak tahu apa kaitan antara antara dua dunia ni? first episode pun dah rasa tak senang duduk, stress wei nak tahu the whole story terutamanya watak Gong Seungyeon ni, betul ke dia ni alien ataupun pelajar university yang bernama Han Jungyeon. nasiblah start tengok lepas drama ni tamat boleh terus marathon  je kalau tidak mahu stress nak tunggu setiap minggu.

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

mulanya drama ni memang tak masuk dalam list tapi bila kawan asyik mention pasal drama ni terus mengamit jiwa untuk try layan. ok seriusly drama ni memang brilliant, sangat unik dan lain dari kdrama yg biasa kita tengok. kadang rasa macam tak senang duduk tengok drama ni sebab saspen sangat dan pelakon dalam drama ni memang superb terutamanya Gong Seungyeon yang pegang tiga watak dalam drama ni. highly recommend!

Fight For My Way


Fight for My Way sebuah drama romantik komedi, kisah tentang empat orang sahabat dalam mengejar cita-cita mereka dan lebih fokus tentang persahabatan dan kesusahan yg mereka kena tempuh.


Di zaman sekolah, Ko Dong Man adalah atlet taekwondo dan berjaya memenangi banyak pertandingan. selepas 10 tahun, dia bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat dan tidak mahu melakukan martial art lagi kerana satu peristiwa. Choi Aera pula bercita-cita mahu menjadi seorang announcer dan kini dia bekerja di sebuah shopping mall di bahagian information desk. Dong Man dan Aera telah berkawan selama 20 tahun.


Aera dan Dongman dah ada perasaan each other tapi mereka lebih selesa berada dalam friendzone sendiri walaupun tanpa sedar mereka dah cross line tu. yg pasti aku suka sangat main couple ni. suka tengok progress relationship mereka dalam setiap episode.


Kim Joo Man dan Baek Seolhee adalah kawan baik kepada Dong Man dan Aera dan mereka menjadi kekasih selama 6 tahun. Joo Man dan Seolhee bekerja di bawah satu syarikat yg sama tetapi menyembunyikan hubungan mereka daripada rakan sekerja yg lain. konflik mula terjadi dalam hubungan mereka apabila Ye-jin rakan sekerja mereka jatuh hati kepada Joo Man.


ini merupakan drama favourite aku sekarang, sangat best dan kelakar. yg pasti drama ni lebih real tentang hidup, bukan kisah pasal chaebol yg kita hadap hari-hari, nak dapat something bukan perlu berangan jadi macam cinderella tapi usaha tu yg penting untuk capai impian kita. pendek kata drama banyak yg kita boleh relate dengan kehidupan kita seharian. setiap episode dalam drama ni mesti ada plot twist yg exciting dan menarik setiap minggu so i think tak rugi rasanya untuk tengok drama ni.