aku sangat suka tengok drama dari TVN sebab banyak drama dari channel sangat unik dan fresh dan tak ketinggalan dengan drama Chicago Typewriter ni. Chicago Typewriter mempunyai 16 episode kesemuanya dan dilakonkan oleh Yoo Ah In, Im Soo Jung dan Go Kyung Pyo.
Sipnosis dari Wiki:
Writers that lived under Japanese rule in the 1930's are reincarnated into a bestselling writer who is in a slump, a mysterious ghostwriter and an anti-fan of the bestselling writer.
Chicago Typerwriter mengisahkan tentang Han Seju (Yoo Ah In) penulis bestseller yg sangat terkenal. Hidupnya sangat tenang hinggalah suatu hari dia menerima hadiah dari owner cafe dari Amerika iaitu sebuah mesin taip antik yg digelar Chicago Typewriter. Hidupnya mula berubah menjadi huru hara sehingga dia berada dalam keaadan writer's block dan mula give up untuk jadi penulis. apa misteri di sebalik Chicago Typewriter tu.
Jeol Seol (Im Soo Jung) pula sangat gemar membaca dan merupakan peminat nombor 1 Han Seju. Jeol Seol sangat teruja bila suatu hari dia dapat menghantar barang kepada Han Seju tapi sebaliknya Seju menuduh dia sebagai stalker. dan sejak itu Han Seju selalu terserempak dengan Jeol Seol sehingga dia yakin yg Jeol Seol adalah stalker yg selalu menganggu hidupnya selama ini.
drama ni banyak main emosi dan pada masa yg sama sangat kelakar. paling best watak Yoo Ji Oh (Go Kyung Pyo) yg selalu menganggu hidup Seju dan identiti dia pun agak misteri tapi seriusly memang lawak bila dia selalu je jadi orang tengah yg tak diundang antara Han Seju dengan Jeol Seol. Yoo Ji Oh ni macam kunci untuk selesaikan misteri di sebalik typewriter tu dan juga buat Seju dan Jeol Seol ingat semula tentang kisah hidup mereka dari past life.
sebelum start tengok Chicago Typewriter, aku rasa drama ni macam complicated sebab igatkan drama ni macam Bridal Mask zaman korea di era jepun dahulu. ok sebenarnya tak. dan aku rasa macam complicated nak tulis details pasal drama ni. apa kait watak ni semua dengan past life mereka kalau korang tengok drama ni baru boleh paham kot.
drama ni memang unik dari segi storyline dia dan ditambah dengan pelakon-pelakon yg mantap dan hebat untuk lakonkan dua watak dari kehidupan mereka yg lalu dan juga masa sekarang. bagi yg suka drama yg misteri fantasy bolehlah try layan Chicago Typewriter.
1 Comments
cerita korea ke?
ReplyDelete